Setiap yang hidup pasti akan merasai
mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap
yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam
syurga. Di sini bloger ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan
hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan
ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta
Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, Tuhan yang
berdiri dengan sendirinya.
Dari Abu Hurairah R.A, para manusia
bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, apakah kita semua
dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, "Apakah kamu
ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari
apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, "Tidak”. Lalu
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah
sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak
dilindungi awan”.
Rasulullah
pernah bertanya kepada Jibril, "Hai Jibril pernahkah kamu melihat
Allah?” Jawab Jibril, "Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang
terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling
luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau
dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang
paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”
Dari sini kita dapat lihat amat mustahil
untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi
Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru
sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan
hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat
lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula
manusia yang lemah.
Diriwayatkan setelah para penghuni
syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari
pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah
yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu
yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib
yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.
Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya
maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan
pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu.
Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia
sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.
Seketika kemudian terdengar satu suara
yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga
yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang
pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, "Apakah lagi
permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan
Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.
Semua penghuni syurga ketika itu
tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah
dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh
manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, "Wahai tuhan kami,
sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang
akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap
nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami
untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.
Seketika kemudian secara tiba-tiba,
muncullah sebuah mimbar
yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing
tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat
manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan
yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isakitab Injil
yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.
memperdengarkan bacaan
Kemudian Jibril mempersilakan Nabi
Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara
yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur
dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci
Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan
lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia
dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.
Setelah selesai pembacaan keempat-empat
kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu,
maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu.
Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut
bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian
manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib
yang tak pernah terfikir oleh akal.
Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang
lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah
Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi
setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang
sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada
sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat
dan syukur tak terperi.
Berkatalah seluruh manusia kepada Allah
yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan
Penyayang, "Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”.
Allah lalu berfirman, "Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan
suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini
adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai
hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi
ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang
berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua
sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.
Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W
bersabda, "Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman,
"Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, "Bukankah
Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan
kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah
membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai
melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W
membaca ayat ini, "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang
terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]
Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan
yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan
syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua
kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sed
...
Read more »