Thursday, 21 November 2024, 2:19 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  November 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » Muslim's



SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.


Sumber
Category: Muslim's | Views: 2903 | Added by: Eylu | Date: 21 March 2012




Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah.


DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI
PENYAKIT ANGIN AHMAR
.

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan "Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi ... Read more »
Category: Muslim's | Views: 58605 | Added by: Eylu | Date: 18 March 2012 | Comments (43)


"Forgive yourself for your faults & your mistakes. Move on.."
(Les Brown)



WAHAI DIRIKU..

Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali-sekala.

Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga. Namun apa yang boleh buat. Engkau lebih suka ke neraka...
Hati yang keras & terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahiriah berhubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang & mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan.

Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda-berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati.
Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.




Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk & berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan. Inilah hati yang kita heret ke hulu & ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh & mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu & memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan & doa didengar malahan untuk diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu??

Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk & hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura-pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia & menipu Tuhan. Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura-pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton-penonton pun terpukau, hairan & takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap & ketika itu hakikat dirimu akan terserlah.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagungan kerajaan-Nya. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab & Mahkamah Akhirat. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi-saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbeliak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang & jelas. Manusia ramai turut melihat aib-aibmu selama ini. Kau akan mengeletar, pucat, & mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga.
Namun apa boleh buat? Engkau lebih suka ke Neraka...
DibantuNya engkau dengan dikurniakan sahabat-sahabat yang soleh.
DiingatkanNya engkau dengan panduan Al-Quran & As-Sunnah.
DibimbingNya engkau dengan hidayah & petunjukNya.
Diasuh-Nya engkau dengan kasih sayang & cintaNya.
DididikNya engkau dengan ujian yang mendatang & kadang-kadang diugutNya engkau dengan beberapa peringatan bagai seorang ayah memarahi anaknya.
Ingatkah engkau semua itu??




Allah tersangat kasih & cinta dengan makhluk yang bernama manusia.
Namun sekali lagi apa boleh buat. Engkau di dunia telah lupa daratan...
Kau tolak mentah-mentah & bulat-bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu & ternyata kau gagal bahkan kecewa. Tewas & kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan-anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba-tiba, tidak kira waktu, tempat & usia. Kau menzalimi dirimu sendiri..

Allah SWT berfirman:

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya & nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya & Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."
(Az-Zumar, 39: 42)

Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka & diingatkan akan azab & deritanya di sana. Seksa & sakitnya timpa menimpa kekal selamanya. Masihkah kau ingat & tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut..



Kalau benar-benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar. Buatlah dosa & maksiat setanding Firaun, Namrud, Abu Lahab & mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty-fifty’ ( 50-50 ) dalam hidup.
Yang hak jelas, yang batil juga jelas..

Sudah sampai masanya engkau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka, silakan. Tiada halangan apa-apa. Ikutlah bisikan hawa nafsu.
Langgar sahaja, apa peduli. Peluang hanya sekali.
Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah & cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah & air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga..




WAHAI DIRIKU..

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Al-Kahfi, 18: 7)

Allah SWT berfirman lagi:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Al-Ankabut, 29: 2)

Jangan terus berburuk sangka hanya kerana kekhilafan masa lampaunya.
Siapa tahu Allah menerima taubatnya pada 1/3 malam terakhir?



Category: Muslim's | Views: 58058 | Added by: Eylu | Date: 16 March 2012 | Comments (31)




Jom kita baca 24 Peringatan Untuk Wanita yang perlu kepada setiap wanita tahu dan ambil berat.

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

... Read more »
Category: Muslim's | Views: 47807 | Added by: Eylu | Date: 12 March 2012 | Comments (17)


Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
Berfikir sebelum bertindak,
Santun dalam berbicara,
Tenang ketika gundah,
Diam ketika emosi melanda,
Bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
Sebijaksana Umar bin Khattab,
Sedermawan Uthman bin Affan,
Sepintar Ali bin Abi Thalib,
Sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid r.a,
Amiin ya Rabbal'alamin.



Wahai Saudariku seaqidah,
"Janganlah engkau memakai pakaian yang menampakkan lekuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian & memikat kaum lelaki kerana sesungguhnya engkau bukan memancing hatinya tetapi engkau sedang memancing nafsunya.."
Bantulah Adam wahai, Hawaku..


Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, 
Apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan & postur yang ideal, 
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, 
Kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang..



Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, 
Apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu,
Kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja..

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, 
Ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, 
Waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, 
Kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian..

Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian, 
Hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis..

Sungguh Allah telah memberikan amanah terindah kepada kalian, 
Maka jagalah amanah itu..
Jangan sampai Allah murka dan memberikan keputusan-Nya.. 

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini, 
Hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA, 
Kalian akan menjadi halal bagi kami..



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini.."
Ya Ilahi Ya Hafiiz, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tidak terjaga,
Untuk iman yang tak dipelihara,
Lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.

Ya Rabbi Ya Mujiib,
Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
Kerana kasih sayangMu Ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti untuk menemani kami siang & malam
agar iman kami dapat dijaga...




~Credit : Allahseeker
Category: Muslim's | Views: 11148 | Added by: Eylu | Date: 11 March 2012 | Comments (0)

Category: Muslim's | Views: 13950 | Added by: Eylu | Date: 10 March 2012 | Comments (6)

Category: Muslim's | Views: 2148 | Added by: Eylu | Date: 10 March 2012 | Comments (0)


Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup Indah Namamu Seindah Negerimu

Duhai Wajahmu Yang Indah Persis Jeddah
Yang Pernahku Lewati
Taat Menjunjung Al-Quran
Teguh Menggalas Syariat Yang Tidak Pernah Goyah
Tersentuh Hati Kudusku Lantaran Aku Disini
Biar Tidak Pernah Kuduga
Bertemu Dengan Seorang Ulama Yang Cintai Rakyatnya
Lalu Kuntum Rindu Yang Lama Tersimpan
Terubat Jua Akhirnya Biar Sekelumit Cinta

Beruntung Rakyatnya
Menumpang Teduh Seorang Ulama Yang Lembut
Tapi Tegas Beribadah
Yang Pengasih Namun Tidak Goyah Pada
Percikan Kealpaan Dunia
Pasti Aku Merinduimu Lagi
Etah Kapan Bisa Diubati
Cuma Setitis Doa Bisa Aku Titip Buatmu
Memacu Membangun Islam Bersama
Semoga Kita Bertemu Kembali.

~Oleh : Anna Althafunnisa @ Oki Setiana Dewi~



Category: Muslim's | Views: 1665 | Added by: Eylu | Date: 10 March 2012 | Comments (0)


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Penghulu kita Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabatnya dan pembantunya.

Wahai saudara saudari para pembaca yang berada di merata tempat,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersama Al-Hikam Al-Athaiyyah karangan Sayyid Ibn Athaillah As-Sakandari.

Nabi S.A.W bersabda; "Tiada upaya dan kekuatan kecuali Allah merupakan khazanah di antara Arsy."



Mereka yang mengamati kepada hikmah Ibn Athaillah As-Sakandari akan mendapati seolah-olah beliau mensyarahkan kepada dirinya hadis Nabi ini. Beliau mensyarahkan kenapa tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah? Bagaimana dari sudut perlaksanaan ketika melakukan amal, ketika berlakunya maksiat, ketika bertaubat, ketika berpegang dengan sabab, ketika mengasingkan diri dari orang ramai, ketika bersama orang ramai, ketika melalui kehidupan sehari-hari dan sebagainya.

Sentiasa jadikan kebiasaan/tabiat dan pada setiap perkara iaitu tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah. Beliau mensyarahkan perkara ini dalam gambaran yang teramat jelas
dalam semua hikamnya.

Di sini beliau menyebut hakikat yang Nabi S.A.W sebutkan kepada kita iaitu;
"Tiada seorangpun daripada kamu yang akan memasuki Syurga dengan amalannya."

Sahabat bertanya;
"Apakah engkau juga sedemikian wahai Rasulullah?"

Nabi Bersabda;
"Aku pun sebegitu, hanyasanya Allah limpahkan ke atasku dengan RahmatNya."

Hadis ini menjelaskan bahawa, 'Tiada seorangpun yang memasuki Syurga disebabkan amalannya. Akan tetapi hakikatnya dengan kurniaan Allah SWT.'



Jangan sama sekali kita bergantung kepada amalan!
Dari itu, jika Allah takdirkan kepada kita melakukan maksiat, sepatutnya kita dalam keadaan benar-benar sedar(jangan alpa), dan kita perlu meninggalkan maksiat ini dan bertaubat. Dan
cuba melupakannya setelah itu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Akan tetapi kita tidak akan hilang perasaan Raja' sama sekali kepada Pemilik kita, walaupun banyaknya maksiat yang dilakukan. Walaupun dicatatkan segala maksiat dunia ke atasku. Sesungguhnya Allah menerima keislaman daripada orang Musyrik dan menjadikan mereka generasi yang
paling hebat yang pernah diketahui manusia. Allah jadikan mereka pendakwah yang mendapat petunjuk dan memberi petunjuk sehingga Hari Kiamat.

Saidina Umar, Saidina Uthman termasuk segelintir Musrikin satu masa dahulu menyembah berhala. Akan tetapi mereka menjadi sebaik-baik manusia dan berada setinggi-tinggi
kedudukan dikalangan manusia. Jangan hilang perasaan Raja' kepada Tuhanmu sama sekali
hanya disebabkan beberapa maksiat yang telah engkau lakukan. Jika begitu(hilang raja') maka engkau telah bergantung kepada amalan engkau seolah-olah amalan engkau yang akan memasukkan engkau ke dalam Syurga. Kurniaan Allah dan hidayahNya yang memasukkan engkau ke dalam Syurga kerana; "Tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah."



Tiada upaya dan kekuatan pada engkau, wahai si lemah dan sengsara. Dari itu, hikam ini menggesa; 'Jangan bergantung sama sekali kepada amalan kita kerana bergantung kepada amalan punca kepada musibah, antaranya takbur.'
Nabi SAW bersabda;
"Tidak masuk Syurga sesiapa yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi daripada takbur."

Tahukan kamu bahawa sebiji sawi, 6000 daripadanya menyamai 1 gram. Tahukah kamu nilai gram ini?? Benda terlalu ringan ada pada tukang emas dalam bentuk habuk-habuk emas yang
amat-amat kecil. Habuk-habuk emas ini bila ditimbang beratnya menyamai 6000 biji sawi. Jika manusia terdapat dalam dirinya 1 daripada 6000 per 1 gram ini daripada takbur.
Ini menghalangnya masuk ke dalam Syurga. Bagaimana pula jika terpasak kukuh takbur itu di dalam hati.

Inilah penyakit di antara penyakit-penyakit hati yang kronik. Dari itu, beliau memulakan hikamnya dengan ini..'Jangan bergantung dengan amalan-amalan.'
Apabila kita tidak bergantung kepada amalan, maka tidak hilang Raja' kita. Jika kita ditimpa dengan kepincangan(maksiat), kita akan katakan segala urusan itu di tangan Allah.
Tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan Allah. Aku lemah Ya Allah, ampunilah dosaku. Ya Allah, Rahmatilah aku. Aku menangis dan merintis, tunduk dan khusyuk kepada Allah Tuhan
sekalian alam.



Maka lembaran Raja' itu luas. Dari itu, bergantung kepada amalan sebagaimana ia membawa kepada takbur. Ia juga membawa kepada hilangnya sifat Raja'.

Hikmah ini hikmah yang cukup fasih yang mesti diulang-ulang menghafalnya dan mengamatinya kembali secara khusus apabila kita ditimpa dengan dosa kesalahan daripada segala dosa. Berlaku dosa kemarin, tidak boleh tidak disertakan taubat pada hari ini.

Marilah kita bersama-sama memulakan lembaran baru kepada; 'Tidak berputus asa kepada Rahmat Allah.' Ke arah tidak hilang perasaan Raja'. Banyak manusia yang apabila berbicara dengannya dan katakan Engkau sentiasa melakukan dosa, dia menjawab;
'Aku masuk Neraka!masuk Neraka!' Ini hilang perasaan Raja'. Ini pada hakikatnya dia bergantung kepada amalan. Apabila tiada amalan soleh, menjadi seorang yang takbur. Bersama dengan takbur ini, hilangnya keinginan bertaubat. Dari itu, hikmah ini membawa kita kepada sentiasa dan selamanya bertaubat kepada Allah.

Allah berfirman;
"Masuklah ke syurga dengan amalan yang kamu lakukan."

Amalan, ia tidak diambil kira, diterima sebagaimana dikatakan oleh Fudhail Ibn Iyad;
"..kecuali dengan Ikhlas dan betul.."
Terimanya amalan tersebut adalah semata-mata kurnia daripada Allah. Dari itu maksud ayat, "..Dengan amalan yang kamu lakukan." adalah dengan kurniaan Allah. Seolah-olah ayat mempunyai maksud tersembunyi dengan kurniaan Allah. Amalan yang Allah memberi taufiq untuk melakukannya, kita tidak akan takbur kepada sesiapapun.



Hikmah yang ke-dua yang dikatakan oleh Ibn Atha' Rahimahumullah hu ta'ala.;
"Keinginan engkau untuk 'tajrid' sedangkan Allah menetapkan engkau dalam 'sabab', merupakan syahwat tersembunyi. Keinginan engkau untuk berpegang dengan 'sabab' sedangkan Allah 'tajrid' engkau, merupakan kejatuhan daripada semangat
yang tinggi."

Hikmah ini cuba menjelaskan hubung-kait kita dengan 'sabab'. Kaedah yang diguna pakai oleh Ahli Ibadat kepada Allah SWT ialah; "Bersandar kepada 'sabab' adalah Syirik. Adapun
meninggalkan 'sabab' adalah jahil."
Dari itu, kita tidak sama sekali meninggalkan 's ... Read more »
Category: Muslim's | Views: 8711 | Added by: Eylu | Date: 05 March 2012 | Comments (0)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Penghulu kita Rasullullah S.A.W, para sahabatnya dan pembantunya.

Wahai saudara saudari para pembaca yang berada di merata tempat,
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita bersama sebuah kitab di antara seindah-indah kitab yang telah ditinggalkan Salaf Soleh untuk kita. Bersama kitab "Al-Hikam Al-Athaiyyah". Pengarangnya Ibn Athaillah As-Sakandari. Ibn Atha' pergi bertemu Penciptanya pada tahun 709 Hijrah Nabawi, Selawat dan Salam ke atas baginda dengan sebaik-baik penghormatan. Beliau dimaqamkan di kaki bukit Muqattam, Kaherah. Kuburnya diketahui umum sehingga hari ini dan diziarahi. Pada kuburnya terdapat Nur yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Ibn Athaillah menuntut ilmu di bawah asuhan Sayyid Al-Mursi Abu Abbas, beliau dimaqamkan di Iskandariah, kuburnya diketahui umum sehingga hari ini.


Al-Mursi Abu Abbas merupakan salah seorang anak murid Abu Hasan As-Syazili r.a.,(Allah merahmati mereka semua). Abu Hassan meninggal dunia ketika beliau mengerjakan Haji dan dikebumikan di padang pasir di sebuah tempat dinamakan humaisira, dekat dengan persisiran pantai laut merah berhadapan dengan bandar Qina, di perkampungan Mesir.

Ibn Athaillah As-Sakandari mengarang kitab yang banyak, akan tetapi diantara yang terbaik ditinggalkan beliau untuk kita apa yang dinamakan  "Al-Hikam Al-Athaiyyah". Hikam Athaiyyah adalah himpunan nasihat-nasihat, koleksi-koleksi yang diringkaskan oleh beliau(moga Allah merahmatinya) berdasarkan pengalaman beliau dalam Suluk sebagai proses berjalan menuju
Allah Subhanahu Wa Taala. Oleh itu, di dalamnya(kitab hikam) terdapat nilai Akhlak yang tinggi dan halus yang membersihkan hati dari segala kekotoran. Di dalamnya terdapat amalam-amalan hati, di dalamnya ada keikhlasan, di dalamnya terdapat penyucian, di dalamnya terdapat penyembuhan kepada akhlak.



Kebanyakan orang pada hari ini amat memerlukan kepada pengetahuan berkaitan kaedah pennyembuhan dari sudut spiritual untuk manusia dan bagaimana cara untuk mencapai kepada pengetahuan ini. Bagaimana seseorang itu hendak suluk menuju Allah.

Kebanyakan kita membaca Al-Quran akan tetapi tidak merasakan kelazatan bacaan ini di dalam hatinya. Bacaan ini tidak menggoncangkan hatinya. Dan tertanya-tanya sebab ini berlaku. Sebab perkara ini berlaku kerana dia tidak memulakan pada bahagian penyucian hati sehingga hati itu mampu berinteraksi dan merasai apabila menyebut nama Allah dan membaca
Al-Quran. Al-Hikam Al-Athaiyyah adalah lakaran kepada jalan ini, iaitu jalan Suluk menuju kepada Allah.



Al-Hikam Al-Athaiyyah mempunyai 264 hikmah. Semoga Allah membantu kita untuk mensyarah hikam ini dan menjelaskan bagaimana ia dan bagaimana kita  mengubah hikam tersebut kepada kehidupan sehari-hari. Ahli Kesenian ini iaitu seni jiwa dan hati selalu berkata;
"Jalan kami terikat dengan Al-Quran dan Sunnah." Mereka berkata; "Apa sahaja yang datang kepada kami, segala idea yang kami perolehi, segala ilham yang terlintas di pemikiran kami, Kami tidak akan menerimanya kecuali dengan 2 saksi yang adil; Al-Kitab ini saksi pertama dan as-Sunnah ini saksi kedua."

Bersama Hikam Al-Athaiyyah kita melalui hidup kita seharian yang penuh barakah dan kita cuba untuk memahaminya dan menjelaskan bagaimana ia dalam agama Allah dan bagaimana ia menyelesaikan masalah hubungan manusia dengan Allah. Ini sebagai penjelasan kepada hadis Jibril yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah bin Umar Khattab daripada ayahnya Umar bin Al-Khattab r.a., Berkata Umar: "Ketika kami duduk bersama Nabi S.A.W masuk seorang lelaki baju teramat putih, rambut yang teramat hitam. Tiada seorang pun daripada kami mengenalinya dan tidak ada padanya tanda musafir. Dia duduk bersama Nabi S.A.W, meletakkan lututnya bersentuhan lutut Nabi, kedua tangannya di atas pahanya. Iaitu duduk yang penuh adab. Duduk penuntut ilmu yang ingin belajar sesuatu dari Penghulu segala makhluk S.A.W. Dia bertanya Nabi mengenai Islam, bertanya Nabi mengenai Iman, bertanya nabi mengenai Ihsan." Nabi menjawabnya dalam hadis yang panjang yang kamu semua tahu. Selepas lelaki itu pergi, Nabi bertanya; "Apakah kamu tahu siapakah itu? Itulah Jibril datang mengajar kamu urusan agama kamu."

Di dalam hadis itu, apabila dia bertanya Nabi mengenai Islam. Nabi bersabda;
"Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, mengerjakan haji bagi yang mampu."



Mengenai Iman, Nabi bersabda; "Beriman kepada Allah,para malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya, Hari kiamat dan Qada qadar sama ada baik atau buruk."

Apabila dia bertanya mengenai Ihsan, Nabi bersabda; "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya, Allah melihat kamu."

Dari itu ibadat yang kamu kerjakan sentiasa diperhatikan, maka kamu mampu hadirkan perasaan(dilihat) sebagaimana kata Imam Nawawi; "Segala jenis Kusyuk dan Khudu' dan adab, tidak mungkin kamu membayangkannya diri kamu dihadapan Allah S.W.T seolah-olah kamu melihatNya dan terlintas di pemikiran kamu maksiat, pemikiran melayang-layang, tidak akan terlintas apa yang seumpama ini. Dari itu Ulamak mengambil peranan memelihara satu sudut dari Islam dengan mengarang fekah secara keseluruhan yang mana fekah mempunyai
1200 000 cabang Fiqh, yang membantu kepada Islam. Ibadat, Muamalat, Perundangan, Persaksian, Hubungan antarabangsa, Kemasyarakatan dan Ekonomi. Fiqh membantu Islam pada bahagian ini.

Ulamak Tauhid berperanan membantu pada sudut lain pula iaitu Iman, Ulamak Akhlak dan Tasauf membantu maqam Ihsan. Hikam Athaiyyah ia masuk dalam kategori yang ketiga(Ihsan). Pecahan ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan adalah pecahan untuk memudahkan kefahaman. Hakikatnya Ihsan itu satu, Iman juga satu.

Hikmah yang pertama yang ditulis untuk membantu kepada suluk membantu mencapai Ihsan, Saiyidina Ibn Athaillah As-Sakandari berkata; "Diantara tanda bersandarnya kepada amalan, kurangnya Raja' ketika adanya kepincangan (maksiat)."

Seorang insan selayaknya berlepas diri dari amalannya dan jangan bergantung harap padanya. Dan hendaklah dia ketahui setiap apa yang ada di dalam alam ini adalah dari Allah.

Ucapan yang teramat halus, bayangkan kamu memerhatikan diri kamu sendiri. Jika kamu melakukan ketaatan, jangan terpedaya dengannya, jangan bermegah dengan saudaramu yang lain, Jangan memandang mereka dengan pandangan hina, mereka itu ahli maksiat, mereka itu lebih rendah dari engkau. Ini takbur yang tidak diterima di sisi Allah.

Bayangkan engkau sentiasa menyebut Tuhanmu. Oleh itu, setiap kali engkau terjebak melakukan maksiat, tidak kurang sedikitpun Raja' engkau kepada rahmat Allah S.W.T. Bertaubat kepadaNya dengan segera kerana Allah sentiasa di hati engkau dan kembali kepada Allah dengan segera dari segala kepincangan maksiat yang engkau lakukan. Kembali kepada Allah semula seolah-olah engkau tidak pernah melakukan apa-apa maksiat. Kesan dari itu, engkau berada dalam keadaan tanpa dosa dalam tempoh masa yang panjang kerana engkau telah membersihkan catatan amalan engkau dan catitan amalan menjadi putih bersih.



Ucapan ini secara realitinya ditujukan kepada manusia yang telah mencapai tahap tinggi dalam suluk. Oleh kerana itu permulaan hikam ini dimulakan dengan ucapan yang teguh. Rahsianya adalah untuk menarik manusia kepada ucapan ini. Ucapan ini mungkin tidak sesuai pada sesetengah pemuda yang baru memulakan suluk dan tidak sesuai kepada orang yang masih baru, sepatutnya mereka merasa besar dengan dosa yang mereka lakukan dan menjauhkan diri darinya lebih-lebih pada zaman fitnah yang kita hidup sekarang ini.
Akan tetapi ... Read more »
Category: Muslim's | Views: 10142 | Added by: Eylu | Date: 22 February 2012 | Comments (0)

1 2 3 4 »
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com