Khusus kepada para lelaki yang merasakan sudah sampai masanya untuk
mereka mendirikan rumahtangga dan bersedia untuk melayari bahtera
kehidpaun bersama pasangan masing-masing, dibekalkan sedikit pesanan dan
nasihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan
yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Malah untuk lelaki yang sudah
berstatus suami pun elok jugak, untuk buat ‘check and balance’.
Sekadar gambar hiasan.
Pesanan Untuk Suami:
Suami itu raja bagi isi rumahnya dan
isteri itu permaisuri dan sekalian yang ada di dalam rumah ialah
tanggungannya dan rakyatnya. Oleh itu dialah yang menanggung segala hal
rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Tuhan kelak.
Suami jangan menampakkan sifat terlalu
cemburu kepada isteri atau kepada anak-anak kerana yang demikian itu
boleh menerbitkan helah dan tipu daya yang sulit bagi memperdayakannya
dan jangan pula cuai sehingga tidak tahu apa yang berlaku di dalam
rumahnya. Sebaik-baik peranan ialah sikap sederhana.
Tidak patut bagi suami menceritakan
segala hal atau membuka rahsianya kepada isteri kerana semangat
perempuan biasa lemah dan mudah terperanjat. Perkara-perkara dan hal-hal
yang difikirkan itu dapat ditanggung atau disimpannya bersama.
Suami itu penguasa dan pemimpin
perempuan. Oleh itu hendaklah is menjalankan kuasanya sebagai ketua dan
pemimpin isi rumah dan janganlah perempuan menjadi ketua dan berkuasa di
atas suami. Junjungan kita Sayidina Muhammad SAW mengatakan bahawa umat
dan kaum di bawah pimpinan perempuan tidak akan berjaya dan berbahagia.
Suami hendaklah memelihara isteri
dengan baik dan bijaksana, kerana perempuan ialah amanah Allah SWT
kepada lelaki dan sebarang lelaki yang telah berkahwin tentulah telah
mengaku sanggup memelihara isteri dengan seberapa sempurna. Janganlah
biarkan isteri itu begitu sahaja atau dibawa ke tempat-tempat hiburan
yang akan mencemarkan nama dan maruah dan merosakkan perangainya.
Hendaklah suami sentiasa menggembirakan
hati isteri dengan berbagaibagai cara dan gaya sama ada dari segi
perkataan (budibahasa) dan mans muka serta selalu membawa buah tangan
terutama semasa pulang daripada luar negara kerana semua hadiah-hadiah
kepada anak isteri itu menambahkan kasih sayang. Bahkan mendapat pahala.
Janganlah suami suka meninggalkan rumah
hingga jauh malam atau suka mengajak sahabat-sahabat makan di
kedai-kedai kerana yang demikian mengaibkan nama isteri dan membanyakkan
belanja.
Hendaklah suami menahan sabarjika kena
leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu
menyelenggara rumahtangga, mencuci kain baju, menyediakan makan minum,
mengandung dan bersalin, kemudian mengasuh anak-anak.
Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada
isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata. Kerana
jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya, tentu suami
akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh
mengakibatkan perceraian.
Jangan burukkan perangai isteri di
hadapan orang lain. Perbuatan yang demikian menunjukkan kurang adab.
Sekiranya suami mendengar aduan
mengenai hal isterinya, hendaklah is bercermat serta jangan tergopoh
gapah menyangka jahat terhadap isterinya. Hendaklah selidik dengan
sehabis-habis cermat dan halus. Kemudian barulah membuat keputusan.
Tetapi jangan pula dibiarkan begitu sahaja dengan tidak mengendahkan hal
itu sama sekali supaya jangan termasuk ke dalam sifat dayus kerana
orang yang bersifat dayus tidak masuk syurga.
Jangan sekali-kali menampakkan sesuatu
kejahatan (jika tercebur ke dalamnya) kepada isteri dan anak-anak kerana
dikhuatiri kejahatan itu akan ditiru oleh mereka ataupun mereka akan
memandang rendah kepadanya.
Jika semua para bakal suami dan suami-suami yang dah ada dapat
memahami pengertian tips ini, Insya Allah rumah tangga akan bahagia,
untuk esok kita kongsikan pula peranan dan pesanan buat para isteri dan
bakal-bakal isteri.