Sekadar gambar hiasan. Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
"Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk
yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara
sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap
burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan
hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup
untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak
begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada
Allah, "Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih
baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat
Jibrail, "Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun
berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah.
Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia
menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah
malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun
berfirman kepadanya, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan
ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang
menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai
bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Sekadar gambar hiasan. Seandainya mereka mengerjakan solat dua
rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang,
dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi
kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku
sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan
solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”. Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail
pun kembali bertanya kepada Allah, "Ya Rabbku, apakah yang Engkau
berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”
Maka Allah berfirman yang ertinya, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta
izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya,
maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju
syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan
jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail
selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan
turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia
bersujud kepada Allah lalu berkata, "Ya Rabbku, apakah aku telah
menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju
ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman, "Wahai
Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu
kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan
kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan”.
Sabda Rasulullah, "Sebelah kanan sayap
Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk
bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang
sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri
daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka
yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat
yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah".
Kata Rasulullah lagi, "Apabila telah
sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke
dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik
rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar.
Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut
ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke
kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.
"Kalau orang yang nazak itu orang
beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah
kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga
terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk
menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta
lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.
Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini
dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah
mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha
pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang,
bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya? - By Shahirul
|