11 November 2010 lepas secara rasmi Proton Inspira (Waja baru) dilancarkan. Proton Inspira ini di’rebadge dari model Lancer Mitsubishi. Reka
bentuknya yang menarik dan ruang penumpang yang luas mungkin antara
faktor yang menarik minat pembeli di luar sana. Harganya pula serendah
RM79,999. Proton Inspira ini juga dijangka akan meningkatkan kembali
momentum jualan kenderaan Proton di Malaysia. Mungkin juga model ini
akan memberi saingan sengit kepada model Toyota Vios, Honda City, Kia
Forte, Toyota Corolla, Honda Civic dan Nissan Sylphy.
Blogger tak mau komen apa-apa pasal isu model baru proton ni, isu rebagde ke, copy patse Mitsubishi Lancer GT atau sebagainya. Sebab dah ramai orang yang dok bincang dan bercakap pasal ni, kat blog kat kedai kopi...so banyak respond la daripada orang kita. Walau apapun, pengurusan Proton dah memaklumkan yang model ni merupakan strategi marketing Proton dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi pun ada ambik dua model proton untuk diupgrade pada model mereka bagi pasaran di Afrika.
Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16
sebagai pengguna laman sosial Facebook terbesar di dunia, berdasarkan
statistik bagi bulan Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh laman
Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik dan penggunaan
laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia. Merujuk kepada
senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului senarai dan
diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom.
Kedudukan Malaysia di tangga ke 16
adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook, manakala
untuk tujuan perkongsian blog ini cuba untuk membuat perbandingan bukan
sahaja jumlah pengguna malahan turut mengambil kira jumlah populasi
penduduk di negara terlibat, supaya dapat melihat dengan lebih jelas
lagi situasi sebenar status pengguna facebook.
Berdasarkan rujukan statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list, senarai yang disusun oleh blog ni adalah seperti dibawah ni:
Statistik pengguaan Facebook dunia.
Dari senarai 20 pengguna terbesar
facebook tu, Malaysia berada di kedudukan ke 16 dari segi jumlah
pengguna manakala kalau di analisa dari segi peratusan berbanding
bilangan populasi, Malaysia berada di tangga ke 8 dengan 31.48 peratus
penduduknya berdaftar dengan facebook.
Maksudnya juga secara rambang daripada
10 orang yang ditemui di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 daripada mereka
mempunyai akaun facebook. Boleh tahan jugak tu kan.
Walau bagaimanapun analisa ringkas di jadual kat atas tu ada beberapa limitasi seperti:
Terdapat di kalangan 20 negara di dalam senarai tu belum kemaskini
jumlah terkini populasi mereka, mungkin akan berlaku perubahan dari segi
nilai peratusan; dan
Peratusan tersebut juga mungkin melibatkan kiraan berganda di
sebabkan ada sesetengah individu yang mempunyai lebih dari satu akaun
facebook, mungkin dua, tiga, lima mahupun sepuluh.
Namun secara asasnya senarai di atas tu
bolehlah dijadikan rujukan dan panduan ringkas untuk mengetahui secara
umum fokus dan arah penggunaan laman sosial di negara ini. Pada masa
yang sama penggunaan facebook juga turut melibatkan kelebihan dan juga
keburukan tersendiri, semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri.
Negara yang paling kurang penggunaan
Facebook adalah Republic of Nauru yang hanya mencatatkan 180 pengguna
sahaja. Nauru dahulunya dikenali sebagai Pleasant Island yang mempunyai keluasan 21km persegi. Ok dan steady aje deme tu..life still goes on tanpa FB.
Seluruh negara dah maklum tanggal 30 Oktober 2010, Kelantan telah mencatatkan sejarah baru dalam era
pembangunan bola sepak kelantan yang telah di
nobatkan sebagai juara piala malaysia tahun 2010 setelah mengalahkan
negeri sembilan 2-1 di stadium nasional bukit jalil. Fantasi bertukar menjadi realiti, tahun 2010 menjadi sejarah setelah 4 kali
kelantan mencuba di final piala malaysia sejak ianya mula diperkenalkan.
* Semalam penuh satu KL
dengan warga Kelantan. NS yang duduk sekitar lembah Klang pun tak mampu
nak kerah penyokong mereka ke stadium. Kelantan? Usah ceritalah. Semalam(30hb okt. 2010)
sahaja, 2/3 stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Red Warrior
ini...fuhh...
Semalam(30hb Okt. 2010)
Negeri Tok Guru, Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia buat kali
pertama. Mungkin ini barakah daripada Allah kepada Tok Guru. Tok Guru
sendiri berdoa agar Kelantan menang malam semalam,dan Allah telah memenangkan pasukan The Red Warriors kita. Kalau tak percaya,
dengar perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010).
Yeah...our red warriors da best.
Dari perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010), Tok Guru
turut berjanji akan memberikan imbuhan wang tunai kepada seluruh
keluarga pemain Kelantan. Sebelum ini pemain kelantan diberikan imbuhan
mengerjakan umrah selepas layak ke final Piala Malaysia tahun lalu (sini)
Bahkan ada satu rahsia yang didedahkan oleh Tok Guru, bahawa
beliau suka main bola masa muda dulu-dulu sebelum zaman Jepun. Main
selepas solat asar di Pondok Jertih. Lutut tok guru cedera gara-gara
kawan beliau tendang bola mengenai beliau. Nah..tok guru pun suka main
bola. Memang hebat. Tahniah
buat Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan.
Julang Piala
Malaysia: Kelantan isytihar cuti
Yeah...our red warriors da
best.
KUALA LUMPUR, 31 Okt:
Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena
kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia
edisi ke 84 malam tadi.
Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan,
Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas
menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan
2-1.
"Saya
mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya
rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan
dengan selamat.
"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi
kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat
Kelantan," katanya.
Setiap negara pasti mengharapkan untuk
mempunyai rakyat yang mampu menyumbang ke arah kemajuan, kejayaan dan
keamanan. Semua itu hanya dapat dicapai dan diperolehi jika rakyat
negara itu mempunyai sahsiah dan jati diri yang unggul serta cemerlang;
sama ada melalui generasi muda belia atau pun generasi tua.
Kementerian Belia dan Sukan mentakrifkan
belia sebagai golongan muda yang berumur antara 15 hingga 40 tahun, dan
ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Manakala Islam pula mentakrifkan belia sebagai satu fasa
umur alam baligh yang menerima tanggungjawab (taklif) atas setiap
perbuatan yang dilakukan. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah golongan
belia di negara ini pada tahun 2008 mencecah seramai 16 juta orang.
Angka ini memberi gambaran bahwa negara akan menghadapi cabaran hebat
dalam aspek pembinaan dan pengurusan belia di masa hadapan.
Sekadar gambar hiasan.
Belia adalah harta yang amat berharga
serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Mereka juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan. Justeru itu
adalah perlu golongan belia ini diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan
yang benar dan diredhai Allah s.w.t. sehingga mampu menjadi generasi
yang boleh diharapkan dan dibanggakan iaitu belia yang beriman, berilmu,
beramal dan berakhlak mulia. Inilah yang menjadi cita-cita negara kita
untuk mempunyai belia yang berkualiti sebagaimana yang diharapkan
melalui tema sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini iaitu Belia
Berwawasan Penggerak Kejayaan.
Persoalan besar timbul ialah ke manakah
hilangnya wawasan belia hari ini? Saban hari kita masih mendengar
berita-berita yang tidak baik tentang segelintir belia, dan hanya
beberapa cebis kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh
mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah
disiplin dan adab sering dikaitkan dengan belia. Hal ini tentunya
mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan ibu bapa, masyarakat dan
pemimpin negara. Justeru Rasulullah s.a.w. berpesan kepada semua
golongan belia agar dapat memanfaatkan umur dan masa muda dengan
sebaik-baiknya.
Antara faktor yang dikenalpasti sebagai
punca berlaku penyelewengan akidah dan berkembangnya gejala sosial
adalah kurang didikan dan penghayatan agama di kalangan belia akibat
pengaruh persekitaran. Apa yang penting, belia hendaklah mengisi diri
dengan ilmu agama dan pelbagai ilmu serta kemahiran hidup di samping
berusaha menjadikan diri sebagai hamba yang soleh, generasi yang
berkualiti, umat yang cemerlang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Interesting topic discussed by Associate Prof Dr. Azahari Ismail of UPM which I think worth
sharing here. These five types of friend are actually derived from the
main topic discussed at February 5th 2010 regarding ‘Self development As a strategy
of Human Resources Development”, and among several elements to instill
self development attitude within individual is through network expansion
through multiple and variable friendship and networks. This is how the
types of friend becomes related to self development As a strategy of
HRD.
Just decor picture.
So the five types of friend that one
should have in order to develop his/her self development are listed as:
Spy – One needs a kind
of friends who have every information at their fingertip, means that
this type of friends have all kind of details, secrets (even a gossip)
and etc so that a person can rely on them to get any information needed;
Thinker – A person
also need a kind of friends who encourage thinking at deep level and
always make their friends wonder for any possible situation. This kind
of friends will shape one’s personal cognitive ability and encourage
creative thinking in their friend’s mind;
Radio Station – This
is a kind of friend that will do the good PR for his/her friend. The
function of this friend actually to disperse any good information about
his/her friend to others so that his/her friend can easily earn respect
from community of networks;
Workhorse – This kind
of friend offers nothing to his/her friend except good and loyal
service, with this kind of friends around, an individual can ask them to
do whatever jobs, assignment and task and they are willingly perform
that just for the sake of friendship; and
‘Bouncer/Godfather‘ –
In Malay we call it ‘Kaki Pukul’, this kind of friends actually have all
the above four qualities which made them so reliable and much needed by
their friends.
So in term of self development which
later lead to leadership development, an individual must have all the
five types of friends mentioned above surrounding him/her, So that he or
she can emulate how these five types of friends inter-related with each
other and and can give advantages for him/her.
SUKAR
membayangkan jika ada masyarakat dunia pada hari ini tidak memiliki
sekurang-kurangnya satu akaun portal laman sosial.
Di mana-mana sahaja kita
berada pasti terdapat seseorang sedang melayari portal laman sosial
melalui komputer riba, telefon pintar atau pun peranti canggih untuk
berhubung dengan rakan mereka.
Ia bagaikan sudah menjadi satu fenomena dan
trend dalam berkongsi pengalaman serta mencari teman baru di alam maya.
Bahkan, terdapat pengguna
yang menjadikan portal berkenaan sebagai medium mempromosi produk
jualan, perkhidmatan, mencari pekerjaan dan bermacam-macam lagi kerana
ia mudah, cepat serta efisien.
Bagaimanapun, tidak semua laman sosial
menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada pengguna di laman
mereka sehingga menyukarkan pengguna membuat pilihan tepat ketika
mendaftar akaun portal laman sosial.
Namun begitu, semua ini
bakal berubah apabila menggunakan portal laman sosial yang dibangunkan
syarikat tempatan Netxpert Sdn. Bhd. iaitu myfriends2u.com yang baru
beroperasi kira-kira empat bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif
Netxpert Sdn. Bhd., Che Onn Ismail berkata, myfriends2u.com bukan
sekadar portal untuk pengguna berkomunikasi dan mencari teman
semata-mata.
"Kita membangunkan portal
ini agar ia dapat menjadi pusat sehenti kepada pengguna kerana ia
merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diingini mereka dalam sebuah
portal laman sosial.
"Pembangunan myfriends2u.com juga merupakan satu
inisiatif Netxpert untuk menyatukan komuniti Malaysia dan Asia dalam
satu portal buatan anak tempatan. Kita mahu memperkenalkan negara
Malaysia melalui portal ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di
pejabatnya di Menara Ambank, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru
ini.
PORTAL
laman sosial myfriends2u.com menawarkan pelbagai aplikasi menarik
setanding laman sosial antarabangsa seperti Facebook dan Friendster.
Urusniaga
dan karier
Che Onn menambah, terdapat beberapa perbezaan ketara
dapat dilihat dalam portal berkenaan berbanding laman sosial yang
terdapat di Internet pada masa kini. Ia termasuk segmen myMarketPlace
yang membenarkan pengguna berurus niaga secara atas talian.
"Dengan menggunakan kaedah
ini, pengguna boleh menjual atau membeli barangan ditawarkan di
myMarketPlace tanpa perlu memikirkan kos promosi dan sebagainya yang
mungkin membebankan mereka. Kita mahu memberi peluang kepada pengguna
meningkatkan ekonomi mereka.
"Ia bukan hanya dapat menyemarakkan pendapatan
pengguna malah, membantu meningkatkan ekonomi negara," ujarnya.
Dalam pada itu, Che Onn
memberitahu, portal laman sosial berkenaan turut menyediakan platform
kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan melalui segmen MyCareer.
"MyCareer membolehkan
pengguna terutamanya golongan graduan mencari pekerjaan secara lebih
berkesan. Pengguna boleh memperoleh informasi tepat mengenai pekerjaan
dan majikan yang berdaftar dalam laman sosial ini, sekali gus memudahkan
mereka mencari pekerjaan.
"Bukan graduan sahaja yang boleh menggunakan
segmen ini tetapi majikan juga boleh memanfaatkan sepenuhnya mencari
bakal-bakal pekerja mereka. Sebagai contoh, segmen ini dapat bertindak
sebagai pengantar di antara graduan dan majikan berkomunikasi sesama
sendiri dengan lebih efisien," katanya.
Che
Onn (dua dari kiri) bersama tenaga kerja Netxpert Sdn. Bhd. memantau
portal myfriends2u.com.
Tambah
Che Onn lagi, portal laman sosial myfriends2u.com juga ingin membantu
meningkatkan industri pelancongan negara yang kaya dengan kebudayaan,
makanan, destinasi pelancongan, mercu tanda dan bermacam-macam lagi
untuk ditawarkan kepada pengguna.
Katanya, sesiapa sahaja yang mempunyai tempat
menarik untuk dikongsi bersama pengguna lain boleh mempromosikannya
melalui segmen Myplaces.
"Myplaces tidak hanya tertumpu kepada destinasi
pelancongan sahaja tetapi ia termasuk restoran-restoran, gerai-gerai,
pusat rekreasi dan sebagainya yang menjadi tumpuan orang ramai. Apa yang
perlu dilakukan hanya memasukkan informasi mengenai tempat berkenaan
dan pengguna portal ini dapat mengetahui mengenainya di hujung jari
mereka," ujarnya lagi.
Kajian sedang dijalankan terhadap
modul kursus sedia ada bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan akan
dirombak semula bersesuaian dengan situasi dan keperluan semasa,
demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan
cadangan berkenaan perlu dilakukan memandangkan modul kursus sedia ada
kurang sesuai pada masa ini. Pada masa yang sama program latihan Askar
Wataniah kepada pelatih PTD sedang dikaji pelaksanaanya.
(Kredit imej kepada
http://mohdhanapi.blogspot.com/)
Petikan daripada cadangan rombakan
kursus PTD:
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai
Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk
Seri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata cadangan tersebut perlu
dilakukan berikutan modul kursus yang sedia ada dilihat tidak begitu
fokus. Kata beliau pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan
Kementerian Pertahanan untuk memperkenalkan program latihan Askar
Wataniah kepada pelatih PTD.
"Modul kursus sedia ada itu bagus,
tetapi untuk menjalani latihan membabitkan ketenteraan, bomba dan polis
selama enam bulan, terlalu banyak.
"Tempoh kursus selama enam bulan tidak
akan dirombak kerana kami menyifatkan ia mencukupi untuk membina jati
diri pegawai PTD yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan,” katanya
kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media,
di sini, Khamis.
Pada Mei lalu, seorang pelatih PTD telah
meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan
anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Norhashimah Wahid, 31,
sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh
bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan
mengikuti latihan itu.
Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan
cadangan rombakan itu dibuat berikutan kejadian kes membabitkan pelatih
tersebut.
Sebaliknya, katanya cadangan itu dibuat
berikutan mahu kursus itu lebih fokus yang kini menerapkan modul kursus
daripada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bomba, polis dan
tentera.
Beliau berkata cadangan memperkenalkan
program latihan Askar Wataniah itu juga akan dapat menambah bilangan
anggotanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan unit
tentera simpanan itu. Abu Bakar berkata jika program latihan askar
wataniah itu dilaksanakan, ia akan diperkenalkan pada kursus PTD pada
tahun depan.
Katanya pada masa ini, terdapat
kira-kira 8,000 pegawai PTD daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh
negara.
Sementara itu, Abu Bakar berkata susulan
kes kematian pelatih PTD itu, empat pegawai penyelaras kursus tersebut
telah dikenakan tindakan iaitu dipindahkan dan digantikan dengan pegawai
baru. -BERNAMA
Sudah pastinya cadangan rombak kursus
PTD dan memasukkan program latihan askar wataniah ini merupakan satu
cadangan yang pastinya mempunyai rasional dan matlamat tertentu untuk
meningkatkan lagi daya tahan pegawai di bawah skim tersebut.
Sumber artikel ‘Kursus PTD Akan Dirombak – JPA’ dari
http://mstar.com.my/ Jumaat September 3, 2010.
Sebagai salah seorang daripada anak
kelantan, Blog ini ingin megambil kesempatan untuk merafak sembah dan
junjung kasih Sempena pelantikan dan pemasyhuran sultan Kelantan yang ke
29, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni
Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan bagi negeri
Kelantan Darul Naim serta jajahan takluknya yang telah selesai
disempurnakan pada 4 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 13 September 2010 yang
lalu.
Persembahan Ucapan Tahniah
ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI
SULTAN ISMAIL PETRA
sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi
Negeri Kelantan Darul Naim Serta Jajahan Takluknya
Menjadi harapan dan doa supaya
pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan
Dan yang Di Pertuan Negeri kelantan mendapat rahmat dan keberkatan
daripada Allah S.W.T. Semoga Allah melindungi tuanku dunia dan akhirat.