Friday, 22 November 2024, 1:02 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 12
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari "googling around the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman.


Sekadar gambar hiasan.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…

Hari Isnin :

  1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
  2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
  3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
  4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
  5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
  6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
  7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa :

  1. Wafatnya jurjis
  2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
  3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
  4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
  5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
  6. Habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu :

  1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
  2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
  3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
  4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s.
  5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis :

  1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
  2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
  3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
  4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
  5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
  6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…

Hari Jumaat :

  1. Pernikahan antara Adam dan hawa
  2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
  3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
  4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
  5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
  6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w  dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
  7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu :

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..

  1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
  2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
  3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
  4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
  5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
  6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad :

  1. Allah menjadikan neraka.
  2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
  3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
  4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
  5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
  6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
  7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh…

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat…Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari…hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah…barulah kita dapat gambaran sepenuhnya…alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya…bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah  silam…zaman pemerintahan nabi-nabi…

InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar…yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini…


Category: Muslim's | Views: 1290 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)

Entry ini mengenai 10 soalan ringkas beserta jawapannya sekali untuk mengetahui kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.


Sekadar gambar hiasan.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang m ani s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaika.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …

err..ayat yang last kat atas tu, bukan saya tulis, tapi termasuk dalam pakej 10 soalan tu…:D, Semoga dapat di ambil pengajaran dan ruang untuk muhasabah diri kita sendiri.

-By Jazmanie
Category: Muslim's | Views: 7761 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (4)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kece riaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym.

- By Jazmanie
Category: Muslim's | Views: 1547 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)

HONG KONG: China dijangka mengambil alih tempat Jepun sebagai negara kedua terkaya di dunia menjelang 2015 berdasarkan perkembangan pesat ekonomi dan permintaan domestik yang kukuh.

Bandaraya Hong Kong (kiri), Hotel Pazhou (kanan).

Dalam laporan Global Wealth Report diterbitkan semalam, Institut Penyelidikan Credit Suisse berkata, jumlah kekayaan China bakal meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun atau melonjak 111 peratus kepada RM109 trilion.

Ketua Unit Penyelidikan Perbankan Persendirian dan Pengurusan Harta Credit Suisse, Giles Keating, berkata 10 tahun lalu, China adalah negara ketujuh terkaya di dunia.

"Sejak itu ia melonjak mengatasi negara utama Eropah dan dijangka mengatasi Jepun pada 2015," katanya di sidang media, semalam.

Ketika ini, Amerika Syarikat menjadi negara paling kaya di dunia apabila menguasai 27 peratus daripada kekayaan dunia dengan nilai RM607.5 trilion, diikuti Jepun (11 peratus) dan China (lapan peratus).

Perancis, Itali, Jerman dan Britain berada di kedudukan keempat dengan menguasai enam peratus daripada jumlah harta di dunia.

Laporan itu diterbitkan hasil penilaian data diambil di lebih 200 negara pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Asia Pasifik, Osama Abbasi, berkata laporan terkini itu mengesahkan bahawa negara Asia Pasifik kini mengepalai pertumbuhan kekayaan dunia.

"Asia mempunyai potensi besar pada masa depan," katanya. - AFP

Category: Global | Views: 1079 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)

Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com