Friday, 22 November 2024, 0:45 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 11

Minggu depan pastinya banyak peristiwa yang akan mewarnai aktiviti harian sebahagian daripada kita. Aktiviti yang menarik perhatian blog ini adalah mengenai penganjuran dua konsert penghibur luar negara iaitu Adam Lambert dan Maher Zain. Konsert Adam Lambert The Glamnation Tour Live In Malaysia 2010 akan di adakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 14 Oktober ini  di Stadium Putra Bukit Jalil manakala konsert Maher Zain Save the Soul pula akan diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober 2010.

Pelbagai reaksi dan respons juga maklumbalas daripada orang ramai berkaitan dengan penganjuran konsert Adam Lambert ini, dalam laman sosial Facebook juga telah wujud page khas Kami bantah Konsert Adam Lambert di Malaysia manakala konsert Maher Zain pula setakat artikel ni ditulis blog ini tidak terjumpa pulak sebarang bantahan daripada anggota masyarakat mengenainya.

Kedua-dua penghibur tersebut membawa konsep masing-masing, Adam Lambert mendapat tempat ke-2 dalam American Idol 8 dan mempunyai ramai peminat bukan sahaja di US malahan di merata dunia, beliau juga popular dengan imej Gothic. Manakala Maher Zain pula popular dengan lagu berkonsepkan keugamaan dan lagunya ‘Ya Nabi Salam Alayka’ terpilih sebagai lagu agama terbaik bagi tahun 2009 di Nujoom FM, stesen radio terbesar di Mesir.

Salah satu video klip Adam Lambert ‘Sexy As Hell’yang boleh didapati di Youtube:

Ini pula video klip Maher Zain ‘Insha Allah’ yang juga boleh diperolehi melalui lamam Youtube:

Dimaklumkan juga kedua-dua konsert tersebut mendapat sambutan baik dari peminat masing-masing, pelbagai promosi dan tiket percuma disediakan kepada para peminat Adam Lambert oleh pelbagai pihak manakala penganjur konsert Maher Zain pula memaklumkan akbar berita harian tiket untuk konsert Maher Zain sudah habis disambar peminat hanya dalam tempoh sehari saja.

-By Jazmanie


Category: Global | Views: 2125 | Added by: Eylu | Date: 11 October 2010 | Comments (0)


SUKAR membayangkan jika ada masyarakat dunia pada hari ini tidak memiliki sekurang-kurangnya satu akaun portal laman sosial.

Di mana-mana sahaja kita berada pasti terdapat seseorang sedang melayari portal laman sosial melalui komputer riba, telefon pintar atau pun peranti canggih untuk berhubung dengan rakan mereka.

Ia bagaikan sudah menjadi satu fenomena dan trend dalam berkongsi pengalaman serta mencari teman baru di alam maya.

Bahkan, terdapat pengguna yang menjadikan portal berkenaan sebagai medium mempromosi produk jualan, perkhidmatan, mencari pekerjaan dan bermacam-macam lagi kerana ia mudah, cepat serta efisien.

Bagaimanapun, tidak semua laman sosial menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada pengguna di laman mereka sehingga menyukarkan pengguna membuat pilihan tepat ketika mendaftar akaun portal laman sosial.

Namun begitu, semua ini bakal berubah apabila menggunakan portal laman sosial yang dibangunkan syarikat tempatan Netxpert Sdn. Bhd. iaitu myfriends2u.com yang baru beroperasi kira-kira empat bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Netxpert Sdn. Bhd., Che Onn Ismail berkata, myfriends2u.com bukan sekadar portal untuk pengguna berkomunikasi dan mencari teman semata-mata.

"Kita membangunkan portal ini agar ia dapat menjadi pusat sehenti kepada pengguna kerana ia merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diingini mereka dalam sebuah portal laman sosial.

"Pembangunan myfriends2u.com juga merupakan satu inisiatif Netxpert untuk menyatukan komuniti Malaysia dan Asia dalam satu portal buatan anak tempatan. Kita mahu memperkenalkan negara Malaysia melalui portal ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Menara Ambank, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PORTAL laman sosial myfriends2u.com menawarkan pelbagai aplikasi menarik setanding laman sosial antarabangsa seperti Facebook dan Friendster.

Urusniaga dan karier

Che Onn menambah, terdapat beberapa perbezaan ketara dapat dilihat dalam portal berkenaan berbanding laman sosial yang terdapat di Internet pada masa kini. Ia termasuk segmen myMarketPlace yang membenarkan pengguna berurus niaga secara atas talian.

"Dengan menggunakan kaedah ini, pengguna boleh menjual atau membeli barangan ditawarkan di myMarketPlace tanpa perlu memikirkan kos promosi dan sebagainya yang mungkin membebankan mereka. Kita mahu memberi peluang kepada pengguna meningkatkan ekonomi mereka.

"Ia bukan hanya dapat menyemarakkan pendapatan pengguna malah, membantu meningkatkan ekonomi negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Onn memberitahu, portal laman sosial berkenaan turut menyediakan platform kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan melalui segmen MyCareer.

"MyCareer membolehkan pengguna terutamanya golongan graduan mencari pekerjaan secara lebih berkesan. Pengguna boleh memperoleh informasi tepat mengenai pekerjaan dan majikan yang berdaftar dalam laman sosial ini, sekali gus memudahkan mereka mencari pekerjaan.

"Bukan graduan sahaja yang boleh menggunakan segmen ini tetapi majikan juga boleh memanfaatkan sepenuhnya mencari bakal-bakal pekerja mereka. Sebagai contoh, segmen ini dapat bertindak sebagai pengantar di antara graduan dan majikan berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih efisien," katanya.

Che Onn (dua dari kiri) bersama tenaga kerja Netxpert Sdn. Bhd. memantau portal myfriends2u.com.

Tambah Che Onn lagi, portal laman sosial myfriends2u.com juga ingin membantu meningkatkan industri pelancongan negara yang kaya dengan kebudayaan, makanan, destinasi pelancongan, mercu tanda dan bermacam-macam lagi untuk ditawarkan kepada pengguna.

Katanya, sesiapa sahaja yang mempunyai tempat menarik untuk dikongsi bersama pengguna lain boleh mempromosikannya melalui segmen Myplaces.

"Myplaces tidak hanya tertumpu kepada destinasi pelancongan sahaja tetapi ia termasuk restoran-restoran, gerai-gerai, pusat rekreasi dan sebagainya yang menjadi tumpuan orang ramai. Apa yang perlu dilakukan hanya memasukkan informasi mengenai tempat berkenaan dan pengguna portal ini dapat mengetahui mengenainya di hujung jari mereka," ujarnya lagi.

... Read more »
Category: National | Views: 1583 | Added by: Eylu | Date: 11 October 2010 | Comments (0)

Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com