Penciptaan langit dan bumi serta segala yang
ada di antaranya, tiada tolok bandingnya kerana penuh hikmah kesemuanya. Dialah
Allah, Tuhan Pentadbir Seru Sekalian Alam yang mencipta alam semesta ini dengan
penuh ketepatan tanpa sebarang kesilapan dan kelemahan.Sejak dahulu lagi, penciptaan
Ilahi telah membuka mata dan mencetuskan minda para saintis dan ahli falsafah dalam memandang
keindahan kejadian ini membuktikan keagungan Yang Maha Kuasa.
Menurut Ibn Sina yang tidak asing lagi dalam dunia
ilmu Islam, beliau mengatakan bahawa dalam dunia ini terdapat dua pembahagian
iaitu mikrokosmik dan makrokosmik. Hal ini membawa erti adalah penciptaan alam
ini adalah selengkap-lengkapnya sebagai tanda kewujudan manusia. Manusia telah
diklasifikasikan sebagai mikrokosmik dan alam semesta dikategorikan sebagai
makrokosmik.
Manusia memiliki 12 sendi dan telah di umpamakan
sebagai kitaran masa setahun iaitu 12 bulan. Selain itu menurut teori beliau
pula tubuh kita yang terdiri daripada sepasang kaki dan tangan pula
melambangkan 4 musim iaitu ekuinoks musim bunga, ekuinoks musim luruh, soltis
musim panas dan soltis musim sejuk. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa kewujudan
alam tanda kewujudan manusia dan kewujudan manusia bukti kewujudan Sang Khaliq,
Allah.
Selain itu tidak terlepas juga bagaimana kejadian manusia
ini juga telah memberi gambaran mengenai kitaran hidup manusia. Hati manusia
adalah raja kepada tubuh badan. Jika baik hati itu, maka baiklah keseluruhannya
dan jika busuk hati itu, maka buruklah keseluruhannya. Kemudian akal adalah
penasihat atau perdana menteri, sel darah putih sebagai tentera dan sel darah
merah sebagai rakyat jelata.
Oleh hal yang demikian, saya memikirkan satu peristiwa
bilamana perintah solat telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Allah
Azza Wajalla ketika mikraj. Namun begitu apa yang ingin disentuhkan ialah
peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W tentang usia bumi ini. Pada
ketika itu baginda telah melihat seorang wanita yang terlalu tua dan bongkok
tiga suku. Ketika itu, Malaikat Jibril A.S menerangkan kepada baginda perihal
usia lanjut bumi yang telah digambarkan Allah.
Apa yang menarik perhatian saya ialah, mengapa bumi telah
digambarkan Allah sebagai wanita dan bukan sebagai lelaki? Telah lama berfikir
sehingga satu ketika telah diterangkan kepadaku melalui ilham. Lantas ketika
itu, satu persoalan yang timbul mengapa langit di atas dan bumi di bawah? Dan
mengapa ketika melakukan persetubuhan, lelaki diharuskan berada di atas isteri?
Itulah persoalan yang telah mengurai kekusutan tersebut. Hal ini saya telah
mengadaptasikan langit sebagai lelaki dan bumi sebagai wanita melalui beberapa
dalil a'qli.
Allah telah menumbuhkan pelbagai
jenis tanaman, sayuran dan buah-buahan serta membiak di atas muka bumi ini
dan sama juga seperti seorang isteri yang melahirkan anak selepas
melakukan persetubuhan.
Langit pula telah menurunkan hujan
dan menjadikan bumi yang gersang tumbuh membiak sama seperti lelaki yang
melepaskan sperma dan melakukan persenyawaan, ovum (biji benih) dan
menjadikan embryo sehinggalah berkembang menjadi bayi.
Kenapa pula lelaki diharuskan berada di atas wanita ketika
persetubahan? Kerana orang yang berada di atas ketika persetubuhan memerlukan
lebih banyak tenaga berbanding orang di bawahnya. Jelaslah lelaki mempunyai
daya kekuatan yang lebih tinggi berbanding wanita.
Hal ini telah menjelaskan
bagaimana fenomena yang berada di langit apabila sering berlakunya sinar
pancaran ultraungu, radiasi dan kepanasan yang melampau serta letupan-letupan
yang berlaku. Jadi hal itu jelas bgaimana langit telah menampung pelbagai daya
bagi memastikan bumi ini (wanita) berada dalam keadaan yang selamat (selesa)
agar proses hujan (persenyawaan) itu berlaku supaya sperma mempunyai daya dan
tenaga untuk sampai kepada sel telur.
Maha suci Allah yang telah menjadikan manusia sebaik-baik
ciptaan dan menyempurnakan lagi kejadian penciptaanNya.