Entry ini mengenai 10 soalan ringkas beserta jawapannya sekali untuk mengetahui
kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat
dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.
Sekadar gambar hiasan. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang m ani
s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak
puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaika.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar
atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula
pada org lain. …
err..ayat yang last kat atas tu, bukan
saya tulis, tapi termasuk dalam pakej 10 soalan tu…, Semoga dapat di ambil pengajaran dan
ruang untuk muhasabah diri kita sendiri. -By Jazmanie
|