Saturday, 20 April 2024, 3:17 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 11 » Antara Adam Lambert Dengan Maher Zain
5:54 PM
Antara Adam Lambert Dengan Maher Zain

Minggu depan pastinya banyak peristiwa yang akan mewarnai aktiviti harian sebahagian daripada kita. Aktiviti yang menarik perhatian blog ini adalah mengenai penganjuran dua konsert penghibur luar negara iaitu Adam Lambert dan Maher Zain. Konsert Adam Lambert The Glamnation Tour Live In Malaysia 2010 akan di adakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 14 Oktober ini  di Stadium Putra Bukit Jalil manakala konsert Maher Zain Save the Soul pula akan diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober 2010.

Pelbagai reaksi dan respons juga maklumbalas daripada orang ramai berkaitan dengan penganjuran konsert Adam Lambert ini, dalam laman sosial Facebook juga telah wujud page khas Kami bantah Konsert Adam Lambert di Malaysia manakala konsert Maher Zain pula setakat artikel ni ditulis blog ini tidak terjumpa pulak sebarang bantahan daripada anggota masyarakat mengenainya.

Kedua-dua penghibur tersebut membawa konsep masing-masing, Adam Lambert mendapat tempat ke-2 dalam American Idol 8 dan mempunyai ramai peminat bukan sahaja di US malahan di merata dunia, beliau juga popular dengan imej Gothic. Manakala Maher Zain pula popular dengan lagu berkonsepkan keugamaan dan lagunya ‘Ya Nabi Salam Alayka’ terpilih sebagai lagu agama terbaik bagi tahun 2009 di Nujoom FM, stesen radio terbesar di Mesir.

Salah satu video klip Adam Lambert ‘Sexy As Hell’yang boleh didapati di Youtube:

Ini pula video klip Maher Zain ‘Insha Allah’ yang juga boleh diperolehi melalui lamam Youtube:

Dimaklumkan juga kedua-dua konsert tersebut mendapat sambutan baik dari peminat masing-masing, pelbagai promosi dan tiket percuma disediakan kepada para peminat Adam Lambert oleh pelbagai pihak manakala penganjur konsert Maher Zain pula memaklumkan akbar berita harian tiket untuk konsert Maher Zain sudah habis disambar peminat hanya dalam tempoh sehari saja.

-By Jazmanie


Category: Global | Views: 2082 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com