Nabi Musa adalah
satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di
atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering
bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu
daripada Allah.
Suatu
hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun
menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di
situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi
salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan
dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta
dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan
yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian
dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya
barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku
agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai
tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya. Sekadar
gambar hiasan.
"Setiap hari aku berdoa kepada
Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah
mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang
yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk
dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya
sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi
yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh
disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami
sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah
berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah
dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan
membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah
yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti
sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi
Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila
dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S.
DATANG MEMANGGIL. - By http://siakaphijau.blogspot.com/
|