Dapat
hidayah ketika kunjungi masjid..
LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri
Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43,
mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat
hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini
memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi
ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
Adik ipar Tony Blair peluk Islam.
"Saya tidak lagi makan
daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan
kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak,
paling lama dalam tempoh 25 tahun.
"Ajaibnya, sejak memeluk
Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini
saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari," katanya yang
dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman
suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan
makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah
daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
"Tiba-tiba saja saya
berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil
keputusan memeluk Islam," katanya.
Mengenai kemungkinan untuk
memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat
demikian pada masa depan.
"Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana
Islam akan membawa saya seterusnya?" katanya.
Lauren sebelum ini
diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan
banyak masa bertugas di Palestin.