Sambungan kepada posting sebelum ini mengenai pesanan kepada bakal suami, kali ini adalah 13 pesanan
untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar
isteri, kata-kata asihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik
Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Perkahwinan adalah
perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai,
maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang
diharapkan.
Sekadar gambar hiasan.
Pesanan Untuk Isteri:
Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya
(perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki.
Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh
itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita
hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
Hendaklah ia bekerja dan berusaha
dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya
suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar
itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu
dan Bersikap manja di hadapannya.
Isteri hendaklah memerhatikan tabiat
suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa
kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.
Jangan banyakkan permintaan atau
memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah
lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
Jangan sekali-kali meninggalkan rumah
tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula
suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah
ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat
besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan
bersolek pula.
Janganlah pergi mendapatkan bomoh,
pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami
atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan
membazir.
Jangan suka menceritakan kecantikkan
perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami
apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu
mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala
mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu
kerabat suami.
Hendaklah cermat dalam perbelanjaan
hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah
habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan
itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan
untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang
siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
Jangan suka berhutang. Jika terpaksa
sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat
rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
Jangan ceritakan perbelanjaan harian
sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
Hendaklah makan minum untuk suami sama
ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya.
Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan
suami.
Hendaklah suami dan isteri menjaga
kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga
makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan
oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami
isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.