Entry ini mengenai 10 soalan ringkas beserta jawapannya sekali untuk mengetahui
kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat
dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.
Sekadar gambar hiasan.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan
seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang m ani
s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang
bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak
puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah
sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan
amal-amal kebaika.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling
luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya
akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya
menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah
orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah orang yang KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar
atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula
pada org lain. …
err..ayat yang last kat atas tu, bukan
saya tulis, tapi termasuk dalam pakej 10 soalan tu…, Semoga dapat di ambil pengajaran dan
ruang untuk muhasabah diri kita sendiri.
Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna
alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam
bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam
spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu
Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu
biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam
erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat
tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya
waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning
ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kece riaan. Jadi mereka yang
selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Kemudian warna alam akan berubah kepada
warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang
merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang
yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih
malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
(tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke
warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang
tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada
waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini
bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah
ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan
Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh
berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap
tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya /
aerobik / gym.
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita
yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan
1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur
saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti
semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas
menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga
saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan
nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa
saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan
saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada
cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan
Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang
sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik
sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada
giliran wanita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab,
sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu
tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan
mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang
tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak
panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan
menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa
dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita
tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh
dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu
masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor
untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita
itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu
saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di
hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita
tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak
sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan
diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya
berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk
memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital
Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu
hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual
haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh
doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu,
akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka
sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang
wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan
muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya
bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan...
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa
pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu
diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun
kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan
botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul
saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji
ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak
pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa
sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha
Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar
pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul
ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma
itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri
kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti
diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.
Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh
nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta
ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada
kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara
api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit,
menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak
ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat
memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya
lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata
yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api,
sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula
menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup
pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil
bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula
terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu
melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut
kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut
kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut,
seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh
... Read more »
Pastinya sudah banyak cerita dan
kisah yang kita sudah dengar mengenai kes-kes pelik yang berlaku
sepanjang mengerjakan ibadat haji atau umrah dan ziarah sama ada melalui
bahan pembacaan mahupun cerita dari mulut ke mulut. Artikel kali ini
saya ingin kongsikan cerita ringkas mengenai ‘akibat mulut celupar’ yang
baru sahaja saya dengar semasa menghantar ibu di KLIA semalam.
Semasa sesi taklimat kepada jemaah umrah dan
ziarah semalam, salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah dalam sesi
taklimat telah menasihatkan para jemaah supaya bersabar dengan apa
sahaja dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang mengerjakan ibadat
umrah dan ziarah nanti.
Ustaz tersebut juga sempat bercerita kes
terbaru yang berlaku kepada salah seorang jemaah untuk dijadikan contoh
dan tauladan kepada jemaah yang lain. Katanya lagi cuaca di tanah suci
mekah sekarang ni memang agak panas dan lebih panas dari cuaca di
malaysia ini.
Ustaz menasihatkan para jemaah supaya
kurangkan merungut dengan hal-hal sedemikian, kerana mengikutnya sebelum
ini ada seorang jemaah yang suka merungut dan tidak tahan dengan
keadaan cuaca yang panas di tanah suci mekah pada ketika ini.
Bukan setakat merungut, jemaah tersebut
juga minta supaya ditukarkan hotel yang lebih sejuk dan selesa. Walaupun
sudah dua kali bertukar hotel namun dia masih juga merungut dengan
keadaan panas tersebut.
Mungkin kerana berasa tertekan dengan
kepanasan, dia juga sering memarahi pihak syarikat yang menguruskan
umrah dan ziarahnya dan sampai satu tahap dia dengan penuh emosi dan
perasaan telah mengatakan bahawa kalau macam tu punya keadaan panas,
lebih baik dia tidak datang ke mekah.
Selang beberapa ketika dia berkata
demikian, tiba-tiba dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri, doktor
sudah memeriksa keadaannya namun tidak menemui sebarang komplikasi
penyakit tertentu namun dia sehingga sekarang masih belum sedarkan diri
sedangkan para jemaah lain serombongan dengannya sedang bersiap untuk
pulang ke tanah air.
Oleh yang demikian, ustaz berkenaan
menasihatkan para jemaah supaya sentiasa tenang dan mengawal diri dan
emosi sepanjang menjadi tetamu Allah di bulan ramadan yang penuh
keberkatan ini.
U – Untuk bacaan umum. Sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat.
Tidak mengandungi unsur2 sensitiviti kaum.
Firman Allah :
"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk
beribadah(mengabdikan) diri kepada Ku"
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
Setelah membuat sedikit research berkaitan kejadian Nabi Adam a.s., maka
terciptalah note ringkas ini. Mungkin setelah membaca note ini, anda
akan merasakan betapa hinanya manusia kerana tanah pun tidak mahu Adam
di jadikan dan roh pun enggan memasuki tubuh manusia. Namun setelah
sempurna kejadian Adam, manusialah makhluk Allah yang paling cantik dan
sempurna kejadiannya. Dan manusia itu adalah semulia-mulia makhluk
disisi Allah, namun manusia juga boleh menjadi sehina-hina makhluk
disisi Allah. Mungkin ada yang sudah tahu perihal sebenar kejadian Adam,
mungkin ada yang tahu sedikit. Walauapa pun, bacalah kalau ada masa,
sekurang-kurangnya kita lebih tahu apa yang sedikit kita tahu dan yang
lebih tahu menambah tahu lagi.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan
melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya,
Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil
beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian
di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku
jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit
dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha’if
MENURUT IBNU ABBAS
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada
otak manusia dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar
dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada
Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan
tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan
tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman,
keyakinan, ilmu, kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur
dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA
Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya)
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat”.
1. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut” kemudian
diletakkan didalam
"Alam Malakut”.
2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam” adalah tanah
pilihan.
Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan
wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan
air hujan "Barul Uluhiyah”.
3. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya”
iaitu sifat "Jalan dan Jammal”.
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
ia merasa malas dan enggan,
lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu
masuk.
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik
sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan
kedunia, terjadilah perubahan
pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku
manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya
adalah sama, ialah
putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan
letaknya.
TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:
1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang
hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan
pula lima buah pancaindera:
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk merasa halus, kasar dan sbgainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh
sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah
Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama
kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah” yang membawa
erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah”.
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
"Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan
"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan
keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu
suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan
isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana
kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama
100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.
"Wallahualam…sekadar mengimbas kembali sejarah manusia mulia ciptaan
Allah.
Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam
menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang
merasa segan dan hormat kepadanya.
Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya
ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu
Syahamah.
Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang
dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya
akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah
lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di
sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga
terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta
sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.
Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani
Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring,
lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu
mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya
mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh
syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.
Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya
anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin
bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang
menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu
Khattab.
"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih
bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku.”
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan.
Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah
daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah.”
Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?”
Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah
yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan
daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram.”
Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani
Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang
menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.
Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air
mata.
Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah
adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara
yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan
sebenar-benarnya dan seadil-adilnya.”
Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan
kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan
aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur’an.”
Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur’an dan perempuan itu pun
bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian
bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari
darah daging anakmu Abu Syahamah.”
Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah
berkata benar.” Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya
"Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di
sini sehingga aku kembali.”
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan
kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah,
ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada
lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti.”
Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.
Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada
sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di
sini sehingga aku kembali.”
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu
sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun
berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan
sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan
dunia.”
Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata,
"Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir
bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah
wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan
Dialah Maha Luas Penglihatannya.” Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan
Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani
Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu
memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa.”
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil
diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar
aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu.”
Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat
suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada
seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.”
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke
tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
"Mengapa ayahanda melakukan ini?” Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat
lepas daripada dituntut di akhirat kelak,” jawab Sayyidina Umar dengan
tegas.Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon
dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan
malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.”Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu
sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu.”
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di
belakangmu wahai Amirul Mukminin?” Jawab Sayyidina Umar: "Wahai
sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan
dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang
menyampaikan khabar tadi.”
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih,
pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah.”
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu
akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah
apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah
sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan:
"Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku.”
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas
dari jasadmu.”
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan
lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya
aku dapat mengambil sedikit kesenangan.”
Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan,
maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan.”
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon
kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat.”
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku
menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka
bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka
lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi.”
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh kali sebatan lagi.
Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku
mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.”
Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli
neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu
air minum.”
Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah
... Read more »
actually i got this from an e-mail forwarded by my friend...
just
4 sharing~
Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters
The
following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters
arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the
story as told by one of his daughters:
When we finally
arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to
my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to
scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in
one day.
My father took a good look at us. Then he sat me
down on his lap and said something that I will never forget. He looked
me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made
valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find
diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you
find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and
protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the
mine, covered over with layers and layers of rock.You've got to work
hard to get to them."
He looked at me with serious eyes.
"Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls,
and you should be covered too."
Source: Taken from the
book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His
Daughter's Eyes.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta
maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a
mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur
bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa
menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu
berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang
tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama
dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh
orang tuanya.
16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
p/s: Nasihat ini bukan untuk sesiapa..tp untuk diri sendiri..Namun..,tak
salah kalau kita kongsi sama2..tak rugi kan? Kpd yg belum
berkeluarga..anda juga dialu2kan untuk merenungi nasihat2 di atas...=)