U – Untuk bacaan umum. Sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat.
Tidak mengandungi unsur2 sensitiviti kaum.
Firman Allah :
"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk
beribadah(mengabdikan) diri kepada Ku"
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
Setelah membuat sedikit research berkaitan kejadian Nabi Adam a.s., maka
terciptalah note ringkas ini. Mungkin setelah membaca note ini, anda
akan merasakan betapa hinanya manusia kerana tanah pun tidak mahu Adam
di jadikan dan roh pun enggan memasuki tubuh manusia. Namun setelah
sempurna kejadian Adam, manusialah makhluk Allah yang paling cantik dan
sempurna kejadiannya. Dan manusia itu adalah semulia-mulia makhluk
disisi Allah, namun manusia juga boleh menjadi sehina-hina makhluk
disisi Allah. Mungkin ada yang sudah tahu perihal sebenar kejadian Adam,
mungkin ada yang tahu sedikit. Walauapa pun, bacalah kalau ada masa,
sekurang-kurangnya kita lebih tahu apa yang sedikit kita tahu dan yang
lebih tahu menambah tahu lagi.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan
melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya,
Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil
beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian
di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku
jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit
dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha’if
MENURUT IBNU ABBAS
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada
otak manusia dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar
dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada
Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan
tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan
tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman,
keyakinan, ilmu, kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur
dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA
Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya)
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat”.
1. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut” kemudian
diletakkan didalam
"Alam Malakut”.
2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam” adalah tanah
pilihan.
Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan
wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan
air hujan "Barul Uluhiyah”.
3. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya”
iaitu sifat "Jalan dan Jammal”.
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
ia merasa malas dan enggan,
lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu
masuk.
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik
sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan
kedunia, terjadilah perubahan
pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal
warnanya hanyalah pada kuku
manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya
adalah sama, ialah
putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan
letaknya.
TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:
1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang
hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan
pula lima buah pancaindera:
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk merasa halus, kasar dan sbgainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh
sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah
Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama
kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah” yang membawa
erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah”.
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
"Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan
"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan
keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu
suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan
isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana
kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama
100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.
"Wallahualam…sekadar mengimbas kembali sejarah manusia mulia ciptaan
Allah.
4forex currency converter(24 February 2013 4:12 PM)
0
Been using this stuff for about a week and already noticed much greater lifts. Using with GEN HumanoVar and noticed not only increase in mass (1-2kg in a week) but a decrease in body fat especially the abdominal region. Would recommended although it di id upset the stomach for firt 3-5 days but fine after that.
Actually my blog name is not relevant to my blog niche..in this time i want to convert my blog to a website through blogger. but i dont know if i will do it ,then how much will affect my blog traffic?.
Hiya , saya sangat senang saya telah menemukan informasi ini . Saat ini blogger mempublikasikan hanya tentang gosip dan web dan ini benar-benar menjengkelkan . Sebuah blog yang baik dengan konten yang menarik , ini adalah apa yang saya butuhkan . Terima kasih untuk menjaga situs ini , saya akan mengunjungi itu . Apakah Anda melakukan newsletter ? Tidak dapat menemukannya . salam !