Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita
yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan
1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur
saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti
semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas
menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga
saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan
nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa
saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan
saya adalah anak sulung dalam keluarga.. Berbalik kepada
cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan
Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang
sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik
sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami
sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada
giliran wanita terbabit.. Tapi tanpa apa-apa sebab,
sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu
tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan
mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang
tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak
panik dengan apa yang sedang berlaku. "Badan dia panas dan
menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa
dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita
tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh
dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu
masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor
untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita
itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu
saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di
hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak
sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan
diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya
berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk
memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital
Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu
hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual
haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh
doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu,
akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka
sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang
wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil
menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan
muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya
bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan...
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat." "Kenapa
pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu
diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun
kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan
botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul
saja," katanya tersedu-sedan. "Habis yang kakak pergi haji
ini?" "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak
pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa
sakit?" tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha
Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar
pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. "Betul
ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan. Semasa koma
itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri
kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti
diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.
Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh
nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta
ampun minta maaf kepada Allah." "Bukan itu saja, buah dada
kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara
api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka.
Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit,
menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak
ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat
memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya
lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata
yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,
"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api,
sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula
menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup
pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil
bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula
terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang
diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi
makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu
melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab
kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya
menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut
kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut
kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan
bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut,
seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat
dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah
kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. " Saya
termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.. "Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling
warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu
pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya
semula selepas sembahyang subuh. "Kakak...yang kakak
sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri
kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat
ke..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah
kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu,
sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan
semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu
dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan
melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya. "Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah
merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau
Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak
betul- betul bertaubat." Wanita itu juga berpesan kepada
saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai
tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak
seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita
lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang
yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja
diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia
diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai
rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa." "Tapi
Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang
tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,
kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..." "Kakak
berazam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam." Sejak balik dari haji itu,
saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar
solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa
koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi,
cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .
" itu dah terlambat. REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5
RINTANGAN WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM
SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU
HIDUP SEBELUM MATI " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU
AYAT...." - By Mia Nursofia
|