Thursday, 21 November 2024, 4:59 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  November 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » Muslim's

"Demi jiwa dan apa yang disempurnakannya."

Blogger sempat baca satu artikel berkaitan Akal dan Nafsu yang disampaikan oleh seorang ustaz.
kata ustaz itu, Dalam satu hadis Daif, ada diceritakan perilah Akal dan Nafsu. Nafss sebenarnya ada dua...iaitu Nafsu satu dan jiwa satu atau Nafsu satu, Akal satu.

Ketika Allah menciptakan Akal, Allah Taala telah memanggil Akal ni mengadapNya,
kata Allah, "Wahai akal, siapa engkau dan siapa Aku?"
akal menjawab, "Engkau Allah taala yang Maha Besar dan aku hambaMu yang sangat hina."
kemudian Allah menciptakan Nafsu dan Allah memanggil Nafsu mengadapNya,
kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."
Nafsu ni bongkak dan samseng...dengan itu, Allah telah memasukkan atau rendamkan nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula,
kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."
Allah kemudian memasukkan atau rendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula,
kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkau..Engkau, aku..aku."
Allah kemudian memasukkan atau rendam semula nafsu ni ke dalam neraka selama 1000 tahun lagi, kemudian dikeluarkan. Setelah dikeluarkan daripada neraka, Allah memerintahkan nafsu mengadapNya semula untuk kali ke-4,
kata Allah, "Wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?"
nafsu menjawab, "Engkaulah Allah Taala yang Maha Besar dan akulah hambamu yang sangat hina."
Begitulah nafsu. selepas 3000 tahun direndamkan dalam api neraka, baru nafsu tunduk kepada Allah.

Maka Allah menciptakan manusia ini bernafsu. Nafsu makan adalah untuk meneruskan kehidupan, nafsu tidur untuk menghilangkan keletihannya, nafsu marah untuk mempertahankan kehormatannya, nafsu syahwat pula untuk meneruskan keturunanya. Tetapi diadakan manusia itu akal untuk memberi batasan, contohnya manusia boleh makan, tapi jangan makan yang haram dan sebagainya.


Sekadar gambar hiasan.

Berbanding dengan haiwan contohnya kambing, Allah tidak berikan akal kepada kambing tetapi Allah berikan naluri. Maka kambing itu makan rumput sejak dari zaman Nabi Adam sampai bila-bilapun kambing tak reti nak tukar makan roti canai atau nasi lemak. Pernah kita jumpa kambing makan roti canai atau mee rebus?? kambing tak reti nak ubah makanan sebab akal tak ada.

Manusia pula oleh kerana ada nafsu, tapi nafsunya lebih kuat daripada akal, inilah yang menyebabkan manusia itu rosak dan punah. contohnya, kambing reti kawin jantan dengan betina, tetapi manusia yang dikawal nafsu kawin lelaki dengan lelaki. Kalau kambing tahu manusia kawin lelaki dengan lelaki, tak ke malu kita.

Kambing, itik, ayam, atau burung, bila waktu senja haiwan-haiwan ini tahu balik sendiri ke kandang. Siapa yang suruh haiwan-haiwan ni balik?? Tiada siapapun yang suruh haiwan-haiwan ni balik sebab Allah berikan naluri. Manusia pula oleh kerana ada nafsu maka waktu senja atau maghrib pergi ke pasar malam, jadi selisihlah dengan kambing. kambing balik, manusia pegi pasar malam. Maksudnya tak solat maghrib la tu.

Memanglah nafsu ni kejadiannya jahat, sebab tu Allah wahyukan Al-Quran dan agama Islam supaya kita dapat mengawal nafsu tersebut. Antara nafsu yang terdapat dalam diri manusia ialah nafsu Amarah, nafsu Lauwaaamah, nafsu Mulhamah, nafsu Mutma'innah, nafsu Kaamilah.


Sekadar gambar hiasan.

Nafsu Amarah ini seperti kapal laut, tak pernah tenang dan selalu bergelombang.
Nafsu Lauwaaamah pula sekali ia gelombang, sekali ia tenang. contohnya, sekali sembahyang, sekali wayang iaitu memcerca diri sendiri.
Nafsu Mulhamah pula sentiasa berbuat perkara yang baik kerana ia di ilhamkan begitu.
Nafsu Mutma'innah pula nafsu yang sentiasa tenang. Tenang je...

Berkaitan dengan nafsu ini juga, dalam ilmu Tasawwuf menjelaskan bahawa manusia terdiri daripada empat golongan iaitu :
  • Manusia yang datang ke dunia untuk beribadat dan untuk masuk Syurga.
  • Manusia yang datang ke dunia bukan untuk beribadat, tetapi untuk memenuhkan Syurga. Contohnya, orang kafir, di akhir umurnya dia masuk Islam. Setelah masuk Islam, dia meninggal dunia. Maka masuk Syurga dia.
  • Manusia yang datang ke dunia untuk beribadat, tetapi bukan untuk masuk Syurga. Contonya, dia kuat beramal, tapi tidak mengikut perintah Allah iaitu menyombong dengan amalannya, riak, ujub, dll.
  • Manusia yang datang ke dunia bukan untuk beribadat dan bukan untuk masuk Syurga. Yang ni lantak dia lah...

~Wallahu'alam.

Category: Muslim's | Views: 1853 | Added by: Eylu | Date: 03 November 2010 | Comments (0)

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini bloger ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, Tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, "Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, "Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, "Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, "Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, "Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, "Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.


Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isakitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau. memperdengarkan bacaan

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, "Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, "Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, "Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, "Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sed ... Read more »

Category: Muslim's | Views: 2987 | Added by: Eylu | Date: 29 October 2010 | Comments (0)



Sekadar gambar hiasan.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, "Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, "Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

                                                       Sekadar gambar hiasan.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, "Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, "Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, "Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, "Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah".

Kata Rasulullah lagi, "Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

"Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

- By Shahirul

Category: Muslim's | Views: 7333 | Added by: Eylu | Date: 29 October 2010 | Comments (0)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

 

Sekadar gambar hiasan.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL.

- By http://siakaphijau.blogspot.com/

Category: Muslim's | Views: 1157 | Added by: Eylu | Date: 20 October 2010 | Comments (0)

Category: Muslim's | Views: 13529 | Added by: Eylu | Date: 19 October 2010 | Comments (0)

Sekadar gambar hiasan.


Di muka bumi ini ada berbagai jenis makhluk hidup yang merupakan ciptaan Allah SWT . Ada yang disebut manusia , haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan makhluk lainya yg tentunya memiliki jenis yg berbeza. Di antaranya adalah manusia yg memiliki 2 jenis iaitu lelaki dan wanita. Hal ini sesuai dgn firman Allah SWT dlm Al Qur’an :

 

 

"Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya , dan dari padanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan".
( Surat An-Nisa ayat 1 )

 

 

 
"Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui " .
( Surat Al Hujurat ayat 13 )

Allah telah menciptakan manusia dengan kekuasaan-NYA dengan sempurna .Dan telah menciptakan manusia dengan jenis yang berbeza. Manusia yang diciptakan Allah SWT pada dasarnya ada dua jenis iaitu laki-laki dan wanita, yang masing-masing mempunyai perbezaan. Wanita yang disebut juga Perempuan, Puteri, Isteri , Ibu adalah sejenis mahluk dari bangsa manusia yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan agak berlainan bentuk serta susunan tubuhnya dengan bentuk dan susunan tubuh laki-laki. Dan ada satu hal lagi yang membezakan iaitu pada umumnya kaum wanita lebih halus dan lembut tutur katanya.

Allah SWT menciptakan mahluknya berpasang-pasangan. Tak terkecuali wanita yang diciptakan untuk pasangan bagi kaum lelaki yang akan menyempurnakan kelangsungan hidup manusia dimuka bumi ini. Lelaki tidak akan tenang dan tenteram hidupnya bila tidak berdampingan dengan wanita dan wanita juga sebaliknya.


Allah menjadikan wanita berbeza dengan kaum laki-laki baik dilihat dari bentuk tubuhnya, kekuatannya maupun hal lain yang membezakan diantara keduanya. Ada juga hadis yg menyebutkan bahwa :

 

 

"Hendaklah kamu beri nasihat pada orang - orang perempuan itu dengan baik –baik, karena Sesungguhnya orang perempuan itu dijadiakan dari tulang rusuk lelaki ialah yang paling atas ...." (Hadist riwayat Imam Bukhari dan Muslim dr sahih Abi Hurairah r.a.)
 

Sekadar gambar hiasan.

 

 

Tentang hadis itu dan banyak hadis lain yang menyebutkan bahawa wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, memang sah dan ertinya menurut loghat memang demikian, hanya kebanyakan orang yang mengertikannya dengan kurang mendalam. Kalau diertikan secara mentah , tentu akan mendatangkan kekeliruan yg besar . Kita ambil contoh saja dlm pengertian ayat berikut :
" Manusia itu dijadikan dari t’gopoh-gopoh ". ( Surat Al Anbiyaa ayat 37 )
Jika ayat ini diertikan begitu mentah dan secara harfiah saja atau dengan apa adanya susunan katanya, sudah tentu manusia tidak akan dpt menerimanya, kerana fikiran mereka tidak mungkin menerima maksud yg sedemikian. Dan sebenarnya ayat itu harus diertikan dgn cara majazy (bukan hakiki) , krn ayat itu mengandung erti kiasan / yg merupakan sindiran. Iaitu menyindir bahwa manusia itu bersifat tergopoh-gopoh , terburu-buru , tergesa-gesa . Jadi ayat itu sesungguhnya bermaksud,  : Perangai atau watak manusia itu suka tergopoh-gopoh , tergesa-gesa yg seakan-akan perangai itu sudah dari asal mula kejadianya.

Dengan demikian maksud hadis yang menyebutkan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki dapat dimaksudkan juga bahwa: Mahluk bangsa manusia perempuan itu mempunyai perangai atau tabi’at suka bengkok / tidak lurus dan ganjil , menyalahi akan lelaki seperti halnya tukang rusuk. Kerana dari suka bengkoknya itu , seakan-akan ia dari asal mula kejadiannya diumpamakan dari tulang rusuk yang bengkok tadi. Kalau diluruskan dengan keras akan patah ( pecah ) , dan kalau dibiarkan begitu saja akan bengkok selama-lamanya.

Jangan kita salah faham, sebagaimana pengertian para ahli kitab ( Yahudi - Nasrani ), kerana menurut buku Bybelnya mengatakan , bahawa Hawa itu dijadikan dari tulang rusuk Adam. Dan seterusnya digunakan sebagai dalil , bahawa orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Kerana sesungguhnya lelaki dan wanita itu sama-sama di ciptakan oleh Allah dari bahan yang sama cuma berbeza bentuk tubuh dan tabi’atnya sahaja. Hal ini agar dapat menunjukkan mana yang lelaki dan mana yang wanita. Dengan perbezaan ini maka lelaki dan wanita dpt saling mengenali, saling mencintai, sayang-menyayangi, kuasa-menguasai, tolong-menolong , saling menyelamatkan dan saling berdampingan untuk bersama-sama mengarungi kehidupan dimuka bumi ini .

Kerana itu , kita sebagai manusia hendaknya insaf, janganlah timbul salah sangka tentang adanya perbezaan jenis dan sifat antara lelaki dan wanita. Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan diberi beban dan tugas kewajiban sesuai dengan fitrah dan thabi’atnya masing-masing . Mereka tinggal ta’at dan patuh terhadap peraturan Allah SWT dengan tentu dan pasti , yang dengan Qudrat dan Iradat-Nya dan dengan Ilmu dan Hikmah-Nya. Kita harus selalu bersyukur dengan kehendak Allah , jangan kita menentang kehendak-Nya . Wallah'u a'lam.
Category: Muslim's | Views: 1108 | Added by: Eylu | Date: 18 October 2010 | Comments (0)

Sambungan kepada posting sebelum ini mengenai pesanan kepada bakal suami, kali ini adalah 13 pesanan untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar isteri, kata-kata asihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.


Sekadar gambar hiasan.

Pesanan Untuk Isteri:

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau     menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.

Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.

- By Jazmanie
Category: Muslim's | Views: 1112 | Added by: Eylu | Date: 18 October 2010 | Comments (0)

Khusus kepada para lelaki yang merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mendirikan rumahtangga dan bersedia untuk melayari bahtera kehidpaun bersama pasangan masing-masing, dibekalkan sedikit pesanan dan nasihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Malah untuk lelaki yang sudah berstatus suami pun elok jugak, untuk buat ‘check and balance’.


Sekadar gambar hiasan.


Pesanan Untuk Suami:

  1. Suami itu raja bagi isi rumahnya dan isteri itu permaisuri dan sekalian yang ada di dalam rumah ialah tanggungannya dan rakyatnya. Oleh itu dialah yang menanggung segala hal rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Tuhan kelak. 
  2. Suami jangan menampakkan sifat terlalu cemburu kepada isteri atau kepada anak-anak kerana yang demikian itu boleh menerbitkan helah dan tipu daya yang sulit bagi memperdayakannya dan jangan pula cuai sehingga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya. Sebaik-baik peranan ialah sikap sederhana.
  3. Tidak patut bagi suami menceritakan segala hal atau membuka rahsianya kepada isteri kerana semangat perempuan biasa lemah dan mudah terperanjat. Perkara-perkara dan hal-hal yang difikirkan itu dapat ditanggung atau disimpannya bersama.
  4. Suami itu penguasa dan pemimpin perempuan. Oleh itu hendaklah is menjalankan kuasanya sebagai ketua dan pemimpin isi rumah dan janganlah perempuan menjadi ketua dan berkuasa di atas suami. Junjungan kita Sayidina Muhammad SAW mengatakan bahawa umat dan kaum di bawah pimpinan perempuan tidak akan berjaya dan berbahagia.
  5. Suami hendaklah memelihara isteri dengan baik dan bijaksana, kerana perempuan ialah amanah Allah SWT kepada lelaki dan sebarang lelaki yang telah berkahwin tentulah telah mengaku sanggup memelihara isteri dengan seberapa sempurna. Janganlah biarkan isteri itu begitu sahaja atau dibawa ke tempat-tempat hiburan yang akan mencemarkan nama dan maruah dan merosakkan perangainya.
  6. Hendaklah suami sentiasa menggembirakan hati isteri dengan berbagaibagai cara dan gaya sama ada dari segi perkataan (budibahasa) dan mans muka serta selalu membawa buah tangan terutama semasa pulang daripada luar negara kerana semua hadiah-hadiah kepada anak isteri itu menambahkan kasih sayang. Bahkan mendapat pahala.
  7. Janganlah suami suka meninggalkan rumah hingga jauh malam atau suka mengajak sahabat-sahabat makan di kedai-kedai kerana yang demikian mengaibkan nama isteri dan membanyakkan belanja.
  8. Hendaklah suami menahan sabarjika kena leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu menyelenggara rumahtangga, mencuci kain baju, menyediakan makan minum, mengandung dan bersalin, kemudian mengasuh anak-anak.
  9. Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata. Kerana jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya, tentu suami akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh mengakibatkan perceraian.
  10. Jangan burukkan perangai isteri di hadapan orang lain. Perbuatan yang demikian menunjukkan kurang adab.
  11. Sekiranya suami mendengar aduan mengenai hal isterinya, hendaklah is bercermat serta jangan tergopoh gapah menyangka jahat terhadap isterinya. Hendaklah selidik dengan sehabis-habis cermat dan halus. Kemudian barulah membuat keputusan. Tetapi jangan pula dibiarkan begitu sahaja dengan tidak mengendahkan hal itu sama sekali supaya jangan termasuk ke dalam sifat dayus kerana orang yang bersifat dayus tidak masuk syurga.
  12. Jangan sekali-kali menampakkan sesuatu kejahatan (jika tercebur ke dalamnya) kepada isteri dan anak-anak kerana dikhuatiri kejahatan itu akan ditiru oleh mereka ataupun mereka akan memandang rendah kepadanya.

Jika semua para bakal suami dan suami-suami yang dah ada dapat memahami pengertian tips ini, Insya Allah rumah tangga akan bahagia, untuk esok kita kongsikan pula peranan dan pesanan buat para isteri dan bakal-bakal isteri.


Category: Muslim's | Views: 1200 | Added by: Eylu | Date: 13 October 2010 | Comments (0)

Category: Muslim's | Views: 1083 | Added by: Eylu | Date: 13 October 2010 | Comments (0)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari "googling around the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu sendiri…menjadi memori sepanjang zaman.


Sekadar gambar hiasan.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku mengikut hari ini adalah…

Hari Isnin :

  1. Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
  2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
  3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
  4. Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
  5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
  6. Hari wafatnya Junjungan mulia…nabi Muhamad s.a.w
  7. Bukti keesaan Alah diturunkan…”Qul huwallahu ahad”

Hari Selasa :

  1. Wafatnya jurjis
  2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
  3. Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
  4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
  5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
  6. Habil terbunuh hari selasa..

Hari Rabu :

  1. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
  2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
  3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
  4. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s.
  5. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..

Hari Khamis :

  1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
  2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
  3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
  4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
  5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
  6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…

Hari Jumaat :

  1. Pernikahan antara Adam dan hawa
  2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
  3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
  4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
  5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba’
  6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w  dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
  7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

Hari Sabtu :

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..

  1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
  2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
  3. Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
  4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa
  5. Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
  6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad :

  1. Allah menjadikan neraka.
  2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
  3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis
  4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
  5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
  6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
  7. Allah menjadikan laiutan yang tujuh…

Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat…Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari…hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah…barulah kita dapat gambaran sepenuhnya…alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya…bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah  silam…zaman pemerintahan nabi-nabi…

InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar…yang baik dan sempurna itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang daif ini…


Category: Muslim's | Views: 1289 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)

« 1 2 3 4 »
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com