Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16
sebagai pengguna laman sosial Facebook terbesar di dunia, berdasarkan
statistik bagi bulan Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh laman
Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik dan penggunaan
laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia. Merujuk kepada
senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului senarai dan
diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom.
Kedudukan Malaysia di tangga ke 16
adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook, manakala
untuk tujuan perkongsian blog ini cuba untuk membuat perbandingan bukan
sahaja jumlah pengguna malahan turut mengambil kira jumlah populasi
penduduk di negara terlibat, supaya dapat melihat dengan lebih jelas
lagi situasi sebenar status pengguna facebook.
Berdasarkan rujukan statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list, senarai yang disusun oleh blog ni adalah seperti dibawah ni:
Statistik pengguaan Facebook dunia.
Dari senarai 20 pengguna terbesar
facebook tu, Malaysia berada di kedudukan ke 16 dari segi jumlah
pengguna manakala kalau di analisa dari segi peratusan berbanding
bilangan populasi, Malaysia berada di tangga ke 8 dengan 31.48 peratus
penduduknya berdaftar dengan facebook.
Maksudnya juga secara rambang daripada
10 orang yang ditemui di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 daripada mereka
mempunyai akaun facebook. Boleh tahan jugak tu kan.
Walau bagaimanapun analisa ringkas di jadual kat atas tu ada beberapa limitasi seperti:
- Terdapat di kalangan 20 negara di dalam senarai tu belum kemaskini
jumlah terkini populasi mereka, mungkin akan berlaku perubahan dari segi
nilai peratusan; dan
- Peratusan tersebut juga mungkin melibatkan kiraan berganda di
sebabkan ada sesetengah individu yang mempunyai lebih dari satu akaun
facebook, mungkin dua, tiga, lima mahupun sepuluh.
Namun secara asasnya senarai di atas tu
bolehlah dijadikan rujukan dan panduan ringkas untuk mengetahui secara
umum fokus dan arah penggunaan laman sosial di negara ini. Pada masa
yang sama penggunaan facebook juga turut melibatkan kelebihan dan juga
keburukan tersendiri, semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri.
Negara yang paling kurang penggunaan
Facebook adalah Republic of Nauru yang hanya mencatatkan 180 pengguna
sahaja. Nauru dahulunya dikenali sebagai Pleasant Island yang mempunyai keluasan 21km persegi. Ok dan steady aje deme tu..life still goes on tanpa FB. - By Jazmanie
|