Sunday, 24 November 2024, 2:36 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  September 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » September » 24

Pastinya sudah banyak cerita dan kisah yang kita sudah dengar mengenai kes-kes pelik yang berlaku sepanjang mengerjakan ibadat haji atau umrah dan ziarah sama ada melalui bahan pembacaan mahupun cerita dari mulut ke mulut. Artikel kali ini saya ingin kongsikan cerita ringkas mengenai ‘akibat mulut celupar’ yang baru sahaja saya dengar semasa menghantar ibu di KLIA semalam.

Semasa sesi taklimat kepada jemaah umrah dan ziarah semalam, salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah dalam sesi taklimat telah menasihatkan para jemaah supaya bersabar dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah nanti.

Ustaz tersebut juga sempat bercerita kes terbaru yang berlaku kepada salah seorang jemaah untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada jemaah yang lain. Katanya lagi cuaca di tanah suci mekah sekarang ni memang agak panas dan lebih panas dari cuaca di malaysia ini.

Ustaz menasihatkan para jemaah supaya kurangkan merungut dengan hal-hal sedemikian, kerana mengikutnya sebelum ini ada seorang jemaah yang suka merungut dan tidak tahan dengan keadaan cuaca yang panas di tanah suci mekah pada ketika ini.

Bukan setakat merungut, jemaah tersebut juga minta supaya ditukarkan hotel yang lebih sejuk dan selesa. Walaupun sudah dua kali bertukar hotel namun dia masih juga merungut dengan keadaan panas tersebut.

Mungkin kerana berasa tertekan dengan kepanasan, dia juga sering memarahi pihak syarikat yang menguruskan umrah dan ziarahnya dan sampai satu tahap dia dengan penuh emosi dan perasaan telah mengatakan bahawa kalau macam tu punya keadaan panas, lebih baik dia tidak datang ke mekah.

Selang beberapa ketika dia berkata demikian, tiba-tiba dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri, doktor sudah memeriksa keadaannya namun tidak menemui sebarang komplikasi penyakit tertentu namun dia sehingga sekarang masih belum sedarkan diri sedangkan para jemaah lain serombongan dengannya sedang bersiap untuk pulang ke tanah air.

Oleh yang demikian, ustaz berkenaan menasihatkan para jemaah supaya sentiasa tenang dan mengawal diri dan emosi sepanjang menjadi tetamu Allah di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.

- By Jazmanie

Category: Muslim's | Views: 1308 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

Kajian sedang dijalankan terhadap modul kursus sedia ada bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan akan dirombak semula bersesuaian dengan situasi dan keperluan semasa, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan cadangan berkenaan perlu dilakukan memandangkan modul kursus sedia ada kurang sesuai pada masa ini. Pada masa yang sama program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD sedang dikaji pelaksanaanya.

(Kredit imej kepada http://mohdhanapi.blogspot.com/)

Petikan daripada cadangan rombakan kursus PTD:

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata cadangan tersebut perlu dilakukan berikutan modul kursus yang sedia ada dilihat tidak begitu fokus. Kata beliau pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk memperkenalkan program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD.

"Modul kursus sedia ada itu bagus, tetapi untuk menjalani latihan membabitkan ketenteraan, bomba dan polis selama enam bulan, terlalu banyak.

"Tempoh kursus selama enam bulan tidak akan dirombak kerana kami menyifatkan ia mencukupi untuk membina jati diri pegawai PTD yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media, di sini, Khamis.

Pada Mei lalu, seorang pelatih PTD telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Norhashimah Wahid, 31, sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan cadangan rombakan itu dibuat berikutan kejadian kes membabitkan pelatih tersebut.

Sebaliknya, katanya cadangan itu dibuat berikutan mahu kursus itu lebih fokus yang kini menerapkan modul kursus daripada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bomba, polis dan tentera.

Beliau berkata cadangan memperkenalkan program latihan Askar Wataniah itu juga akan dapat menambah bilangan anggotanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan unit tentera simpanan itu. Abu Bakar berkata jika program latihan askar wataniah itu dilaksanakan, ia akan diperkenalkan pada kursus PTD pada tahun depan.

Katanya pada masa ini, terdapat kira-kira 8,000 pegawai PTD daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Sementara itu, Abu Bakar berkata susulan kes kematian pelatih PTD itu, empat pegawai penyelaras kursus tersebut telah dikenakan tindakan iaitu dipindahkan dan digantikan dengan pegawai baru. -BERNAMA

Sudah pastinya cadangan rombak kursus PTD dan memasukkan program latihan  askar wataniah ini merupakan satu cadangan yang pastinya mempunyai rasional dan matlamat tertentu untuk meningkatkan lagi daya tahan pegawai di bawah skim tersebut.

Sumber artikel ‘Kursus PTD Akan Dirombak – JPA’ dari http://mstar.com.my/ Jumaat September 3, 2010.

- By Jazmanie

Category: National | Views: 2760 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (1)

Sebagai salah seorang daripada anak kelantan, Blog ini ingin megambil kesempatan untuk merafak sembah dan junjung kasih Sempena pelantikan dan pemasyhuran sultan Kelantan yang ke 29, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim serta jajahan takluknya yang telah selesai disempurnakan pada 4 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 13 September 2010 yang lalu.

Persembahan Ucapan Tahniah

ke hadapan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA

sebagai

Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim Serta Jajahan Takluknya

Menjadi harapan dan doa supaya pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Dan yang Di Pertuan Negeri kelantan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Semoga Allah melindungi tuanku dunia dan akhirat.

Category: National | Views: 1166 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

U – Untuk bacaan umum. Sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat. Tidak mengandungi unsur2 sensitiviti kaum.

Firman Allah :
"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah(mengabdikan) diri kepada Ku"
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Setelah membuat sedikit research berkaitan kejadian Nabi Adam a.s., maka terciptalah note ringkas ini. Mungkin setelah membaca note ini, anda akan merasakan betapa hinanya manusia kerana tanah pun tidak mahu Adam di jadikan dan roh pun enggan memasuki tubuh manusia. Namun setelah sempurna kejadian Adam, manusialah makhluk Allah yang paling cantik dan sempurna kejadiannya. Dan manusia itu adalah semulia-mulia makhluk disisi Allah, namun manusia juga boleh menjadi sehina-hina makhluk disisi Allah. Mungkin ada yang sudah tahu perihal sebenar kejadian Adam, mungkin ada yang tahu sedikit. Walauapa pun, bacalah kalau ada masa, sekurang-kurangnya kita lebih tahu apa yang sedikit kita tahu dan yang lebih tahu menambah tahu lagi.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha’if

MENURUT IBNU ABBAS

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA

Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat”.
1. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut” kemudian diletakkan didalam
"Alam Malakut”.
2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam” adalah tanah pilihan.
Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan
wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah”.
3. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat "Jalan dan Jammal”.
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan,
lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan
pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah
putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:

1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sbgainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah” yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah”.

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

"Wallahualam…sekadar mengimbas kembali sejarah manusia mulia ciptaan Allah.
Category: Muslim's | Views: 1179 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (4)

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku.”

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah.”

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?”

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram.”

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya.”

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur’an.”

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur’an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah.”

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar.” Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali.”

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti.” Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali.”

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia.”

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya.” Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa.”

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu.”

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?” Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak,” jawab Sayyidina Umar dengan tegas.Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu.”

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?” Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi.”

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah.”

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku.”

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu.”

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.”

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan.”

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat.”

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi.”

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.”

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum.”

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah ... Read more »
Category: Muslim's | Views: 1119 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

actually i got this from an e-mail forwarded by my friend...

just 4 sharing~

Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters

The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.







































~simple analogy~

-By Mimie
Category: Muslim's | Views: 1140 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

p/s: Nasihat ini bukan untuk sesiapa..tp untuk diri sendiri..Namun..,tak salah kalau kita kongsi sama2..tak rugi kan? Kpd yg belum berkeluarga..anda juga dialu2kan untuk merenungi nasihat2 di atas...=)



























- By Mimie
Category: Muslim's | Views: 1279 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com