11 November 2010 lepas secara rasmi Proton Inspira (Waja baru) dilancarkan. Proton Inspira ini di’rebadge dari model Lancer Mitsubishi. Reka
bentuknya yang menarik dan ruang penumpang yang luas mungkin antara
faktor yang menarik minat pembeli di luar sana. Harganya pula serendah
RM79,999. Proton Inspira ini juga dijangka akan meningkatkan kembali
momentum jualan kenderaan Proton di Malaysia. Mungkin juga model ini
akan memberi saingan sengit kepada model Toyota Vios, Honda City, Kia
Forte, Toyota Corolla, Honda Civic dan Nissan Sylphy.
Blogger tak mau komen apa-apa pasal isu model baru proton ni, isu rebagde ke, copy patse Mitsubishi Lancer GT atau sebagainya. Sebab dah ramai orang yang dok bincang dan bercakap pasal ni, kat blog kat kedai kopi...so banyak respond la daripada orang kita. Walau apapun, pengurusan Proton dah memaklumkan yang model ni merupakan strategi marketing Proton dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi pun ada ambik dua model proton untuk diupgrade pada model mereka bagi pasaran di Afrika.
Persoalan yang sekian lama tak
terjawab,Siapa keluar dulu AYAM atau TELUR? Blogger terbaca sebuah artikel
mengenai persoalan ini dan yang menariknya jawapan telah ditemui untuk
persoalan ini. Dari dulu hingga sekarang rasa-rasanya ramai orang
mengatakan telur dulu yang wujud.
Sekadar gambar hiasan.
Namun sangkaan orang ramai adalah salah. Menurut seorang penyelidik
British iaitu Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffield yang mendapat
kerjasama dari Universiti Warwick dalam kajian yang telah dibuat ,beliau
berpendapat AYAM sepatutnya wujud dulu berbanding dengan TELUR dan ini
telah dibuktikan melalui kajian Sains.
Antara hujah yang blogger sendiri sukar
memahaminya, Kenapa dikatakan AYAM keluar dulu? Formasi untuk membentuk
TELUR hanya akan terjadi sekiranya PROTEIN diperolehi dan itu hanya
terdapat pada Ovari AYAM. Disini secara tak langsung bermakna AYAM dulu
wujud.hmmm...???
PROTEIN ini digelar OVOCLEDIDIN-17
(OC-17) yang bertindak untuk mempercepatkan ketumbesaran TELUR.Menurut
Saintis mereka telah mengguna sebuah Super Komputer yang diberi nama
HECTOR yang terletak di EDINBURGH untuk mengkaji formasi secara mendalam
mengenai TELUR.
OC-17 ini merupakan elemen yang
penting dalam pembentukan kulit TELUR. Fungsi PROTEIN yang terdapat pada
Ovari AYAM pula akan menukarkan "Calcium Carbonate" kepada "Calcite
Crystals" dalam pembentukan kulit TELUR dan dalam 24 jam 6 gram kulit
TELUR terbentuk.
Amacam? Menarik what... Setiap
kejadian perlu dingatkan bahawa tiada yang mustahil kalau dikehendaki
olehNYA. Yang penting, Allah lebih tahu kerana Dia yang Maha Mencipta. Kita sebagai manusia diberi akal dan fikiran untuk memikirkan
secara waras bahawa setiap kejadian pasti ada jawapannya.
Renung-renungkannn...SHARING IS CARING.