Namun sangkaan orang ramai adalah salah. Menurut seorang penyelidik
British iaitu Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffield yang mendapat
kerjasama dari Universiti Warwick dalam kajian yang telah dibuat ,beliau
berpendapat AYAM sepatutnya wujud dulu berbanding dengan TELUR dan ini
telah dibuktikan melalui kajian Sains.
Antara hujah yang blogger sendiri sukar
memahaminya, Kenapa dikatakan AYAM keluar dulu? Formasi untuk membentuk
TELUR hanya akan terjadi sekiranya PROTEIN diperolehi dan itu hanya
terdapat pada Ovari AYAM. Disini secara tak langsung bermakna AYAM dulu
wujud.hmmm...???
PROTEIN ini digelar OVOCLEDIDIN-17
(OC-17) yang bertindak untuk mempercepatkan ketumbesaran TELUR.Menurut
Saintis mereka telah mengguna sebuah Super Komputer yang diberi nama
HECTOR yang terletak di EDINBURGH untuk mengkaji formasi secara mendalam
mengenai TELUR.
OC-17 ini merupakan elemen yang
penting dalam pembentukan kulit TELUR. Fungsi PROTEIN yang terdapat pada
Ovari AYAM pula akan menukarkan "Calcium Carbonate" kepada "Calcite
Crystals" dalam pembentukan kulit TELUR dan dalam 24 jam 6 gram kulit
TELUR terbentuk.
Amacam? Menarik what... Setiap
kejadian perlu dingatkan bahawa tiada yang mustahil kalau dikehendaki
olehNYA. Yang penting, Allah lebih tahu kerana Dia yang Maha Mencipta. Kita sebagai manusia diberi akal dan fikiran untuk memikirkan
secara waras bahawa setiap kejadian pasti ada jawapannya.
Renung-renungkannn...SHARING IS CARING.
- By Teratakarmo.