Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan. Sejarah telah
membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan
ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari
zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di
Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara
beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang
berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka
secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka
akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka
dipaksa keluar dari negara itu.
Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah
SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A''''raf
ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika
Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada
kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan
menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya
(disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat
cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani."
Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran Ayat
di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka
hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum
Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa
tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu
Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa
sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam
khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta
ini.
|