Thursday, 28 November 2024, 10:02 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  September 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » September » 27 » Kenapa Donut Ada Lubang Di Tengahnya
6:09 PM
Kenapa Donut Ada Lubang Di Tengahnya

Ada posting dari rakan blogger mengenai bagaimana sekiranya donut menguasai dunia, semua benda ada bentuk donut, bulat dan berlubang di tengahnya. Posting tersebut juga mengingatkan soalan sempoi yang pernah di tanya oleh Prof Madya Dr. Azahari Ismail, pengajar kelas Leadership Development. Soalan dia mudah sahaja kenapa donut mesti ada lubang di tengahnya? namun soalan mudah tersebut  tak dapat dijawab.  Aku dan kawan2 hanya nganga dan mula bagi jawapan ikut logik fikiran masing-masing je. Nampak  sangat failnya general knowledge aku ni. Tahu makan je, asal usul benda yang dimakan tu haram tak nak ambil tahu.

Jadi kenapa dan mengapa kuih donut nak kena ada lubang ditengah-tengahnya? pergilah kat mana-mana ceruk dunia, dan makanlah apa jenis brand dan perisa sekalipun, semua donut nak kena ada lubang kat tengahnya. Ada jugak sesetengah donut yang cuba di buat tanpa lubang, tapi terus tak menampakkan ciri-ciri kedonutannnya (guna perkataan sendiri ni).

Kalau google dalam internet macam-macam variasi dan cerita pasal donut ni. Wiki kata Donut mungkin mula diperkenalkan di Amerika Utara sejak kurun ke 19 oleh orang Belanda.

Kenapa berlubang? Sebelum pada ni donut yang dihasilkan tiada lubang ditengah-tengahnya.  Seorang rakyat Amerika Hansen Gregory, pada tahun 1847 semasa dalam pelayaran mendapati donut yang dimakannya tidak masak sepenuhnya ditengah-tengah kuih tu dan merasa tidak puas hati.

Lalu dia cucukkan tengah-tengah kuih donut tu dengan pemegang stering kapal sebelum di masak semula. Selepas ditebuk lubang dan dimasak semula barulah dia rasa kuih tu masak sepenuhnya.

Apabila kembali di rumahnya dia pula mengajarkan kepada ibunya cara memasak donut tu dengan cara menebuk lubang di tengah-tengahnya. Begitulah ceritanya.

Kebanyakan negara mempunyai kuih donut versi masing-masing, Kuih Keria merupakan donut versi Malaysia.

Err..ada sesiapa yang nak belanja aku makan donut ker?


- By Jazmanie
Category: Global | Views: 1795 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com