Dalam usaha meluaskan lagi penggunaan
Facebook dalam komuniti atas talian, pihak facebook di katakan akan
memperkenalkan facebook mail, yang pernah dirujuk sebagai Project Titan
dan juga secara tidak rasmi dianggap sebagai pencabar dan juga pembunuh
kepada penguasaan gmail piha Google. Pelancaran facebook mail itu
dijangka akan diadakan pada hari isnin akan datang bersama dengan alamat
email namapengguna@facebook.com.
Info dari Laman techcrunch.com juga mendedahkan facebook mail akan
berfungsi sebagaimana webmail produk yang lain dan boleh digunakan
sebagai medium perhubungan sesama pengguna sekiranya mereka tidak log-in
ke dalam dashboard utama facebook.
Nampaknya persaingan semakin sengit di antara dua gergasi utama dunia
online ni. Setiap masa ada sahaja persaingan dan penambahbaikan yang
dibuat oleh pihak yang terlibat.
Berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan dalam Bing Webmaster online survey, pihak Bing
dan yahoo juga sedang berusaha dengan gigihnya untuk mengurangkan
penguasaan google dalam dunia internet ni. Sudah pastinya persaingan
yang sihat di kalangan penyedia perkhidmatan online akan memberikan
banyak kelebihan kepada pengguna.
Ada kemungkinan juga selepas ni Facebook tiba-tiba rasa nak
memperkenalkan facebook blog yang mana akan berfungsi seperti blog
platform percuma blogspot.com ataupun wordpress.com. Paling tidak pun
Facebook Analytic kalau bukan Facebook Webmaster. Pada pandangan blogger
ini tidak mustahil perkara ini akan berlaku.
Berbalik semula kepada facebook mail tadi, nampak gayanya bertambah
lagilah akaun email blogger ini, Email blogger sedia ada antaranya yahoomail dan gmail. Lepas ni kylerul@facebook.com lah pulak gayanya.hahaha...
Atau mungkin ada pengguna yang nak mudah, dapat akaun facebook mail
tu forward kan aje ke alamat gmail sedia ada, takut ada kes lupa password ke, manalah tau kan?? Tapi stakat lupa password tu bukanlah masalah besar pon, bole request 'forget password' apa.
Sumber rujukan dan bacaan lanjut : http://techcrunch.com/2010/11/11/facebook-gmail-titan/ - By Jazmanie
|