Abu Bakar Ibn Abi Maryam menceritakan bahawa beliau mendengar RASULULLAH S.A.W. telah bersabda:
"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia kecuali EMAS(dinar) dan PERAK(dirham)." - Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
Foto: Dinar dan Dirham Kelantan
Harga emas mengalami kenaikan rata-rata sekitar 25%-55% setahun, bahkan lebih. Tapi sebetulnya bukan harga emas yang naik, tetapi nilainya tetap saja sama, namun nilai wang kertas atau wang fiat yang terus turun dari sehari ke sehari jadi ini yang menampakkan seolah-olah emas yang naik. SAYA BERPENDAPAT ANDA PERLU TUKARKAN WANG KERTAS ANDA KEPADA WANG EMAS & PERAK, sebelum wang kertas anda tidak bernilai lagi. Tindakan pantas, hasil pun pantas.
Oleh karena KEHEBATAN EMAS & PERAK telah terbukti pada hari ini malah DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT didalam qalamNya, Jadi mulai dari sekarang mari kita kejutkan diri kita dari mimpi yang panjang dengan revolusi KEBANGKITAN DINAR & DIRHAM PADA UMAT TERPILIH DI ZAMAN INI... Pelaburan Emas & Perak dijamin oleh Rasulullah, Jom beli DINAR & DIRHAM.
DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN ADALAH SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
Foto: Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai Mahar Perkahwinan Dalam Satu Gubahan.
Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak. Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW:-
"Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barang siapa yang
menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang
menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!" (Riwayat
Tarmidzi)
DINAR DAN DIRHAM MAMPU ATASI KRISIS EKONOMI
Foto: Dinar dan Dirham Kelantan
KUALA LUMPUR 2 April 2012 - Penggunaan dinar emas dan dirham perak
diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda
dunia sekarang.
Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel
Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta
menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki
nilai seperti dinar emas.
"Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan
bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman
dahulu lagi.
"Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang
merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia
bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara
lain," katanya.
- Utusan Online
Sumber : Kelantan Golden Trade & AMBiZ GOLD SDN BHD.
Untuk tempahan sila hubungi :
MARMA GOLD No.1A, Jalan SG 3/12 (Fasa 3), Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
KHAIRUL, Tel.(HP) : 019-2320018
Haji Mohammad, Tel.(HP) : 019-9599060
Category: Business |
Views: 25248 |
Added by: Eylu |
Date: 12 July 2012