Sunday, 24 November 2024, 3:13 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  March 2012  »
SuMoTuWeThFrSa
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2012 » March » 16

"Forgive yourself for your faults & your mistakes. Move on.."
(Les Brown)



WAHAI DIRIKU..

Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali-sekala.

Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga. Namun apa yang boleh buat. Engkau lebih suka ke neraka...
Hati yang keras & terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahiriah berhubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang & mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan.

Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda-berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati.
Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.




Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk & berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan. Inilah hati yang kita heret ke hulu & ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh & mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu & memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan & doa didengar malahan untuk diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu??

Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk & hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura-pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia & menipu Tuhan. Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura-pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton-penonton pun terpukau, hairan & takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap & ketika itu hakikat dirimu akan terserlah.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagungan kerajaan-Nya. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab & Mahkamah Akhirat. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi-saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbeliak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang & jelas. Manusia ramai turut melihat aib-aibmu selama ini. Kau akan mengeletar, pucat, & mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan.

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya.
Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga.
Namun apa boleh buat? Engkau lebih suka ke Neraka...
DibantuNya engkau dengan dikurniakan sahabat-sahabat yang soleh.
DiingatkanNya engkau dengan panduan Al-Quran & As-Sunnah.
DibimbingNya engkau dengan hidayah & petunjukNya.
Diasuh-Nya engkau dengan kasih sayang & cintaNya.
DididikNya engkau dengan ujian yang mendatang & kadang-kadang diugutNya engkau dengan beberapa peringatan bagai seorang ayah memarahi anaknya.
Ingatkah engkau semua itu??




Allah tersangat kasih & cinta dengan makhluk yang bernama manusia.
Namun sekali lagi apa boleh buat. Engkau di dunia telah lupa daratan...
Kau tolak mentah-mentah & bulat-bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu & ternyata kau gagal bahkan kecewa. Tewas & kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan-anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba-tiba, tidak kira waktu, tempat & usia. Kau menzalimi dirimu sendiri..

Allah SWT berfirman:

"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya & nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya & Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."
(Az-Zumar, 39: 42)

Apa lagi selepas ini yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka & diingatkan akan azab & deritanya di sana. Seksa & sakitnya timpa menimpa kekal selamanya. Masihkah kau ingat & tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut..



Kalau benar-benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabar. Buatlah dosa & maksiat setanding Firaun, Namrud, Abu Lahab & mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty-fifty’ ( 50-50 ) dalam hidup.
Yang hak jelas, yang batil juga jelas..

Sudah sampai masanya engkau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka, silakan. Tiada halangan apa-apa. Ikutlah bisikan hawa nafsu.
Langgar sahaja, apa peduli. Peluang hanya sekali.
Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah & cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah & air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga..




WAHAI DIRIKU..

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya."
(Al-Kahfi, 18: 7)

Allah SWT berfirman lagi:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Al-Ankabut, 29: 2)

Jangan terus berburuk sangka hanya kerana kekhilafan masa lampaunya.
Siapa tahu Allah menerima taubatnya pada 1/3 malam terakhir?



Category: Muslim's | Views: 58059 | Added by: Eylu | Date: 16 March 2012 | Comments (31)

Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com