Catatan & penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.
Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin.
"The more a Muslim thinks of death, the better he acts in life"
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.