Kesan Zikir Terhadap Otak.
Sekadar gambar hiasan.
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti
bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta
saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu
yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang
tidak terbatas.
Sekadar gambar hiasan.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah,
seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini
menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak
tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi
bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan
saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak
yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan
kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah
Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di
Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang
mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Sekadar gambar hiasan.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya,
apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang
kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan
saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali
meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik
bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui
mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima
manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir
dan mengabaikannya.
- By myblog-pmfpi
|