Saturday, 27 April 2024, 6:59 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 12 » Republik China Kedua Terkaya Di Dunia.
11:13 AM
Republik China Kedua Terkaya Di Dunia.

HONG KONG: China dijangka mengambil alih tempat Jepun sebagai negara kedua terkaya di dunia menjelang 2015 berdasarkan perkembangan pesat ekonomi dan permintaan domestik yang kukuh.

Bandaraya Hong Kong (kiri), Hotel Pazhou (kanan).

Dalam laporan Global Wealth Report diterbitkan semalam, Institut Penyelidikan Credit Suisse berkata, jumlah kekayaan China bakal meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun atau melonjak 111 peratus kepada RM109 trilion.

Ketua Unit Penyelidikan Perbankan Persendirian dan Pengurusan Harta Credit Suisse, Giles Keating, berkata 10 tahun lalu, China adalah negara ketujuh terkaya di dunia.

"Sejak itu ia melonjak mengatasi negara utama Eropah dan dijangka mengatasi Jepun pada 2015," katanya di sidang media, semalam.

Ketika ini, Amerika Syarikat menjadi negara paling kaya di dunia apabila menguasai 27 peratus daripada kekayaan dunia dengan nilai RM607.5 trilion, diikuti Jepun (11 peratus) dan China (lapan peratus).

Perancis, Itali, Jerman dan Britain berada di kedudukan keempat dengan menguasai enam peratus daripada jumlah harta di dunia.

Laporan itu diterbitkan hasil penilaian data diambil di lebih 200 negara pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Asia Pasifik, Osama Abbasi, berkata laporan terkini itu mengesahkan bahawa negara Asia Pasifik kini mengepalai pertumbuhan kekayaan dunia.

"Asia mempunyai potensi besar pada masa depan," katanya. - AFP

Category: Global | Views: 1041 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com