Saturday, 27 April 2024, 2:27 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » November » 14 » Facebook Mail Pesaing Gmail Isnin Ini.
11:05 PM
Facebook Mail Pesaing Gmail Isnin Ini.

Dalam usaha meluaskan lagi penggunaan Facebook dalam komuniti atas talian, pihak facebook di katakan akan memperkenalkan facebook mail, yang pernah dirujuk sebagai Project Titan dan juga secara tidak rasmi dianggap sebagai pencabar dan juga pembunuh kepada penguasaan gmail piha Google. Pelancaran facebook mail itu dijangka akan diadakan pada hari isnin akan datang bersama dengan alamat email namapengguna@facebook.com.

Info dari Laman techcrunch.com juga mendedahkan facebook mail akan berfungsi sebagaimana webmail produk yang lain dan boleh digunakan sebagai medium perhubungan sesama pengguna sekiranya mereka tidak log-in ke dalam dashboard utama facebook.

Nampaknya persaingan semakin sengit di antara dua gergasi utama dunia online ni. Setiap masa ada sahaja persaingan dan penambahbaikan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

Berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan dalam Bing Webmaster online survey, pihak Bing dan yahoo juga sedang berusaha dengan gigihnya untuk mengurangkan penguasaan google dalam dunia internet ni. Sudah pastinya persaingan yang sihat di kalangan penyedia perkhidmatan online akan memberikan banyak kelebihan kepada pengguna.

Ada kemungkinan juga selepas ni Facebook tiba-tiba rasa nak memperkenalkan facebook blog yang mana akan berfungsi seperti blog platform percuma blogspot.com ataupun wordpress.com. Paling tidak pun Facebook Analytic kalau bukan Facebook Webmaster. Pada pandangan blogger ini tidak mustahil perkara ini akan berlaku.

Berbalik semula kepada facebook mail tadi, nampak gayanya bertambah lagilah akaun email blogger ini, Email blogger sedia ada antaranya yahoomail dan gmail. Lepas ni kylerul@facebook.com lah pulak gayanya.hahaha...

Atau mungkin ada pengguna yang nak mudah, dapat akaun facebook mail tu forward kan aje ke alamat gmail sedia ada, takut ada kes lupa password ke, manalah tau kan?? Tapi stakat lupa password tu bukanlah masalah besar pon, bole request 'forget password' apa.

Sumber rujukan dan bacaan lanjut : http://techcrunch.com/2010/11/11/facebook-gmail-titan/

- By Jazmanie

Category: Global | Views: 1278 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com