Friday, 29 March 2024, 4:08 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » November » 01


Batik Netbook Pad and Batik Netbook Bag

Please Contact

Batik Netbook Pad and Batik Netbook Bag

buy and sell > other

batik notebook bags Material Batik Fabrics Grade A, Vinyl Water Proof Inside Soft Foam PE Foam (to shield the laptop notebook) Size 45cm x 35cm x 10cm batik notebook pad Materials made of batik cloth with various patterns and colors

Hav a nice day from web master, ~Eylu's Zone~.
Category: Global | Views: 1146 | Added by: Eylu | Date: 01 November 2010 | Comments (0)


Letusan gunung berapi di Yogyakarta.


Letusan Merapi: Mungkin pembalasan YOGYAKARTA: "Ini mungkin pembalasan tuhan atas segala dosa yang dilakukan pemimpin dan yang menjadi kor
ban adalah penduduk,” kata seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Yonco. Dia diminta mengulas mengenai kesan debu yang berlaku di Kota Jogja semalam selepas kali terakhir kesan itu melanda kota ‘kebal’ ancaman Gunung Merapi terbabit sejak 1961. Kota Jogja dianggap sebagai kota aman dan bebas daripada sebarang ancaman Gunung Merapi kerana mempunyai Kraton (istana). Masih berpegang teguh kepada pemerintahan beraja yang dianggap berdaulat, penduduk percaya selagi adanya Kraton di kota itu, ia dapat mengelak sebarang bencana akibat letusan gunung berapi terbabit. Namun, semalam ‘kota keramat’ itu diliputi dengan hujan abu yang membuatkan penduduk terkejut dengan situasi itu. Menurut Yonco, 34, semua ini berlaku kerana dosa dilakukan pemimpin atasan di Yogyakarta dan kesannya terpaksa ditanggung penduduk miskin seperti mereka. "Mereka (pemimpin) mempunyai banyak wang dan boleh berpindah ke tempat selamat jika berlaku bencana. "Namun, penduduk miskin seperti kami yang terpaksa menanggung kesannya,” katanya. Menurutnya, yang boleh dilakukan penduduk di Kota Jogja ini hanya berdoa dan berserah kepada tuhan. Sementara itu, pelajar Malaysia di Universitas Gadjah Mada (UGM) terpaksa meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kesan abu melanda kota terbabit. Walaupun dilanda abu akibat letusan itu, mereka tetap meneruskan pembelajaran seperti biasa. Penuntut Malaysia tahun keempat Bidang Perubatan di UGM, Imran Azwan Azizan, 21, berkata fenomena seperti itu dianggap biasa oleh penduduk dan begitu juga penuntut Malaysia di sini. "Walaupun ada rakan yang mahu pulang, namun mereka tidak dapat berbuat demikian kerana kuliah masih diteruskan,” katanya. Setakat ini, 500 pelajar Malaysia di Yogyakarta dalam keadaan sihat dan mereka sentiasa dipantau dan dinasihatkan supaya berdiam di rumah selain memakai topeng menutup hidung dan mulut.
















Category: Global | Views: 2086 | Added by: Eylu | Date: 01 November 2010 | Comments (0)

Seluruh negara dah maklum tanggal 30 Oktober 2010, Kelantan telah mencatatkan sejarah baru dalam era pembangunan bola sepak kelantan yang telah di nobatkan sebagai juara piala malaysia tahun 2010 setelah mengalahkan negeri sembilan 2-1 di stadium nasional bukit jalil. Fantasi bertukar menjadi realiti, tahun 2010 menjadi sejarah setelah 4 kali kelantan mencuba di final piala malaysia sejak ianya mula diperkenalkan.

* Semalam penuh satu KL dengan warga Kelantan. NS yang duduk sekitar lembah Klang pun tak mampu nak kerah penyokong mereka ke stadium. Kelantan? Usah ceritalah. Semalam(30hb okt. 2010) sahaja, 2/3 stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Red Warrior ini...fuhh...

Semalam(30hb Okt. 2010) Negeri Tok Guru, Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia buat kali pertama. Mungkin ini barakah daripada Allah kepada Tok Guru. Tok Guru sendiri berdoa agar Kelantan menang malam semalam,dan Allah telah memenangkan pasukan The Red Warriors kita. Kalau tak percaya, dengar perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010).


Yeah...our red warriors da best.

Dari perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010), Tok Guru turut berjanji akan memberikan imbuhan wang tunai kepada seluruh keluarga pemain Kelantan. Sebelum ini pemain kelantan diberikan imbuhan mengerjakan umrah selepas layak ke final Piala Malaysia tahun lalu (sini)

Bahkan ada satu rahsia yang didedahkan oleh Tok Guru, bahawa beliau suka main bola masa muda dulu-dulu sebelum zaman Jepun. Main selepas solat asar di Pondok Jertih. Lutut tok guru cedera gara-gara kawan beliau tendang bola mengenai beliau. Nah..tok guru pun suka main bola. Memang hebat. Tahniah buat Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan.


Julang Piala Malaysia: Kelantan isytihar cuti

Yeah...our red warriors da best.

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

... Read more »

Category: National | Views: 1202 | Added by: Eylu | Date: 01 November 2010 | Comments (0)

Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com