Tuesday, 26 September 2017, 7:21 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Search

Calendar

«  February 2012  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2012 » February » 22 » Jangan Bergantung Kepada Amalanmu.
9:20 PM
Jangan Bergantung Kepada Amalanmu.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Penghulu kita Rasullullah S.A.W, para sahabatnya dan pembantunya.

Wahai saudara saudari para pembaca yang berada di merata tempat,
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita bersama sebuah kitab di antara seindah-indah kitab yang telah ditinggalkan Salaf Soleh untuk kita. Bersama kitab "Al-Hikam Al-Athaiyyah". Pengarangnya Ibn Athaillah As-Sakandari. Ibn Atha' pergi bertemu Penciptanya pada tahun 709 Hijrah Nabawi, Selawat dan Salam ke atas baginda dengan sebaik-baik penghormatan. Beliau dimaqamkan di kaki bukit Muqattam, Kaherah. Kuburnya diketahui umum sehingga hari ini dan diziarahi. Pada kuburnya terdapat Nur yang hanya Allah sahaja mengetahuinya.

Ibn Athaillah menuntut ilmu di bawah asuhan Sayyid Al-Mursi Abu Abbas, beliau dimaqamkan di Iskandariah, kuburnya diketahui umum sehingga hari ini.


Al-Mursi Abu Abbas merupakan salah seorang anak murid Abu Hasan As-Syazili r.a.,(Allah merahmati mereka semua). Abu Hassan meninggal dunia ketika beliau mengerjakan Haji dan dikebumikan di padang pasir di sebuah tempat dinamakan humaisira, dekat dengan persisiran pantai laut merah berhadapan dengan bandar Qina, di perkampungan Mesir.

Ibn Athaillah As-Sakandari mengarang kitab yang banyak, akan tetapi diantara yang terbaik ditinggalkan beliau untuk kita apa yang dinamakan  "Al-Hikam Al-Athaiyyah". Hikam Athaiyyah adalah himpunan nasihat-nasihat, koleksi-koleksi yang diringkaskan oleh beliau(moga Allah merahmatinya) berdasarkan pengalaman beliau dalam Suluk sebagai proses berjalan menuju
Allah Subhanahu Wa Taala. Oleh itu, di dalamnya(kitab hikam) terdapat nilai Akhlak yang tinggi dan halus yang membersihkan hati dari segala kekotoran. Di dalamnya terdapat amalam-amalan hati, di dalamnya ada keikhlasan, di dalamnya terdapat penyucian, di dalamnya terdapat penyembuhan kepada akhlak.



Kebanyakan orang pada hari ini amat memerlukan kepada pengetahuan berkaitan kaedah pennyembuhan dari sudut spiritual untuk manusia dan bagaimana cara untuk mencapai kepada pengetahuan ini. Bagaimana seseorang itu hendak suluk menuju Allah.

Kebanyakan kita membaca Al-Quran akan tetapi tidak merasakan kelazatan bacaan ini di dalam hatinya. Bacaan ini tidak menggoncangkan hatinya. Dan tertanya-tanya sebab ini berlaku. Sebab perkara ini berlaku kerana dia tidak memulakan pada bahagian penyucian hati sehingga hati itu mampu berinteraksi dan merasai apabila menyebut nama Allah dan membaca
Al-Quran. Al-Hikam Al-Athaiyyah adalah lakaran kepada jalan ini, iaitu jalan Suluk menuju kepada Allah.



Al-Hikam Al-Athaiyyah mempunyai 264 hikmah. Semoga Allah membantu kita untuk mensyarah hikam ini dan menjelaskan bagaimana ia dan bagaimana kita  mengubah hikam tersebut kepada kehidupan sehari-hari. Ahli Kesenian ini iaitu seni jiwa dan hati selalu berkata;
"Jalan kami terikat dengan Al-Quran dan Sunnah." Mereka berkata; "Apa sahaja yang datang kepada kami, segala idea yang kami perolehi, segala ilham yang terlintas di pemikiran kami, Kami tidak akan menerimanya kecuali dengan 2 saksi yang adil; Al-Kitab ini saksi pertama dan as-Sunnah ini saksi kedua."

Bersama Hikam Al-Athaiyyah kita melalui hidup kita seharian yang penuh barakah dan kita cuba untuk memahaminya dan menjelaskan bagaimana ia dalam agama Allah dan bagaimana ia menyelesaikan masalah hubungan manusia dengan Allah. Ini sebagai penjelasan kepada hadis Jibril yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah bin Umar Khattab daripada ayahnya Umar bin Al-Khattab r.a., Berkata Umar: "Ketika kami duduk bersama Nabi S.A.W masuk seorang lelaki baju teramat putih, rambut yang teramat hitam. Tiada seorang pun daripada kami mengenalinya dan tidak ada padanya tanda musafir. Dia duduk bersama Nabi S.A.W, meletakkan lututnya bersentuhan lutut Nabi, kedua tangannya di atas pahanya. Iaitu duduk yang penuh adab. Duduk penuntut ilmu yang ingin belajar sesuatu dari Penghulu segala makhluk S.A.W. Dia bertanya Nabi mengenai Islam, bertanya Nabi mengenai Iman, bertanya nabi mengenai Ihsan." Nabi menjawabnya dalam hadis yang panjang yang kamu semua tahu. Selepas lelaki itu pergi, Nabi bertanya; "Apakah kamu tahu siapakah itu? Itulah Jibril datang mengajar kamu urusan agama kamu."

Di dalam hadis itu, apabila dia bertanya Nabi mengenai Islam. Nabi bersabda;
"Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, mengerjakan haji bagi yang mampu."



Mengenai Iman, Nabi bersabda; "Beriman kepada Allah,para malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya, Hari kiamat dan Qada qadar sama ada baik atau buruk."

Apabila dia bertanya mengenai Ihsan, Nabi bersabda; "Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya, Allah melihat kamu."

Dari itu ibadat yang kamu kerjakan sentiasa diperhatikan, maka kamu mampu hadirkan perasaan(dilihat) sebagaimana kata Imam Nawawi; "Segala jenis Kusyuk dan Khudu' dan adab, tidak mungkin kamu membayangkannya diri kamu dihadapan Allah S.W.T seolah-olah kamu melihatNya dan terlintas di pemikiran kamu maksiat, pemikiran melayang-layang, tidak akan terlintas apa yang seumpama ini. Dari itu Ulamak mengambil peranan memelihara satu sudut dari Islam dengan mengarang fekah secara keseluruhan yang mana fekah mempunyai
1200 000 cabang Fiqh, yang membantu kepada Islam. Ibadat, Muamalat, Perundangan, Persaksian, Hubungan antarabangsa, Kemasyarakatan dan Ekonomi. Fiqh membantu Islam pada bahagian ini.

Ulamak Tauhid berperanan membantu pada sudut lain pula iaitu Iman, Ulamak Akhlak dan Tasauf membantu maqam Ihsan. Hikam Athaiyyah ia masuk dalam kategori yang ketiga(Ihsan). Pecahan ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan adalah pecahan untuk memudahkan kefahaman. Hakikatnya Ihsan itu satu, Iman juga satu.

Hikmah yang pertama yang ditulis untuk membantu kepada suluk membantu mencapai Ihsan, Saiyidina Ibn Athaillah As-Sakandari berkata; "Diantara tanda bersandarnya kepada amalan, kurangnya Raja' ketika adanya kepincangan (maksiat)."

Seorang insan selayaknya berlepas diri dari amalannya dan jangan bergantung harap padanya. Dan hendaklah dia ketahui setiap apa yang ada di dalam alam ini adalah dari Allah.

Ucapan yang teramat halus, bayangkan kamu memerhatikan diri kamu sendiri. Jika kamu melakukan ketaatan, jangan terpedaya dengannya, jangan bermegah dengan saudaramu yang lain, Jangan memandang mereka dengan pandangan hina, mereka itu ahli maksiat, mereka itu lebih rendah dari engkau. Ini takbur yang tidak diterima di sisi Allah.

Bayangkan engkau sentiasa menyebut Tuhanmu. Oleh itu, setiap kali engkau terjebak melakukan maksiat, tidak kurang sedikitpun Raja' engkau kepada rahmat Allah S.W.T. Bertaubat kepadaNya dengan segera kerana Allah sentiasa di hati engkau dan kembali kepada Allah dengan segera dari segala kepincangan maksiat yang engkau lakukan. Kembali kepada Allah semula seolah-olah engkau tidak pernah melakukan apa-apa maksiat. Kesan dari itu, engkau berada dalam keadaan tanpa dosa dalam tempoh masa yang panjang kerana engkau telah membersihkan catatan amalan engkau dan catitan amalan menjadi putih bersih.



Ucapan ini secara realitinya ditujukan kepada manusia yang telah mencapai tahap tinggi dalam suluk. Oleh kerana itu permulaan hikam ini dimulakan dengan ucapan yang teguh. Rahsianya adalah untuk menarik manusia kepada ucapan ini. Ucapan ini mungkin tidak sesuai pada sesetengah pemuda yang baru memulakan suluk dan tidak sesuai kepada orang yang masih baru, sepatutnya mereka merasa besar dengan dosa yang mereka lakukan dan menjauhkan diri darinya lebih-lebih pada zaman fitnah yang kita hidup sekarang ini.
Akan tetapi apabila Ibn Atha' memulakan dengan sesuatu yang teguh, maka ia akan sentiasa teguh walaupun bersama mereka yang baru suluk atau dipertengahan atau di perakhiran jalan suluk.

Jangan bergantung kepada amalan kamu!!!

Aku tinggalkan engkau bersama Allah bersama dengan nur-nur dari hikam Ibn Atha',
aku ucapkan Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

~Petikan Ucapan Ali Jumaah Muhammad Abdul Wahab
Category: Muslim's | Views: 9284 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2017 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : http://kylerul.ucoz.com