Friday, 29 March 2024, 1:44 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  March 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » Entries archive

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh ... Read more »

Category: Muslim's | Views: 8063 | Added by: Eylu | Date: 27 September 2010 | Comments (0)

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Bila bukak email td rupanya member mempromosikan satu affiliate program yang boleh dikatakan menarik dan mudah serta berpotensi untuk menjana pendapatan, walaupun tidak lah ke tahap jutawan atau bilionair.

Program yang dimaksudkan adalah Extra Cash From Your Website Affiliate Program. Secara ringkasnya konsep affiliate program yang di promosikan ini adalah kita sebagai pemilik blog akan mendapat bayaran bagi setiap klik oleh pelawat di link iklan yang diletakkan dalam blog kita.

Berdasarkan pembacaan dalam laman rasmi program tersebut juga, setakat ni ada 100,000 pengiklan yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan tersebut. Laman web penyedia servis ni didaftarkan di bawah nama www.bigextracash.com dan didaftakan di United Kingdom.

Secara asasnya juga setiap klik menghasilkan bernilai USD0.05 manakala setiap transaksi jualan yang berlaku hasil dari link kita akan mendapat komisyen sebanyak USD3.00.

Banner dan bentuk promosi juga bermacam-macam, dari email promosi sehinggalah kepada webpage banner, semuanya ada.

Blog ni pun dah register dan nak cuba dulu setakat mana keberkesanan program ni. Tadi pun dah hantar email promosi program ni kepada lebih kurang 60 contacts yang ada, lepas tu rasa tak larat dan lebih mudah promote je melalui blog ni.

Macam kebanyakan program affiliate yang sedia ada juga, pendaftaran adalah percuma dan mudah sahaja, bayaran akan dibuat melalui cek atau paypal.

Ni dia contoh hasil dari program ni yang baru saya pasang di web ni tidak sampai 24 jam:

Kalau sesiapa yang berminat untuk mencuba program ni, boleh cuba dan dialu-alukan daftar melalui link di bawah ni :D:D

Category: Global | Views: 8643 | Added by: Eylu | Date: 26 September 2010 | Comments (0)

Beberapa artikel dalam akhbar online semalam menyiarkan kisah seorang remaja, Christian Owens menjadi jutawan dalam usia baru 16 tahun selepas memulakan perniagaan Internet dua tahun lalu. Di laporkan remaja tersebut yang berasal dari Corby, Northamptonshire  mula menjalankan bisnes dengan duit poket sendiri pada usia 14 tahun apabila melancarkan laman web Mac Box Bundle yang menjana perolehan 700,000 (RM3.5 juta). Sememangnya hebat dan cukup mengujakan sekali.

Sebenarnya cerita mengenai Christian Owens menjadi jutawan telahpun disiarkan oleh laman gizmodo.com dua hari lepas dan saya sudahpun terbaca mengenainya, berita tersebut merupakan antara artikel yang paling popular dalam traffic ranking alexa beberapa hari lepas.

Artikel versi gizmodo.com ‘How a 16-yo Kid Made His First Million Dollars Following His Hero, Steve Jobs’ lebih jelas menerangkan bagaimana remaja tersebut menjadi jutawan hasil dari usahanya sendiri yang menjual perisian melalui lamannya Mac Bundle Box.

Apa yang menarik ialah bagaimana Christian Owens yang mula mendapat set komputer sendiri sewaktu berumur 7 tahun. 3 tahun kemudian dia sudah memiliki set Apple Mac sendiri dan mula belajar membuat web design. 4 tahun kemudian iaitu dalam tahun 2008, dia menubuhkan syarikatnya sendiri yang menjual perisian-perisian Mac OSX secara online dengan harga diskaun dan berkonsepkan tempoh masa.

Bermula dari situlah kejayaannya sebagai usahawan online. Pada masa yang sama dia juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Branchr, syarikat iklan pay-per-click yang mengedarkan 300 juta iklan sebulan kepada 17,500 laman web, iPhone, dan aplikasi Android. Dia kini sudah mempunyai 8 orang pekerja termasuk ibunya sendiri.

Dan seperti kebiasaan bila ada individu yang berjaya pastinya ramai yang sibuk bertanyakan rahsia kejayaan. Jawapan Christian owens memang mudah:

"There is no magical formula to business, it takes hard work, determination and the drive to do something great."

Kalau nak baca cerita lengkap versi gizmodo.com boleh rujuk di lamannya.

Memang bijak remaja tu gunakan hobi dan minatnya kepada satu peluang perniagaan, maknanya dia memerlukan tempoh lebih kurang 9 tahun untuk menjadi jutawan sejak mula-mula kenal komputer pada umur 7 tahun.

Boleh dijadikan sumber inspirasi jugak ni. Daripada guna komputer dok layan benda-benda yang tak berfaedah elok juga kalau digunakan untuk cari duit secara sah dan legal. :D

- By Jazmanie

Category: Global | Views: 1111 | Added by: Eylu | Date: 26 September 2010 | Comments (0)

Nampak gayanya impian sesetengah orang untuk melihat kereta terbang semakin hampir untuk menjadi kenyataan. Ini berikutan keputusan terbaru oleh Federal Aviation Administration (FAA) di US telah memberikan pengecualian berat maksima semasa takeoff  1,430 pounds secara asasnya untuk Terrafugia Flying Car. Pengecualian tersebut akan membuka ruang kepada kereta terbang Terrafugia yang akan mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai light aircraft dan juga kereta. Comel jugak kalau tengok kereta terbang Terrafugia ni.

Bentuk yang agak unik, mempunyai sayap yang boleh dilipat dan kipas di belakangnya. Dua tempat duduk sahaja. kelajuan semasa di udara adalah 115mph ataupun 185.07km/j dan boleh membawa muatan seberat 450lb ataupun 204kg dan memerlukan 1,700 kaki  panjang runway untuk take off, pada masa yang sama boleh masuk dan muat untuk disimpan dalam garaj kereta biasa.

Memang menarik ni kalau dapat beli Terrafugia Flying Car ni,senang nak gi jalan mana-mana, mungkin jugak boleh skip dari traffic jam dan kalau dah semua orang dah guna nanti alasan traffic jam tidak boleh lagi diterima la kot.  Cumanya nak kena cari runaway la pulak kat mana nak take-off tu. Mana boleh take-off merata-rata ni.

Harga yang diumumkan adalah USD194,000 bersamaan RM627,784.17, Masih dalam lingkungan boleh dibeli lagi bagi sesetengah individu. Mungkin lepas guna kereta terbang ni isu ‘Lesen Terbang’ yang heboh dulu akan kembali menjadi popular, pasal memang lesen untuk terbang ni :D

Petikan dari Artikel "Terrafugia Transition ‘flying car’ gets go-ahead from US air authorities” di http://www.telegraph.co.uk/motoring/news.

- By Jazmanie

Category: Global | Views: 8686 | Added by: Eylu | Date: 26 September 2010 | Comments (0)

Pastinya sudah banyak cerita dan kisah yang kita sudah dengar mengenai kes-kes pelik yang berlaku sepanjang mengerjakan ibadat haji atau umrah dan ziarah sama ada melalui bahan pembacaan mahupun cerita dari mulut ke mulut. Artikel kali ini saya ingin kongsikan cerita ringkas mengenai ‘akibat mulut celupar’ yang baru sahaja saya dengar semasa menghantar ibu di KLIA semalam.

Semasa sesi taklimat kepada jemaah umrah dan ziarah semalam, salah seorang ustaz yang menguruskan jemaah dalam sesi taklimat telah menasihatkan para jemaah supaya bersabar dengan apa sahaja dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang mengerjakan ibadat umrah dan ziarah nanti.

Ustaz tersebut juga sempat bercerita kes terbaru yang berlaku kepada salah seorang jemaah untuk dijadikan contoh dan tauladan kepada jemaah yang lain. Katanya lagi cuaca di tanah suci mekah sekarang ni memang agak panas dan lebih panas dari cuaca di malaysia ini.

Ustaz menasihatkan para jemaah supaya kurangkan merungut dengan hal-hal sedemikian, kerana mengikutnya sebelum ini ada seorang jemaah yang suka merungut dan tidak tahan dengan keadaan cuaca yang panas di tanah suci mekah pada ketika ini.

Bukan setakat merungut, jemaah tersebut juga minta supaya ditukarkan hotel yang lebih sejuk dan selesa. Walaupun sudah dua kali bertukar hotel namun dia masih juga merungut dengan keadaan panas tersebut.

Mungkin kerana berasa tertekan dengan kepanasan, dia juga sering memarahi pihak syarikat yang menguruskan umrah dan ziarahnya dan sampai satu tahap dia dengan penuh emosi dan perasaan telah mengatakan bahawa kalau macam tu punya keadaan panas, lebih baik dia tidak datang ke mekah.

Selang beberapa ketika dia berkata demikian, tiba-tiba dia jatuh rebah dan tidak sedarkan diri, doktor sudah memeriksa keadaannya namun tidak menemui sebarang komplikasi penyakit tertentu namun dia sehingga sekarang masih belum sedarkan diri sedangkan para jemaah lain serombongan dengannya sedang bersiap untuk pulang ke tanah air.

Oleh yang demikian, ustaz berkenaan menasihatkan para jemaah supaya sentiasa tenang dan mengawal diri dan emosi sepanjang menjadi tetamu Allah di bulan ramadan yang penuh keberkatan ini.

- By Jazmanie

Category: Muslim's | Views: 1259 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

Kajian sedang dijalankan terhadap modul kursus sedia ada bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan akan dirombak semula bersesuaian dengan situasi dan keperluan semasa, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan cadangan berkenaan perlu dilakukan memandangkan modul kursus sedia ada kurang sesuai pada masa ini. Pada masa yang sama program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD sedang dikaji pelaksanaanya.

(Kredit imej kepada http://mohdhanapi.blogspot.com/)

Petikan daripada cadangan rombakan kursus PTD:

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata cadangan tersebut perlu dilakukan berikutan modul kursus yang sedia ada dilihat tidak begitu fokus. Kata beliau pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk memperkenalkan program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD.

"Modul kursus sedia ada itu bagus, tetapi untuk menjalani latihan membabitkan ketenteraan, bomba dan polis selama enam bulan, terlalu banyak.

"Tempoh kursus selama enam bulan tidak akan dirombak kerana kami menyifatkan ia mencukupi untuk membina jati diri pegawai PTD yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media, di sini, Khamis.

Pada Mei lalu, seorang pelatih PTD telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Norhashimah Wahid, 31, sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan cadangan rombakan itu dibuat berikutan kejadian kes membabitkan pelatih tersebut.

Sebaliknya, katanya cadangan itu dibuat berikutan mahu kursus itu lebih fokus yang kini menerapkan modul kursus daripada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bomba, polis dan tentera.

Beliau berkata cadangan memperkenalkan program latihan Askar Wataniah itu juga akan dapat menambah bilangan anggotanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan unit tentera simpanan itu. Abu Bakar berkata jika program latihan askar wataniah itu dilaksanakan, ia akan diperkenalkan pada kursus PTD pada tahun depan.

Katanya pada masa ini, terdapat kira-kira 8,000 pegawai PTD daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Sementara itu, Abu Bakar berkata susulan kes kematian pelatih PTD itu, empat pegawai penyelaras kursus tersebut telah dikenakan tindakan iaitu dipindahkan dan digantikan dengan pegawai baru. -BERNAMA

Sudah pastinya cadangan rombak kursus PTD dan memasukkan program latihan  askar wataniah ini merupakan satu cadangan yang pastinya mempunyai rasional dan matlamat tertentu untuk meningkatkan lagi daya tahan pegawai di bawah skim tersebut.

Sumber artikel ‘Kursus PTD Akan Dirombak – JPA’ dari http://mstar.com.my/ Jumaat September 3, 2010.

- By Jazmanie

Category: National | Views: 2707 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (1)

Sebagai salah seorang daripada anak kelantan, Blog ini ingin megambil kesempatan untuk merafak sembah dan junjung kasih Sempena pelantikan dan pemasyhuran sultan Kelantan yang ke 29, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan dan Yang Di Pertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim serta jajahan takluknya yang telah selesai disempurnakan pada 4 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 13 September 2010 yang lalu.

Persembahan Ucapan Tahniah

ke hadapan

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA

sebagai

Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim Serta Jajahan Takluknya

Menjadi harapan dan doa supaya pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Dan yang Di Pertuan Negeri kelantan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Semoga Allah melindungi tuanku dunia dan akhirat.

Category: National | Views: 1117 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

U – Untuk bacaan umum. Sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat. Tidak mengandungi unsur2 sensitiviti kaum.

Firman Allah :
"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah(mengabdikan) diri kepada Ku"
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Setelah membuat sedikit research berkaitan kejadian Nabi Adam a.s., maka terciptalah note ringkas ini. Mungkin setelah membaca note ini, anda akan merasakan betapa hinanya manusia kerana tanah pun tidak mahu Adam di jadikan dan roh pun enggan memasuki tubuh manusia. Namun setelah sempurna kejadian Adam, manusialah makhluk Allah yang paling cantik dan sempurna kejadiannya. Dan manusia itu adalah semulia-mulia makhluk disisi Allah, namun manusia juga boleh menjadi sehina-hina makhluk disisi Allah. Mungkin ada yang sudah tahu perihal sebenar kejadian Adam, mungkin ada yang tahu sedikit. Walauapa pun, bacalah kalau ada masa, sekurang-kurangnya kita lebih tahu apa yang sedikit kita tahu dan yang lebih tahu menambah tahu lagi.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.” Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha’if

MENURUT IBNU ABBAS

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah
tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan
sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA

Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat”.
1. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut” kemudian diletakkan didalam
"Alam Malakut”.
2. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam” adalah tanah pilihan.
Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan
wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah”.
3. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat "Jalan dan Jammal”.
Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
4. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan,
lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.
Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.
Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan
pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah
putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:

1. Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sbgainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah” yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah”.

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

"Wallahualam…sekadar mengimbas kembali sejarah manusia mulia ciptaan Allah.
Category: Muslim's | Views: 1137 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (4)

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku.”

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah.”

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?”

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram.”

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya.”

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur’an.”

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur’an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah.”

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar.” Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali.”

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti.” Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali.”

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia.”

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya.” Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa.”

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu.”

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?” Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak,” jawab Sayyidina Umar dengan tegas.Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu.”

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?” Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi.”

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah.”

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku.”

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu.”

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.”

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan.”

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat.”

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi.”

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air.”

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum.”

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah ... Read more »
Category: Muslim's | Views: 1071 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

actually i got this from an e-mail forwarded by my friend...

just 4 sharing~

Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters

The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.You've got to work hard to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.







































~simple analogy~

-By Mimie
Category: Muslim's | Views: 1089 | Added by: Eylu | Date: 24 September 2010 | Comments (0)

« 1 2 ... 7 8 9 10 »
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com