Friday, 19 April 2024, 5:53 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  April 2024  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » Entries archive
Entry ini mengenai 10 soalan ringkas beserta jawapannya sekali untuk mengetahui kedudukan sebenar diri kita sebagai seorang Muslim dan berkait rapat dengan aktiviti seharian dan sifat dan sikap kita.


Sekadar gambar hiasan.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang m ani s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaika.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …

err..ayat yang last kat atas tu, bukan saya tulis, tapi termasuk dalam pakej 10 soalan tu…:D, Semoga dapat di ambil pengajaran dan ruang untuk muhasabah diri kita sendiri.

-By Jazmanie
Category: Muslim's | Views: 7717 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (4)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan kece riaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya / aerobik / gym.

- By Jazmanie
Category: Muslim's | Views: 1499 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)

HONG KONG: China dijangka mengambil alih tempat Jepun sebagai negara kedua terkaya di dunia menjelang 2015 berdasarkan perkembangan pesat ekonomi dan permintaan domestik yang kukuh.

Bandaraya Hong Kong (kiri), Hotel Pazhou (kanan).

Dalam laporan Global Wealth Report diterbitkan semalam, Institut Penyelidikan Credit Suisse berkata, jumlah kekayaan China bakal meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun atau melonjak 111 peratus kepada RM109 trilion.

Ketua Unit Penyelidikan Perbankan Persendirian dan Pengurusan Harta Credit Suisse, Giles Keating, berkata 10 tahun lalu, China adalah negara ketujuh terkaya di dunia.

"Sejak itu ia melonjak mengatasi negara utama Eropah dan dijangka mengatasi Jepun pada 2015," katanya di sidang media, semalam.

Ketika ini, Amerika Syarikat menjadi negara paling kaya di dunia apabila menguasai 27 peratus daripada kekayaan dunia dengan nilai RM607.5 trilion, diikuti Jepun (11 peratus) dan China (lapan peratus).

Perancis, Itali, Jerman dan Britain berada di kedudukan keempat dengan menguasai enam peratus daripada jumlah harta di dunia.

Laporan itu diterbitkan hasil penilaian data diambil di lebih 200 negara pada pertengahan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Credit Suisse Asia Pasifik, Osama Abbasi, berkata laporan terkini itu mengesahkan bahawa negara Asia Pasifik kini mengepalai pertumbuhan kekayaan dunia.

"Asia mempunyai potensi besar pada masa depan," katanya. - AFP

Category: Global | Views: 1038 | Added by: Eylu | Date: 12 October 2010 | Comments (0)


Minggu depan pastinya banyak peristiwa yang akan mewarnai aktiviti harian sebahagian daripada kita. Aktiviti yang menarik perhatian blog ini adalah mengenai penganjuran dua konsert penghibur luar negara iaitu Adam Lambert dan Maher Zain. Konsert Adam Lambert The Glamnation Tour Live In Malaysia 2010 akan di adakan di Malaysia buat pertama kalinya pada 14 Oktober ini  di Stadium Putra Bukit Jalil manakala konsert Maher Zain Save the Soul pula akan diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober 2010.

Pelbagai reaksi dan respons juga maklumbalas daripada orang ramai berkaitan dengan penganjuran konsert Adam Lambert ini, dalam laman sosial Facebook juga telah wujud page khas Kami bantah Konsert Adam Lambert di Malaysia manakala konsert Maher Zain pula setakat artikel ni ditulis blog ini tidak terjumpa pulak sebarang bantahan daripada anggota masyarakat mengenainya.

Kedua-dua penghibur tersebut membawa konsep masing-masing, Adam Lambert mendapat tempat ke-2 dalam American Idol 8 dan mempunyai ramai peminat bukan sahaja di US malahan di merata dunia, beliau juga popular dengan imej Gothic. Manakala Maher Zain pula popular dengan lagu berkonsepkan keugamaan dan lagunya ‘Ya Nabi Salam Alayka’ terpilih sebagai lagu agama terbaik bagi tahun 2009 di Nujoom FM, stesen radio terbesar di Mesir.

Salah satu video klip Adam Lambert ‘Sexy As Hell’yang boleh didapati di Youtube:

Ini pula video klip Maher Zain ‘Insha Allah’ yang juga boleh diperolehi melalui lamam Youtube:

Dimaklumkan juga kedua-dua konsert tersebut mendapat sambutan baik dari peminat masing-masing, pelbagai promosi dan tiket percuma disediakan kepada para peminat Adam Lambert oleh pelbagai pihak manakala penganjur konsert Maher Zain pula memaklumkan akbar berita harian tiket untuk konsert Maher Zain sudah habis disambar peminat hanya dalam tempoh sehari saja.

-By Jazmanie


Category: Global | Views: 2081 | Added by: Eylu | Date: 11 October 2010 | Comments (0)


SUKAR membayangkan jika ada masyarakat dunia pada hari ini tidak memiliki sekurang-kurangnya satu akaun portal laman sosial.

Di mana-mana sahaja kita berada pasti terdapat seseorang sedang melayari portal laman sosial melalui komputer riba, telefon pintar atau pun peranti canggih untuk berhubung dengan rakan mereka.

Ia bagaikan sudah menjadi satu fenomena dan trend dalam berkongsi pengalaman serta mencari teman baru di alam maya.

Bahkan, terdapat pengguna yang menjadikan portal berkenaan sebagai medium mempromosi produk jualan, perkhidmatan, mencari pekerjaan dan bermacam-macam lagi kerana ia mudah, cepat serta efisien.

Bagaimanapun, tidak semua laman sosial menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut kepada pengguna di laman mereka sehingga menyukarkan pengguna membuat pilihan tepat ketika mendaftar akaun portal laman sosial.

Namun begitu, semua ini bakal berubah apabila menggunakan portal laman sosial yang dibangunkan syarikat tempatan Netxpert Sdn. Bhd. iaitu myfriends2u.com yang baru beroperasi kira-kira empat bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Netxpert Sdn. Bhd., Che Onn Ismail berkata, myfriends2u.com bukan sekadar portal untuk pengguna berkomunikasi dan mencari teman semata-mata.

"Kita membangunkan portal ini agar ia dapat menjadi pusat sehenti kepada pengguna kerana ia merangkumi hampir semua perkhidmatan yang diingini mereka dalam sebuah portal laman sosial.

"Pembangunan myfriends2u.com juga merupakan satu inisiatif Netxpert untuk menyatukan komuniti Malaysia dan Asia dalam satu portal buatan anak tempatan. Kita mahu memperkenalkan negara Malaysia melalui portal ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di Menara Ambank, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PORTAL laman sosial myfriends2u.com menawarkan pelbagai aplikasi menarik setanding laman sosial antarabangsa seperti Facebook dan Friendster.

Urusniaga dan karier

Che Onn menambah, terdapat beberapa perbezaan ketara dapat dilihat dalam portal berkenaan berbanding laman sosial yang terdapat di Internet pada masa kini. Ia termasuk segmen myMarketPlace yang membenarkan pengguna berurus niaga secara atas talian.

"Dengan menggunakan kaedah ini, pengguna boleh menjual atau membeli barangan ditawarkan di myMarketPlace tanpa perlu memikirkan kos promosi dan sebagainya yang mungkin membebankan mereka. Kita mahu memberi peluang kepada pengguna meningkatkan ekonomi mereka.

"Ia bukan hanya dapat menyemarakkan pendapatan pengguna malah, membantu meningkatkan ekonomi negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Che Onn memberitahu, portal laman sosial berkenaan turut menyediakan platform kepada mereka yang ingin mencari pekerjaan melalui segmen MyCareer.

"MyCareer membolehkan pengguna terutamanya golongan graduan mencari pekerjaan secara lebih berkesan. Pengguna boleh memperoleh informasi tepat mengenai pekerjaan dan majikan yang berdaftar dalam laman sosial ini, sekali gus memudahkan mereka mencari pekerjaan.

"Bukan graduan sahaja yang boleh menggunakan segmen ini tetapi majikan juga boleh memanfaatkan sepenuhnya mencari bakal-bakal pekerja mereka. Sebagai contoh, segmen ini dapat bertindak sebagai pengantar di antara graduan dan majikan berkomunikasi sesama sendiri dengan lebih efisien," katanya.

Che Onn (dua dari kiri) bersama tenaga kerja Netxpert Sdn. Bhd. memantau portal myfriends2u.com.

Tambah Che Onn lagi, portal laman sosial myfriends2u.com juga ingin membantu meningkatkan industri pelancongan negara yang kaya dengan kebudayaan, makanan, destinasi pelancongan, mercu tanda dan bermacam-macam lagi untuk ditawarkan kepada pengguna.

Katanya, sesiapa sahaja yang mempunyai tempat menarik untuk dikongsi bersama pengguna lain boleh mempromosikannya melalui segmen Myplaces.

"Myplaces tidak hanya tertumpu kepada destinasi pelancongan sahaja tetapi ia termasuk restoran-restoran, gerai-gerai, pusat rekreasi dan sebagainya yang menjadi tumpuan orang ramai. Apa yang perlu dilakukan hanya memasukkan informasi mengenai tempat berkenaan dan pengguna portal ini dapat mengetahui mengenainya di hujung jari mereka," ujarnya lagi.

... Read more »
Category: National | Views: 1526 | Added by: Eylu | Date: 11 October 2010 | Comments (0)



FT Honey Plus Tablet didatangkan dengan 4 perisa :
  • Original
  • Orange
  • Strawberry
  • Blackcurrant
Kelebihan FT Honey Plus Table :
  • Sesuai untuk semua lapisan umur.
  • Tidak mudah pecah.
  • Senang dibawa.
  • Terdapat dalam 4 perisa iaitu Original, Orange, Strawberry, dan Blackcurrant.
  • Tidak melekit.
  • Hanya perlu dikemam macam makan gula-gula.
Harga FT Honey Plus Tablet :
  • W/M (Semenanjung Malaysia) = RM40.00
  • E/M (Sabah&Sarawak) = RM45.00
  • Singapore = $20.00
  • Brunei = $20.00
Cara Membuat Bayaran :
Nama : Muhammad Khairul Azhar b. Amran
Akaun Maybank :
157091006165
Akaun Bank Islam :
14041020353784
SMS : +6013-2739790
Emel : elue_khairul@yahoo.com

Anda boleh membuat bayaran dengan cara Bank-in ATAU transfer melalui perbankan internet ATAU melalui mesin ATM ATAU melalui cash deposit ke akaun yang tertera di atas.
Maklumkan kepada kami melalui SMS ATAU emel maklumat berikut :
  • Nama, tarikh dan masa urusan pembayaran,
  • Nombor ATM Reference/SEQ, alamat penghantaran, dan
  • Nombor telefon bimbit anda.
Anda akan dimaklumkan setelah bayaran diterima dan disahkan.
Pesanan anda akan dihantar dalam masa 3 hingga 5 hari terus ke alamat penghantaran yang anda nyatakan. Anda pasti puas hati.


Caj penghantaran :
  1. 1-5 botol = RM10.00(Semenanjung Malaysia), dan RM20.00(Sabah&Sarawak).
  2. 1-10 botol = RM20.00(Semenanjung Malaysia), dan RM40.00(Sabah&Sarawak).
  3. Sepuluh botol keatas = Kos penghantaran percuma.

Sedikit Info Mengenai Khasiat Madu :


Al-Quran :
"Daripada perut lebah itu keluar minuman (madu yang beraneka warna, didalamnya terdapat ubat yang menjadi penyembuh bagi (keseluruhan penyakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda Kebesaran Allah, bagi orang-orang yang memikirkan (ahli ilmu, sarjana-sarjan dan penyelidik-penyelidik)” An-Nahl : 69





Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

Khasiat Madu :

  • Bahan mineral dan vitamin dalam madu asli amat diperlukan oleh tubuh badan (daya imunisasi).
  • Menolong menghilangkan kepanasan badan, serak suara, mencerdaskan otak/minda, serta dapat melembabkan kerongkong.
  • Meningkatkan keupayaan tenaga batin dan melambatkan proses penuaan.
  • Melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
  • Menyelaraskan peredaran darah, berkesan terhadap tumbesaran remaja dan kanak-kanak secara normal.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan/tenaga dan dapat mencegah tanda selsema dan asma/lelah.
  • Baik bagi wanita ketika mengandung (enam bulan ke atas) dan selepas bersalin (20 hari).

Category: Business | Views: 1391 | Added by: Eylu | Date: 05 October 2010 | Comments (0)




501® Original Jeans
Color - Rinsed :
(Made in Mexico, Imported from US.)
RM 280.00 (including RM10.00 for delivery cost)

FIT :  Original fit
LEG :  Straight
Size : W34 L30 (Ready Stock)
Model image :

   

   

   

   


Purchasing method :

*Delivery would be made after payments made.
  • SMS to me your order detail, name, and address to +6013-2739790 or email me at elue_khairul@yahoo.com.
  • After i receive your sms / email and make confirmation order with you, you can make payment through (Maybank2u / Bank Islam Internet Banking, ATM transfer or cash deposit) to me at my account bank :
    • Account Maybank : 157091006165
    • Account Bank Islam : 14041020353784
    • Name : Muhammad Khairul Azhar b. Amran
  • Then, your item would be sent through express post(DHL, FedEx or so on).
  • ATTENTION!!! After you receive your item, please told me to through sms or email. Thank you!!!
  • Or if you want take by hand, please come to my place at Fasa 3, Sri Gombak.Hehee...

Category: Business | Views: 4714 | Added by: Eylu | Date: 05 October 2010 | Comments (4)

affiliate program

EARN INCOME FROM YOUR WEBPAGE

Turn your valuable web site traffic into revenue. Work online and join our free money making partner program. We offer the most commission rate to help maximize your money stream.

Join our cash making program absolutely no charge and 100% risk free.

Sign Up...

Start receiving steady affiliate commissions

Our free money program really can give you cash on the same day. Begin collecting steady partner commissions with almost no effort at all. This is a profitable revenue opportunity, the first step for you to create a solid, reliable, long-time profitable business.

Get paid after you stop working

Set up many new revenue incomes each and every month. Get revenue after you not working or even retire at an early age with a powerful income stream. Make this once and get revenue over and over again. This is best way to create amazingnew levels of cash and prosper on the online.

Establish a constant stream of revenue

Our free money system helps you to generate a constant stream of cash, all around the clock. Allowing you more time to focus on other tasks.
You will even receive cash while you not working!

domainsinternational.net - domains, domain names market domain names, domain names market, domains for free, list your domains, business, industry, investments, politics, history, social, shopping, medical, sports, entertainment.

Category: Business | Views: 1115 | Added by: Eylu | Date: 05 October 2010 | Comments (0)

MARMA ENTERPRISE
(No. Pendaftaran : KT 0052026 M)
HAJI MANSOR B. HAJI OTHMAN (TOK AYAH SOR)





PUSAT URUT & RAWATAN TRADISIONAL





Pengalaman
:

  • Menuntut Ilmu Feqah, Tauhid/Usuluddin dan Tasauf sejak umur 14 tahun lagi.
  • Menuntut ilmu-ilmu perubatan tradisional melalui guru dan merujuk daripada kitab-kitab seperti kitab Perubatan Haiwayanil Qubara dan kitab Tajul Muluk.
  • Menuntut Ilmu Urutan Badan dan Tenaga Batin selama 30 tahun.
  • Menuntut Ilmu Kerohanian dan Kebatinan selama lebih 30 tahun, (di Malaysia, Mekah, Thailand dan Indonesia).
  • Menuntut Ilmu Perubatan Tradisional selama lebih 30 tahun, (di Malaysia, Mekah, Thailand dan Indonesia).
  • Mulai mengubat dan mengurut orang sejak tahun 1980.
  • Mulai membuat ubat sendiri dari akar kayu dan haiwan sejak 1987 (sekembali dari mekah).
  • Ahli Persatuan Perubatan Tradisional Malaysia.
  • Mengikut seminar Thobib Perubatan Malaysia.
  • Perubatan dan ubat-ubatan sudah terbukti di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei Darussalam, London, Australia, Oman, Italy dan Mekah.
Urut Tenaga Batin :


Dengan menggunakan kemahiran pengalaman mengurut lemah tenaga batin lelaki, Minyak Kasih Sayang dan Kapsul Kasih Sayang - lebih lapan ribu orang sudah diubati dan kebanyakannya sudah berjaya disembuhkan dengan izin Allah.


Tenaga batin akan lemah berterusan apabila ia mulai lemah. Apalagi ada pada wang yang banyak, rupa yang kacak, isteri yang ramai dan cantik, pangkat tinggi, harta yang banyak tetapi kita dicemuh dan diperlikan kerana lemah tenaga batin. Bertindaklah sebelum terlambat.






Perkhidmatan yang disediakan :
  1. Urut menambahkan kekuatan tenaga batin.
  2. Urut untuk pulih tenaga batin lelaki dan ada banyak angin.
  3. Urut untuk lelaki yang cepat keluar air mani dan cepat mengalah.
  4. Urut untuk membesar dan memanjangkan zakar secara pakej.
  5. Urut persiapan hendak kahwin :
          a) Betulkan urat saraf yang sudah rosakdan terguna.
          b) Untuk malam pertama, minggu pertama, bulan pertama dan seterusnya akan menentukan zuriat   
              kita tidak cacat dan berpenyakit.
          c) Untuk kekuatan tenaga batin yang baik pada malam pertama, minggu pertama, bulan pertama
              dan seterusnya. "Ini akan dikenang sepanjang hayat".
          d) Yang pentingnya zuriat kita adalah pewaris dan anak yang soleh dan sihat.

Air Telaga Tok Ayah Sor :

Semasa hendak menggali telaga tahun 1981, Tok Ayah Sor berniat untuk menjadikan air telaga ini sebagai air ubat. Setelah beberapa kali berulang alik ke Mekah, maka Air Zam-Zam dari Mekah telah dimasukkan ke dalam telaga itu. Begitu juga semasa Tok Ayah Sor menuntut dengan guru-guru 'alim dan mursyid, air telaga mereka di ambil dan dimasukkan ke dalam telaga Tok Ayah Sor. Sekarang air telaga itu menjadi penawar besar dengan izin Allah, InsyaAllah.....


Berkesan untuk :

  1. Penerang hati anak hendak belajar dan memasuki peperiksaan. Elok diberi minum awal tahun lagi. Di doa juga pada beras sebagai makanan nasi harian.
  2. Anak nakal dan yang tidak mendengar nasihat.
  3. Dan lain-lain mengikut hajat yang baik.

Minyak Kasih Sayang :

Boleh membesar, memanjangkan, menguatkan, mengeraskan, menyegarkan, menyihatkan, membersihkan zakar, tahan lama dan puas berjimak. Sentiasa di dalam keadaan siap sedia. Minyak Kasih Sayang digunakan semasa mengurut lemah tenaga batin.

Ramuan Minyak : Lintah, dhob, ikan haruan, belut, sawat buaya, gamat, 101 jenis akar kayu pilihan, rempah ratus dan doa.

Harga Sebotol    :
  • RM 100.00 - 120ml    MALAYSIA (tambahan RM10.00 untuk wang pos)
  • $ 70.00     -  120ml   SINGAPURA/BRUNEI (termasuk wang pos)





Kapsul Kasih Sayang :

Kapsul Kasih Sayang diberi makan 2 biji selepas mengurut lemah tenaga batin. Kelebihan ubat ini :
  1. Boleh segera menambah tenaga batin.
  2. Menambah kekuatan tenaga batin.
  3. Tenaga batin tahan lama.
  4. Lambat keluar air mani.
  5. Untuk sentiasa kuatkan tenaga batin bagus dimakan sebiji sehari.
  6. Segera menambah kuat tenaga batin setelah dimakan 2 biji selepas 6 jam. Terbukti hebat, puas, membanggakan, bertenaga, tahan lama, dan dapat membantu anda menikmati kepuasan sejati, terasa seperti sentiasa berbulan madu.

Ramuan Kapsul : Dhab, belut, ikan haruan, gamat, 101 jenis akar kayu pilihan, rempah ratus dan doa.

Harga Sebotol   :
  • RM 60.00 (50 biji) - MALAYSIA (tambahan RM10.00 untuk wang pos)
  • $ 40.00 (50 biji)   - SINGAPURA (termasuk wang pos)

Kini warisan perubatan Tradisional Tok Ayah Sor di perturunkan kepada anak didik beliau.

Sila Hubungi untuk temujanji anda :

  Haji Mohammad b. Haji Mansor

  No.1A, Jalan SG 3/12 (Fasa 3),
  Taman Sri Gombak,
  68100 Batu Caves,
  Selangor.

  Tel.(HP) : 019-9599060





  Ustaz Roslan b. Maghtar

  (Cawangan Kajang)
  Tel.(HP) : 013-6907964

Category: Business | Views: 16238 | Added by: Eylu | Date: 01 October 2010 | Comments (16)

Ada posting dari rakan blogger mengenai bagaimana sekiranya donut menguasai dunia, semua benda ada bentuk donut, bulat dan berlubang di tengahnya. Posting tersebut juga mengingatkan soalan sempoi yang pernah di tanya oleh Prof Madya Dr. Azahari Ismail, pengajar kelas Leadership Development. Soalan dia mudah sahaja kenapa donut mesti ada lubang di tengahnya? namun soalan mudah tersebut  tak dapat dijawab.  Aku dan kawan2 hanya nganga dan mula bagi jawapan ikut logik fikiran masing-masing je. Nampak  sangat failnya general knowledge aku ni. Tahu makan je, asal usul benda yang dimakan tu haram tak nak ambil tahu.

Jadi kenapa dan mengapa kuih donut nak kena ada lubang ditengah-tengahnya? pergilah kat mana-mana ceruk dunia, dan makanlah apa jenis brand dan perisa sekalipun, semua donut nak kena ada lubang kat tengahnya. Ada jugak sesetengah donut yang cuba di buat tanpa lubang, tapi terus tak menampakkan ciri-ciri kedonutannnya (guna perkataan sendiri ni).

Kalau google dalam internet macam-macam variasi dan cerita pasal donut ni. Wiki kata Donut mungkin mula diperkenalkan di Amerika Utara sejak kurun ke 19 oleh orang Belanda.

Kenapa berlubang? Sebelum pada ni donut yang dihasilkan tiada lubang ditengah-tengahnya.  Seorang rakyat Amerika Hansen Gregory, pada tahun 1847 semasa dalam pelayaran mendapati donut yang dimakannya tidak masak sepenuhnya ditengah-tengah kuih tu dan merasa tidak puas hati.

Lalu dia cucukkan tengah-tengah kuih donut tu dengan pemegang stering kapal sebelum di masak semula. Selepas ditebuk lubang dan dimasak semula barulah dia rasa kuih tu masak sepenuhnya.

Apabila kembali di rumahnya dia pula mengajarkan kepada ibunya cara memasak donut tu dengan cara menebuk lubang di tengah-tengahnya. Begitulah ceritanya.

Kebanyakan negara mempunyai kuih donut versi masing-masing, Kuih Keria merupakan donut versi Malaysia.

Err..ada sesiapa yang nak belanja aku makan donut ker?


- By Jazmanie
Category: Global | Views: 1732 | Added by: Eylu | Date: 27 September 2010 | Comments (0)

« 1 2 ... 6 7 8 9 10 »
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com