Anda mungkin pernah melihat robot HRP-4C yang cantik sebelumnya, dan
sementara itu yang sebelumnya hanya mampu menggerakkan tubuh atasnya,
sekarang upgrade dan perbaikan telah dilakukan sehingga robot ini
sekarang mampu memegang sendiri di panggung, bernyanyi dan menari
dengan manusia.
Robot HRP-4C dan manusia.
Apakah ini menggantikan pasangan tari manusia dalam waktu dekat? Mungkin
tidak, tapi ini merupakan bukti langkah maju yang signifikan dalam
robotika dan Anda dapat memeriksa video dari robot HRP-4C menari
berikut ini. (sumber)
At first he ignored the existence of the smash-hit movie that's 85
percent about how much he's a socially maladjusted jerk. But now
Facebook founder Mark Zuckerberg, in a smart PR move, has confirmed that
he'd
brought his employees to a screening (complete with post-viewing
apple martinis, a nice touch referencing a scene in the film), and is
finally breaking his silence about "The Social Network."
Zuckerberg was asked about the difference between the movie and what
he experienced while creating Facebook. "Where do you want to start?" he
asked. Every shirt and fleece worn by the actor (Jesse Eisenberg) who
played him was one he had actually worn, Zuckerberg said. The movie got a
lot of stuff wrong and random details right, he said.
Reviewing the film thematically, Zuckerberg said it featured a girl
who was not part of his real life. In the movie she dumped him, which,
he joked, happened to him often. "They framed it as if I wanted to get
girls or into some social institution," Zuckerberg said. "I've been
dating the same girl since before Facebook." He concluded that the
filmmakers "can't wrap their head around the idea that someone might
build something because they like building things."
Screenwriter Aaron Sorkin's decision to turn Zuckerberg's motivation
for creating Facebook into an angry response to being dumped by a girl
is the film's central conceit, but that's not even close to how it
actually happened. (Jessica Alona, the woman at whom he [now infamously]
lashed out on his blog is real, but whatever relationship the
two had is unclear.) David Kirkpatrick, with whom Zuckerberg spoke
at length for another book about Facebook ("The Facebook Effect: The
Inside Story of the Company That Is Connecting the World"), describes
Zuckerberg in a Daily Beast article as "one of the least angry
people I've ever met." Kirkpatrick writes:
"Zuckerberg was seldom without a girlfriend even before Thefacebook.
And shortly before Thefacebook launched, the real-life Zuckerberg began
seriously dating a girlfriend, Priscilla Chan, with whom he lives today.
He was with her during almost all the events portrayed in the movie."
Addressing claims that the film's central players were hostile to
women, Sorkin has
decried the misogyny of his characters, but with the possible
exception of FaceMash (the application Zuckerberg created in one night
at Harvard in a pique of frustration) there's no history of that
behavior at all from Zuckerberg or any of the Facebook founders. Sorkin
made it all up to give his story a framing device. That's fine, of
course: No one's claiming "The Social Network" is a documentary. But
still, if Zuckerberg is annoyed that a guy who
dislikes the Internet tells the entire moviegoing universe a
made-up story about how a world-changing website was created to get back
at the woman who dumped him, we can see why the Facebook founder might
be a little upset about that.
Nabi Musa adalah
satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di
atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering
bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah
kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu
daripada Allah.
Suatu
hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang
di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun
menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat
tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina
dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat
berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di
situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi
salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan
rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan
melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa
seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi
Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam
hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan
dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta
dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan
yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian
dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya
barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku
agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu
membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai
tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa
kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa
mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku
sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari
aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat
tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
Sekadar
gambar hiasan.
"Setiap hari aku berdoa kepada
Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah
mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang
yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang
sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk
dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya
sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi
yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh
disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami
sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah
berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa
yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah
dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan
kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang
sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau
banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua
ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan
membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah
yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti
sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang
ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan
doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi
Allah.
Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila
dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S.
DATANG MEMANGGIL.
Di muka bumi ini ada berbagai jenis makhluk hidup yang merupakan ciptaan Allah SWT . Ada yang disebut manusia , haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan makhluk lainya yg tentunya memiliki jenis yg berbeza. Di antaranya adalah manusia yg memiliki 2 jenis iaitu lelaki dan wanita. Hal ini sesuai dgn firman Allah SWT dlm Al Qur’an :
"Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya , dan dari padanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan".
( Surat An-Nisa ayat 1 )
"Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui " .
( Surat Al Hujurat ayat 13 )
Allah telah menciptakan manusia dengan kekuasaan-NYA dengan sempurna .Dan telah menciptakan manusia dengan jenis yang berbeza. Manusia yang diciptakan Allah SWT pada dasarnya ada dua jenis iaitu laki-laki dan wanita, yang masing-masing mempunyai perbezaan. Wanita yang disebut juga Perempuan, Puteri, Isteri , Ibu adalah sejenis mahluk dari bangsa manusia yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan agak berlainan bentuk serta susunan tubuhnya dengan bentuk dan susunan tubuh laki-laki. Dan ada satu hal lagi yang membezakan iaitu pada umumnya kaum wanita lebih halus dan lembut tutur katanya.
Allah SWT menciptakan mahluknya berpasang-pasangan. Tak terkecuali wanita yang diciptakan untuk pasangan bagi kaum lelaki yang akan menyempurnakan kelangsungan hidup manusia dimuka bumi ini. Lelaki tidak akan tenang dan tenteram hidupnya bila tidak berdampingan dengan wanita dan wanita juga sebaliknya.
Allah menjadikan wanita berbeza dengan kaum laki-laki baik dilihat dari bentuk tubuhnya, kekuatannya maupun hal lain yang membezakan diantara keduanya. Ada juga hadis yg menyebutkan bahwa :
"Hendaklah kamu beri nasihat pada orang - orang perempuan itu dengan baik –baik, karena Sesungguhnya orang perempuan itu dijadiakan dari tulang rusuk lelaki ialah yang paling atas ...." (Hadist riwayat Imam Bukhari dan Muslim dr sahih Abi Hurairah r.a.)
Sekadar gambar hiasan.
Tentang hadis itu dan banyak hadis lain yang menyebutkan bahawa wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, memang sah dan ertinya menurut loghat memang demikian, hanya kebanyakan orang yang mengertikannya dengan kurang mendalam. Kalau diertikan secara mentah , tentu akan mendatangkan kekeliruan yg besar . Kita ambil contoh saja dlm pengertian ayat berikut :
" Manusia itu dijadikan dari t’gopoh-gopoh ". ( Surat Al Anbiyaa ayat 37 )
Jika ayat ini diertikan begitu mentah dan secara harfiah saja atau dengan apa adanya susunan katanya, sudah tentu manusia tidak akan dpt menerimanya, kerana fikiran mereka tidak mungkin menerima maksud yg sedemikian. Dan sebenarnya ayat itu harus diertikan dgn cara majazy (bukan hakiki) , krn ayat itu mengandung erti kiasan / yg merupakan sindiran. Iaitu menyindir bahwa manusia itu bersifat tergopoh-gopoh , terburu-buru , tergesa-gesa . Jadi ayat itu sesungguhnya bermaksud, : Perangai atau watak manusia itu suka tergopoh-gopoh , tergesa-gesa yg seakan-akan perangai itu sudah dari asal mula kejadianya.
Dengan demikian maksud hadis yang menyebutkan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki dapat dimaksudkan juga bahwa: Mahluk bangsa manusia perempuan itu mempunyai perangai atau tabi’at suka bengkok / tidak lurus dan ganjil , menyalahi akan lelaki seperti halnya tukang rusuk. Kerana dari suka bengkoknya itu , seakan-akan ia dari asal mula kejadiannya diumpamakan dari tulang rusuk yang bengkok tadi. Kalau diluruskan dengan keras akan patah ( pecah ) , dan kalau dibiarkan begitu saja akan bengkok selama-lamanya.
Jangan kita salah faham, sebagaimana pengertian para ahli kitab ( Yahudi - Nasrani ), kerana menurut buku Bybelnya mengatakan , bahawa Hawa itu dijadikan dari tulang rusuk Adam. Dan seterusnya digunakan sebagai dalil , bahawa orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Kerana sesungguhnya lelaki dan wanita itu sama-sama di ciptakan oleh Allah dari bahan yang sama cuma berbeza bentuk tubuh dan tabi’atnya sahaja. Hal ini agar dapat menunjukkan mana yang lelaki dan mana yang wanita. Dengan perbezaan ini maka lelaki dan wanita dpt saling mengenali, saling mencintai, sayang-menyayangi, kuasa-menguasai, tolong-menolong , saling menyelamatkan dan saling berdampingan untuk bersama-sama mengarungi kehidupan dimuka bumi ini .
Kerana itu , kita sebagai manusia hendaknya insaf, janganlah timbul salah sangka tentang adanya perbezaan jenis dan sifat antara lelaki dan wanita. Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan diberi beban dan tugas kewajiban sesuai dengan fitrah dan thabi’atnya masing-masing . Mereka tinggal ta’at dan patuh terhadap peraturan Allah SWT dengan tentu dan pasti , yang dengan Qudrat dan Iradat-Nya dan dengan Ilmu dan Hikmah-Nya. Kita harus selalu bersyukur dengan kehendak Allah , jangan kita menentang kehendak-Nya . Wallah'u a'lam.
Salah satu daripada pengumuman mengenai bajet 2011 semalam adalah
berkaitan penggalakkan penggunaan kereta hibrid di negara ini. Pemegang
francais kereta hibrid diberi pengecualian duti import 100 peratus dan
duti eksais 50 peratus ke atas kereta hibrid siap pasang (CBU) baru.
Pengecualian itu diberi bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian
Kewangan mulai 30 Ogos 2008 hingga 31 Disember 2010.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
pada Ahad Oktober 17 (rujuk mstar online) pula menjelaskan bagi terus
menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti
eksais dilanjutkan sehingga 31 Dis 2011. Bila terbaca pasal pengecualian
duti import terhadap kereta hibrid ni terus teringat kat Honda CR-Z
2011 Hybrid. Honda CR-Z dikatakan kereta hybrid sporty pertama di dunia
yang menawarkan sistem 6-speed manual transmission.
Honda CR-Z ni model terbaru menggantikan siri Honda CR-X. Dah lama dok
perhatikan Honda CR-Z (disebut Honda CR Zee) ni yang dijadualkan berada
di atas jalan tahun 2011 nanti.
Setakat ni semakan di laman rasmi Honda
Malaysia model ni masih belum tersenarai di pasaran Malaysia, harga yang
disyorkan kat luar negara adalah USD19,200. Kalau convert secara asas
ke ringgit (RM3.8) lebih kurang RM72,960. Kalau dah tak ada duti import
dan duti eksais juga dikurangkan, mungkin juga tak jauh harganya tu.
Memang ‘elegant’ dan ‘sporty’ design
honda CR-Z ni, sesuai untuk golongan muda yang mementingkan penampilan
‘sporty’, orang tak muda pun boleh jugak kot layan kereta ni
PS: Dok terrfikir mungkinkah juga harga
Civic Hybrid yang sekarang berharga dari RM129,980 di pasaran akan
berubah berikutan pengumuman pengecualian duti import dan duti eksais
dalam bajet 2011 tersebut?
Sambungan kepada posting sebelum ini mengenai pesanan kepada bakal suami, kali ini adalah 13 pesanan
untuk bakal-bakal isteri dan juga kepada kaum wanita yang sudah bergelar
isteri, kata-kata asihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik
Perkahwinan yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Perkahwinan adalah
perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai,
maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang
diharapkan.
Sekadar gambar hiasan.
Pesanan Untuk Isteri:
Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya
(perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki.
Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh
itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita
hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
Hendaklah ia bekerja dan berusaha
dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya
suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar
itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu
dan Bersikap manja di hadapannya.
Isteri hendaklah memerhatikan tabiat
suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa
kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.
Jangan banyakkan permintaan atau
memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah
lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
Jangan sekali-kali meninggalkan rumah
tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula
suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah
ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat
besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan
bersolek pula.
Janganlah pergi mendapatkan bomoh,
pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami
atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan
membazir.
Jangan suka menceritakan kecantikkan
perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami
apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu
mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala
mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu
kerabat suami.
Hendaklah cermat dalam perbelanjaan
hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah
habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan
itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan
untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang
siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
Jangan suka berhutang. Jika terpaksa
sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat
rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
Jangan ceritakan perbelanjaan harian
sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
Hendaklah makan minum untuk suami sama
ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya.
Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan
suami.
Hendaklah suami dan isteri menjaga
kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga
makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan
oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami
isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.
Khusus kepada para lelaki yang merasakan sudah sampai masanya untuk
mereka mendirikan rumahtangga dan bersedia untuk melayari bahtera
kehidpaun bersama pasangan masing-masing, dibekalkan sedikit pesanan dan
nasihat yang dipetik daripada buku Rahsia di Sebalik Perkahwinan
yang disusun oleh Ustaz Abdul Raof Dalip. Malah untuk lelaki yang sudah
berstatus suami pun elok jugak, untuk buat ‘check and balance’.
Sekadar gambar hiasan.
Pesanan Untuk Suami:
Suami itu raja bagi isi rumahnya dan
isteri itu permaisuri dan sekalian yang ada di dalam rumah ialah
tanggungannya dan rakyatnya. Oleh itu dialah yang menanggung segala hal
rumahnya sama ada baik atau jahat di hadapan Tuhan kelak.
Suami jangan menampakkan sifat terlalu
cemburu kepada isteri atau kepada anak-anak kerana yang demikian itu
boleh menerbitkan helah dan tipu daya yang sulit bagi memperdayakannya
dan jangan pula cuai sehingga tidak tahu apa yang berlaku di dalam
rumahnya. Sebaik-baik peranan ialah sikap sederhana.
Tidak patut bagi suami menceritakan
segala hal atau membuka rahsianya kepada isteri kerana semangat
perempuan biasa lemah dan mudah terperanjat. Perkara-perkara dan hal-hal
yang difikirkan itu dapat ditanggung atau disimpannya bersama.
Suami itu penguasa dan pemimpin
perempuan. Oleh itu hendaklah is menjalankan kuasanya sebagai ketua dan
pemimpin isi rumah dan janganlah perempuan menjadi ketua dan berkuasa di
atas suami. Junjungan kita Sayidina Muhammad SAW mengatakan bahawa umat
dan kaum di bawah pimpinan perempuan tidak akan berjaya dan berbahagia.
Suami hendaklah memelihara isteri
dengan baik dan bijaksana, kerana perempuan ialah amanah Allah SWT
kepada lelaki dan sebarang lelaki yang telah berkahwin tentulah telah
mengaku sanggup memelihara isteri dengan seberapa sempurna. Janganlah
biarkan isteri itu begitu sahaja atau dibawa ke tempat-tempat hiburan
yang akan mencemarkan nama dan maruah dan merosakkan perangainya.
Hendaklah suami sentiasa menggembirakan
hati isteri dengan berbagaibagai cara dan gaya sama ada dari segi
perkataan (budibahasa) dan mans muka serta selalu membawa buah tangan
terutama semasa pulang daripada luar negara kerana semua hadiah-hadiah
kepada anak isteri itu menambahkan kasih sayang. Bahkan mendapat pahala.
Janganlah suami suka meninggalkan rumah
hingga jauh malam atau suka mengajak sahabat-sahabat makan di
kedai-kedai kerana yang demikian mengaibkan nama isteri dan membanyakkan
belanja.
Hendaklah suami menahan sabarjika kena
leteran isteri kerana perempuan itu berat pekerjaannya iaitu
menyelenggara rumahtangga, mencuci kain baju, menyediakan makan minum,
mengandung dan bersalin, kemudian mengasuh anak-anak.
Hendaklah suami kasih dan ikhlas kepada
isteri bukan berkahwin kerana harta atau cantik semata-mata. Kerana
jika tidak dapat wangnya atau apabila hilang kecantikkannya, tentu suami
akan renggang daripada isteri dan hilang kebahagiaan bahkan boleh
mengakibatkan perceraian.
Jangan burukkan perangai isteri di
hadapan orang lain. Perbuatan yang demikian menunjukkan kurang adab.
Sekiranya suami mendengar aduan
mengenai hal isterinya, hendaklah is bercermat serta jangan tergopoh
gapah menyangka jahat terhadap isterinya. Hendaklah selidik dengan
sehabis-habis cermat dan halus. Kemudian barulah membuat keputusan.
Tetapi jangan pula dibiarkan begitu sahaja dengan tidak mengendahkan hal
itu sama sekali supaya jangan termasuk ke dalam sifat dayus kerana
orang yang bersifat dayus tidak masuk syurga.
Jangan sekali-kali menampakkan sesuatu
kejahatan (jika tercebur ke dalamnya) kepada isteri dan anak-anak kerana
dikhuatiri kejahatan itu akan ditiru oleh mereka ataupun mereka akan
memandang rendah kepadanya.
Jika semua para bakal suami dan suami-suami yang dah ada dapat
memahami pengertian tips ini, Insya Allah rumah tangga akan bahagia,
untuk esok kita kongsikan pula peranan dan pesanan buat para isteri dan
bakal-bakal isteri.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Sekadar
berkongsi pengetahuan yang ada, inipun dapat hasil dari "googling around
the net”. Perlu di ketahui setiap kejadian yang Allah S.W.T ciptakan
mempunyai kelebihan dan maksud yang tertentu, bukannya sia-sia. Allah
menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Dalam setiap hari tuh, ade
peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari islam itu
sendiri…menjadi memori sepanjang zaman.
Sekadar gambar hiasan.
Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku
mengikut hari ini adalah…
Hari Isnin :
Naiknya nabi Idris a.s ke langit..
Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
Rasulullah s.a.w dilahirkan..
Malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa…
Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
Habil terbunuh hari selasa..
Hari Rabu :
Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke
dalam perut bumi.
Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut
tuh)..
Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga
ke dalam telinganya.
Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s.
Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang
kuat..
Hari Khamis :
Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka
membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang
terkenal).
Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa
dengan nabi yusof..
Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya
yang dirindui.
Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun
menyembah kepada Allah.
Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah…
Hari Jumaat :
Pernikahan antara Adam dan hawa
Pernikahan antara yusof dan zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri
Saba’
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu
Bakar.
Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra
Hari Sabtu :
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya…sebab..
Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang
diamanahkan kepada mereka.
Saudara-saudara Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan
mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
Raja Firaun mencabar Nabi Musa
Orang2 yahudi mengkhianati dan menejar nabi Isa a.s untuk
membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun
hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad :
Allah menjadikan neraka.
Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
Allah mencipta langit yang tujuh lapis
Allah menjadikan 7 anggota adam.
Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
Allah menjadikan laiutan yang tujuh…
Diantara hari-hari yang tujuh itu..hari
Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala
hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari
Jumaat…Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada
sekian-sekian hari…hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah
nabawiyah…barulah kita dapat gambaran sepenuhnya…alangkah baiknya kalau
kita berada di bumi anbiya…bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah
silam…zaman pemerintahan nabi-nabi…
InsyaAllah..moga sama-sama dapat ambil iktibar…yang baik dan sempurna
itu datangnya dari Allah jua..dan yang buruk itu..dari hambaNya yang
daif ini…