Thursday, 27 July 2017, 7:46 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Search

Calendar

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » November » 1 » Yeah...Our Red Warriors The Best.
8:56 AM
Yeah...Our Red Warriors The Best.
Seluruh negara dah maklum tanggal 30 Oktober 2010, Kelantan telah mencatatkan sejarah baru dalam era pembangunan bola sepak kelantan yang telah di nobatkan sebagai juara piala malaysia tahun 2010 setelah mengalahkan negeri sembilan 2-1 di stadium nasional bukit jalil. Fantasi bertukar menjadi realiti, tahun 2010 menjadi sejarah setelah 4 kali kelantan mencuba di final piala malaysia sejak ianya mula diperkenalkan.

* Semalam penuh satu KL dengan warga Kelantan. NS yang duduk sekitar lembah Klang pun tak mampu nak kerah penyokong mereka ke stadium. Kelantan? Usah ceritalah. Semalam(30hb okt. 2010) sahaja, 2/3 stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Red Warrior ini...fuhh...

Semalam(30hb Okt. 2010) Negeri Tok Guru, Kelantan berjaya memenangi Piala Malaysia buat kali pertama. Mungkin ini barakah daripada Allah kepada Tok Guru. Tok Guru sendiri berdoa agar Kelantan menang malam semalam,dan Allah telah memenangkan pasukan The Red Warriors kita. Kalau tak percaya, dengar perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010).


Yeah...our red warriors da best.

Dari perbualan dengan DJ Hot FM semalam(30hb Okt. 2010), Tok Guru turut berjanji akan memberikan imbuhan wang tunai kepada seluruh keluarga pemain Kelantan. Sebelum ini pemain kelantan diberikan imbuhan mengerjakan umrah selepas layak ke final Piala Malaysia tahun lalu (sini)

Bahkan ada satu rahsia yang didedahkan oleh Tok Guru, bahawa beliau suka main bola masa muda dulu-dulu sebelum zaman Jepun. Main selepas solat asar di Pondok Jertih. Lutut tok guru cedera gara-gara kawan beliau tendang bola mengenai beliau. Nah..tok guru pun suka main bola. Memang hebat. Tahniah buat Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan.


Julang Piala Malaysia: Kelantan isytihar cuti

Yeah...our red warriors da best.

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. -Hrkh

Category: National | Views: 638 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2017 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : http://kylerul.ucoz.com