Tuesday, 26 September 2017, 7:22 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Search

Calendar

«  September 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » September » 24 » Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
4:40 PM
Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Kajian sedang dijalankan terhadap modul kursus sedia ada bagi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan akan dirombak semula bersesuaian dengan situasi dan keperluan semasa, demikian menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Abu Bakar Abdullah menjelaskan cadangan berkenaan perlu dilakukan memandangkan modul kursus sedia ada kurang sesuai pada masa ini. Pada masa yang sama program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD sedang dikaji pelaksanaanya.

(Kredit imej kepada http://mohdhanapi.blogspot.com/)

Petikan daripada cadangan rombakan kursus PTD:

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang melakukan kajian untuk merombak modul kursus untuk pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata cadangan tersebut perlu dilakukan berikutan modul kursus yang sedia ada dilihat tidak begitu fokus. Kata beliau pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk memperkenalkan program latihan Askar Wataniah kepada pelatih PTD.

"Modul kursus sedia ada itu bagus, tetapi untuk menjalani latihan membabitkan ketenteraan, bomba dan polis selama enam bulan, terlalu banyak.

"Tempoh kursus selama enam bulan tidak akan dirombak kerana kami menyifatkan ia mencukupi untuk membina jati diri pegawai PTD yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media, di sini, Khamis.

Pada Mei lalu, seorang pelatih PTD telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). Norhashimah Wahid, 31, sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Bagaimanapun, Abu Bakar menafikan cadangan rombakan itu dibuat berikutan kejadian kes membabitkan pelatih tersebut.

Sebaliknya, katanya cadangan itu dibuat berikutan mahu kursus itu lebih fokus yang kini menerapkan modul kursus daripada pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bomba, polis dan tentera.

Beliau berkata cadangan memperkenalkan program latihan Askar Wataniah itu juga akan dapat menambah bilangan anggotanya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan unit tentera simpanan itu. Abu Bakar berkata jika program latihan askar wataniah itu dilaksanakan, ia akan diperkenalkan pada kursus PTD pada tahun depan.

Katanya pada masa ini, terdapat kira-kira 8,000 pegawai PTD daripada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Sementara itu, Abu Bakar berkata susulan kes kematian pelatih PTD itu, empat pegawai penyelaras kursus tersebut telah dikenakan tindakan iaitu dipindahkan dan digantikan dengan pegawai baru. -BERNAMA

Sudah pastinya cadangan rombak kursus PTD dan memasukkan program latihan  askar wataniah ini merupakan satu cadangan yang pastinya mempunyai rasional dan matlamat tertentu untuk meningkatkan lagi daya tahan pegawai di bawah skim tersebut.

Sumber artikel ‘Kursus PTD Akan Dirombak – JPA’ dari http://mstar.com.my/ Jumaat September 3, 2010.

- By Jazmanie

Category: National | Views: 1636 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 1
1  
Taniah buat semua PTD. Cabaran semakin besar buat anda untuk mentransformasikan perkhidmatan awam.
http://khalidjaafar.org/

Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2017 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : http://kylerul.ucoz.com