Tuesday, 26 September 2017, 7:22 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Search

Calendar

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » November » 14 » Rakyat Malaysia Mudah Kena Sakit Jantung.
11:51 PM
Rakyat Malaysia Mudah Kena Sakit Jantung.

Paker diet, Gary Lee Poh Sing menyatakan rakyat Malaysia mudah mengalami serangan penyakit jantung dan strok berbanding penyakit kronik lain seperti kanser dan diabetes. Di antara faktor yang telah dikenalpasti menyumbang kepada serangan jantung di kalangan rakyat Malaysia adalah makanan yang tidak seimbang dan juga gaya hidup yang tidak aktif seperti kurang bersenam.

Menurut Gary Lee Poh Sing lagi faktor lain termasuk tekanan hidup yang semakin meningkat seperti sentiasa berhutang. Oleh yang demikian untuk mengelakkan dari diserang sakit jantung ni, individu di nasihatkan supaya mengamalkan amalan pemakanan yang sihat sebagaimana yang disyorkan oleh Piramid Pemakanan Negara.

Pada masa yang sama aktiviti bersenam dan mengelakkan diri dari terjebak dalam elemen yang boleh memberikan tekanan dalam kehidupan seharian juga perlu diamalkan oleh setiap individu.

Sakit jantung ni memang sukar dikesan dan boleh menyerang sesiapa sahaja. Sebetulnya blogger bersetuju dengan faktor-faktor penyumbang serangan sakit jantung yang disebutkan tadi. Semuanya berpunca dari dalaman individu itu sendiri.

Cuma bagi blogger ni pula bukan setakat faktor dalaman, faktor luaran dan suasana sekeliling pun boleh menjadi ‘mediator’ untuk serangan jantung ni. Beberapa faktor yang mungkin berkaitan mengikut pandangan blog ni:

  1. Bila tengah syok bawak kereta tiba-tiba kena hon dengan kuat oleh kenderaan lain. Maklumlah pemandu kat sini semuanya nak cepat. tu pun bisa buat huru hara dan kelam kabut dan boleh meningkatkan keberangkalian serangan jantung kalau tak menyirap darah pun;
  2. Bila tengok berita-berita mengejutkan yang tidak tersangka-sangka kat dalam media, maklumlah sekarang ni sudah ‘macam-macam ada’ gambar-gambar, klip video dan sebagainya pun boleh kasi heart attack jugak tu; dan
  3. Bila sudah banyak buat pelaburan dalam macam-macam skim, semua orang nak kaya ekspress, tiba-tiba terkantoi ditipu oleh pihak-pihak tertentu. Huh, memang luluh rasanya jantung tu kan;

Tu baru tiga faktor luaran yang blogger ni kenalpasti secara sepintas lalu, pastinya ada banyak lagi kejutan dan faktor yang boleh membawa serangan jantung yang boleh dikongsikan di sini. Mungkin juga dentuman mercun di stadium boleh menyumbang kepada serangan jantung. Tengah syok layan bola tetiba aje berdentum bunyi mercun.

Nota kaki: Senaman jari jemari di keyboard tidak boleh dianggap sebagai aktiviti senaman mahupun bersenam, begitu juga aktiviti berkebun sayur di farmville facebook.Heeee...

- By Jazmanie

Category: Global | Views: 652 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2017 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : http://kylerul.ucoz.com