Friday, 19 April 2024, 10:49 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 27 » Menghargai Zaman Mudamu.
11:38 AM
Menghargai Zaman Mudamu.
Setiap negara pasti mengharapkan untuk mempunyai rakyat yang mampu menyumbang ke arah kemajuan, kejayaan dan keamanan. Semua itu hanya dapat dicapai dan diperolehi jika rakyat negara itu mempunyai sahsiah dan jati diri yang unggul serta cemerlang; sama ada melalui generasi muda belia atau pun generasi tua. 

Kementerian Belia dan Sukan mentakrifkan belia sebagai golongan muda yang berumur antara 15 hingga 40 tahun, dan ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Manakala Islam pula mentakrifkan belia sebagai satu fasa umur alam baligh yang menerima tanggungjawab (taklif) atas setiap perbuatan yang dilakukan. Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah golongan belia di negara ini pada tahun 2008 mencecah seramai 16 juta orang. Angka ini memberi gambaran bahwa negara akan menghadapi cabaran hebat dalam aspek pembinaan dan pengurusan belia di masa hadapan.

Sekadar gambar hiasan.

Belia adalah harta yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Mereka juga adalah pewaris  kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan. Justeru itu adalah perlu golongan belia ini diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t. sehingga mampu menjadi generasi yang boleh diharapkan dan dibanggakan iaitu belia yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia. Inilah yang menjadi cita-cita negara kita untuk mempunyai belia yang berkualiti sebagaimana yang diharapkan melalui tema sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini iaitu Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan.

Persoalan besar timbul ialah ke manakah hilangnya wawasan belia hari ini? Saban hari kita masih mendengar berita-berita yang tidak baik tentang segelintir belia, dan hanya beberapa cebis kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan belia. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin negara. Justeru Rasulullah s.a.w. berpesan kepada semua golongan belia agar dapat memanfaatkan umur dan masa muda dengan sebaik-baiknya.

Antara faktor yang dikenalpasti sebagai punca berlaku penyelewengan akidah dan berkembangnya gejala sosial adalah kurang didikan dan penghayatan agama di kalangan belia akibat pengaruh persekitaran. Apa yang penting, belia hendaklah mengisi diri dengan ilmu agama dan pelbagai ilmu serta kemahiran hidup di samping berusaha menjadikan diri sebagai hamba yang soleh, generasi yang berkualiti, umat yang cemerlang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.

-Source : Jazmanie

Category: National | Views: 1106 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com