Thursday, 28 March 2024, 9:58 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 13 » Manusia dan Alam.
2:51 PM
Manusia dan Alam.
Penciptaan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, tiada tolok bandingnya kerana penuh hikmah kesemuanya. Dialah Allah, Tuhan Pentadbir Seru Sekalian Alam yang mencipta alam semesta ini dengan penuh ketepatan tanpa sebarang kesilapan dan kelemahan.Sejak dahulu lagi, penciptaan Ilahi telah membuka mata dan mencetuskan minda para saintis dan ahli falsafah dalam memandang keindahan kejadian ini membuktikan keagungan Yang Maha Kuasa.




Menurut Ibn Sina yang tidak asing lagi dalam dunia ilmu Islam, beliau mengatakan bahawa dalam dunia ini terdapat dua pembahagian iaitu mikrokosmik dan makrokosmik. Hal ini membawa erti adalah penciptaan alam ini adalah selengkap-lengkapnya sebagai tanda kewujudan manusia. Manusia telah diklasifikasikan sebagai mikrokosmik dan alam semesta dikategorikan sebagai makrokosmik.


Manusia memiliki 12 sendi dan telah di umpamakan sebagai kitaran masa setahun iaitu 12 bulan. Selain itu menurut teori beliau pula tubuh kita yang terdiri daripada sepasang kaki dan tangan pula melambangkan 4 musim iaitu ekuinoks musim bunga, ekuinoks musim luruh, soltis musim panas dan soltis musim sejuk. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa kewujudan alam tanda kewujudan manusia dan kewujudan manusia bukti kewujudan Sang Khaliq, Allah.


Selain itu tidak terlepas juga bagaimana kejadian manusia ini juga telah memberi gambaran mengenai kitaran hidup manusia. Hati manusia adalah raja kepada tubuh badan. Jika baik hati itu, maka baiklah keseluruhannya dan jika busuk hati itu, maka buruklah keseluruhannya. Kemudian akal adalah penasihat atau perdana menteri, sel darah putih sebagai tentera dan sel darah merah sebagai rakyat jelata.


Oleh hal yang demikian, saya memikirkan satu peristiwa bilamana perintah solat telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Allah Azza Wajalla ketika mikraj. Namun begitu apa yang ingin disentuhkan ialah peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad S.A.W tentang usia bumi ini. Pada ketika itu baginda telah melihat seorang wanita yang terlalu tua dan bongkok tiga suku. Ketika itu, Malaikat Jibril A.S menerangkan kepada baginda perihal usia lanjut bumi yang telah digambarkan Allah.


Apa yang menarik perhatian saya ialah, mengapa bumi telah digambarkan Allah sebagai wanita dan bukan sebagai lelaki? Telah lama berfikir sehingga satu ketika telah diterangkan kepadaku melalui ilham. Lantas ketika itu, satu persoalan yang timbul mengapa langit di atas dan bumi di bawah? Dan mengapa ketika melakukan persetubuhan, lelaki diharuskan berada di atas isteri? Itulah persoalan yang telah mengurai kekusutan tersebut. Hal ini saya telah mengadaptasikan langit sebagai lelaki dan bumi sebagai wanita melalui beberapa dalil a'qli.

  1. Allah telah menumbuhkan pelbagai jenis tanaman, sayuran dan buah-buahan serta membiak di atas muka bumi ini dan sama juga seperti seorang isteri yang melahirkan anak selepas melakukan persetubuhan.
  1. Langit pula telah menurunkan hujan dan menjadikan bumi yang gersang tumbuh membiak sama seperti lelaki yang melepaskan sperma dan melakukan persenyawaan, ovum (biji benih) dan menjadikan embryo sehinggalah berkembang menjadi bayi.

Kenapa pula lelaki diharuskan berada di atas wanita ketika persetubahan? Kerana orang yang berada di atas ketika persetubuhan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding orang di bawahnya. Jelaslah lelaki mempunyai daya kekuatan yang lebih tinggi berbanding wanita.

Hal ini telah menjelaskan bagaimana fenomena yang berada di langit apabila sering berlakunya sinar pancaran ultraungu, radiasi dan kepanasan yang melampau serta letupan-letupan yang berlaku. Jadi hal itu jelas bgaimana langit telah menampung pelbagai daya bagi memastikan bumi ini (wanita) berada dalam keadaan yang selamat (selesa) agar proses hujan (persenyawaan) itu berlaku supaya sperma mempunyai daya dan tenaga untuk sampai kepada sel telur.

Maha suci Allah yang telah menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan dan menyempurnakan lagi kejadian penciptaanNya.

Wallahua'lam


Category: Muslim's | Views: 1032 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com