Wednesday, 24 April 2024, 4:11 PMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  October 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » October » 18 » Honda CR-Z 2011 Hybrid.
12:13 PM
Honda CR-Z 2011 Hybrid.
Salah satu daripada pengumuman mengenai bajet 2011 semalam adalah berkaitan penggalakkan penggunaan kereta hibrid di negara ini. Pemegang francais kereta hibrid diberi pengecualian duti import 100 peratus dan duti eksais 50 peratus ke atas kereta hibrid siap pasang (CBU) baru. Pengecualian itu diberi bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Kewangan mulai 30 Ogos 2008 hingga 31 Disember 2010.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Ahad Oktober 17 (rujuk mstar online) pula menjelaskan bagi terus menggalakkan pemilikan kereta hibrid, pengecualian duti import dan duti eksais dilanjutkan sehingga 31 Dis 2011. Bila terbaca pasal pengecualian duti import terhadap kereta hibrid ni terus teringat kat Honda CR-Z 2011 Hybrid. Honda CR-Z dikatakan kereta hybrid sporty pertama di dunia yang menawarkan sistem 6-speed manual transmission.

Honda CR-Z ni model terbaru menggantikan siri Honda CR-X. Dah lama dok perhatikan Honda CR-Z (disebut Honda CR Zee) ni yang dijadualkan berada di atas jalan tahun 2011 nanti.

Setakat ni semakan di laman rasmi Honda Malaysia model ni masih belum tersenarai di pasaran Malaysia, harga yang disyorkan kat luar negara adalah USD19,200. Kalau convert secara asas ke ringgit (RM3.8) lebih kurang RM72,960. Kalau dah tak ada duti import dan duti eksais juga dikurangkan, mungkin juga tak jauh harganya tu.

Memang ‘elegant’ dan ‘sporty’ design honda CR-Z ni, sesuai untuk golongan muda yang mementingkan penampilan ‘sporty’, orang tak muda pun boleh jugak kot layan kereta ni :D

PS: Dok terrfikir mungkinkah juga harga Civic Hybrid yang sekarang berharga dari RM129,980 di pasaran akan berubah berikutan pengumuman pengecualian duti import dan duti eksais dalam bajet 2011 tersebut?

- By Jazmanie
Category: Global | Views: 1244 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 1
1 Brandonnub  
0
throw up remedies <a href=""> https://forums.dieviete.lv/profils/127605/forum/ </a> prescriptives magic powder

Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com