Thursday, 25 April 2024, 6:03 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Search

Calendar

«  November 2010  »
SuMoTuWeThFrSa
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2010 » November » 14 » Antara Pengguna Facebook Dunia,Malaysia Di Tangga 16.
11:25 PM
Antara Pengguna Facebook Dunia,Malaysia Di Tangga 16.
Rakyat Malaysia berada di tangga ke 16 sebagai pengguna laman sosial Facebook terbesar di dunia, berdasarkan statistik bagi bulan Oktober 2010 yang dikeluarkan oleh laman Facabaker.com, sebuah laman yang menyelaraskan statistik dan penggunaan laman sosial facebook di kalangan pengguna seluruh dunia. Merujuk kepada senarai tersebut rakyat Amerika Syarikat masih mendahului senarai dan diikuti oleh Indonesia dan United Kingdom.

Kedudukan Malaysia di tangga ke 16 adalah berdasarkan rekod pendaftaran pengguna di facebook, manakala untuk tujuan perkongsian blog ini cuba untuk membuat perbandingan bukan sahaja jumlah pengguna malahan turut mengambil kira jumlah populasi penduduk di negara terlibat, supaya dapat melihat dengan lebih jelas lagi situasi sebenar status pengguna facebook.

Berdasarkan rujukan statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list, senarai yang disusun oleh blog ni adalah seperti dibawah ni:

Statistik pengguaan Facebook dunia.

Dari senarai 20 pengguna terbesar facebook tu, Malaysia berada di kedudukan ke 16 dari segi jumlah pengguna manakala kalau di analisa dari segi peratusan berbanding bilangan populasi, Malaysia berada di tangga ke 8 dengan 31.48 peratus penduduknya berdaftar dengan facebook.

Maksudnya juga secara rambang daripada 10 orang yang ditemui di Malaysia, sekurang-kurangnya 3 daripada mereka mempunyai akaun facebook. Boleh tahan jugak tu kan.

Walau bagaimanapun analisa ringkas di jadual kat atas tu ada beberapa limitasi seperti:

  1. Terdapat di kalangan 20 negara di dalam senarai tu belum kemaskini jumlah terkini populasi mereka, mungkin akan berlaku perubahan dari segi nilai peratusan; dan
  2. Peratusan tersebut juga mungkin melibatkan kiraan berganda di sebabkan ada sesetengah individu yang mempunyai lebih dari satu akaun facebook, mungkin dua, tiga, lima mahupun sepuluh.

Namun secara asasnya senarai di atas tu bolehlah dijadikan rujukan dan panduan ringkas untuk mengetahui secara umum fokus dan arah penggunaan laman sosial di negara ini. Pada masa yang sama penggunaan facebook juga turut melibatkan kelebihan dan juga keburukan tersendiri, semuanya bergantung kepada pengguna itu sendiri.

Negara yang paling kurang penggunaan Facebook adalah Republic of Nauru yang hanya mencatatkan 180 pengguna sahaja. Nauru dahulunya dikenali sebagai Pleasant Island yang mempunyai keluasan 21km persegi. Ok dan steady aje deme tu..life still goes on tanpa FB.

- By Jazmanie

Category: National | Views: 1691 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2024 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : //kylerul.ucoz.com