Tuesday, 26 September 2017, 7:19 AMMain | Registration | Login

Site menu

Login form

Section categories

Muslim's [38]
Business [18]
National [9]
Global [27]

Facebook

Shopping Cart

Your shopping cart is empty

Search

Calendar

«  February 2012  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829

Our poll

Rate my site
Total of answers: 43

Statistics


Total online: 1
Guests: 1
Users: 0



Main » 2012 » February » 15 » ANDAI AIR MATA ITU...
7:55 PM
ANDAI AIR MATA ITU...
Catatan & penulisan ini bukan kerana nama, Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta, Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa, Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa, Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah, Kerana Redha-Nya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah.

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin.



"The more a Muslim thinks of death, the better he acts in life"

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti & sangat beratlah timbangan kejahatannya & telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam api neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,
sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan,
telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah,
diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan,
semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Al-Jasiyah: 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,
mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya & diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung,
umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,
sebelum tidak ditemunya air mata.

I want to die with my forehead on the ground
The sunnah in my heart
Allah on my mind
Quran on my tongue & tears in my eyes
Aamiin Ya Rabb

Sumber : http://allahseeker.blogspot.com

Category: Muslim's | Views: 849 | Added by: Eylu | Rating: 0.0/0
Total comments: 1
1  
Hello alex..

Name *:
Email *:
Code *:
Copyright ~KyleRuL's Zone~ © 2017 | ~KyleRuL's Zone~ HomePage : http://kylerul.ucoz.com